Assalamualaikum/Hai, Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) melancarkan satu kempen khas bagi pembayaran zakat melalui Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018) yang berlangsung selama 4 bulan mulai 1 Julai hingga 31 Oktober 2018. Ia merupakan tahun ketiga kempen ini dilaksanakan berikutan sambutan luar biasa yang diterima dari pihak majikan dari syarikat swasta dan kerajaan pada tahun sebelum ini. Skim Thohir merupakan kemudahan saluran bayaran zakat pendapatan untuk menggalakkan lebih ramai menunaikan kewajipan berzakat melalui saluran potongan gaji zakat. Melalui Skim Thohir ini, kakitangan swasta atau kerajaan dapat menunaikan zakat tanpa bertangguh dan menjimatkan masa agar memperolehi keberkatan di sisi Allah S.W.T, se lain dapat meningkatkan kutipan zakat sekali gus membantu meningkatkan ekonomi lebih ramai asnaf. 10 hadiah percutian menarik termasuk hadiah utama menunaikan umrah tajaan Five Estec Travel Services Sdn. Bhd. bernilai RM28,000 ditawarkan bagi merek...