Assalamualaikum/Hai, Bersempena dengan pelancaran KidZ vs Food 3.0 , ahli CongreZZ KidZania telah membuktikan bakat memasak mereka dengan menyediakan jamuan untuk kanak-kanak daripada *Hilla Community Centre. Program cuti sekolah yang bermula dari 24 November hingga 31 Disember membawa pelbagai aktiviti-aktiviti harian dan hujung minggu yang bertujuan untuk memupuk kreativiti dalam bidang masakan serta menyemai sikap menghargai makanan. Pada penganjuran kali ketiga ini, ahli CongreZZ KidZania yang dibantu oleh chef ‘Abang’ Brian daripada Young Chef Academy (YCA) menyediakan hidangan utama, Nasi Ayam Goreng Kunyit dengan Kacang Panjang dan pencuci mulut, Kek Gulung Coklat Pisang buat kanak-kanak daripada Hilla Community Centre. “Kita akan berpuas hati dan lebih berkeyakinan apabila berjaya menyediakan hidangan untuk diri sendiri apatah lagi kita menjamu orang lain. Ini adalah nilai yang penting dan boleh dijadikan pengajaran untuk pelbagai situasi dalam kehidu...