Skip to main content

Posts

Showing posts from March 16, 2023

EDARAN BUBUR LAMBUK PERCUMA DARI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM SEMPENA SAMBUTAN BULAN RAMADHAN 2023

Assalamualaikum/Hai,  BUBUR LAMBUK PERCUMA HOTEL CONCORDE SHAH ALAM. Sempena menyambut bulan ramadhan yang akan tiba tak lama lagi, pihak Hotel Concorde Shah Alam setiap tahun tanpa culas akan menganjurkan aktiviti edaran bubur lambuk secara percuma kepada penduduk sekitar bermula 27 Februari 2023 sehingga 17 Mac 2023 dari jam 12 tengah hari sehingga habis.. korang juga boleh memberi sumbangan ikhlas untuk anak anak yatim dan golongan yang kurang bernasib baik.. Edaran bubur lambuk ni sangat cepat habis.. tak sampai jam 1 petang, selesai hampir 300 pek setiap hari.. 1 hari 1 periuk kawah yang besar pihak hotel sediakan.. korang terima bubur lambuk sambil tu korang menderma. dapat juga pahala kan? alhamdulillah.. Anyway, tahniah kepada team bubur lambuk hotel concorde shah alam untuk aktiviti yang menarik ini..bubur lambuk hotel concorde cengginii tahun depan buat lagi ok! Untuk sebarang info berkaitan aktiviti hotel concorde shah alam, boleh layari: Website : h ttps://shahalam.con...

DEWAN BANKUET MBSA MENAMPILKAN KONSEP “SELERA NUSANTARA” DALAM BUFFET RAMADHAN 2023

Assalamualaikum / Hai, BUFFET RAMADHAN 2023 - DEWAN BANKUET MBSA TAMPIL DENGAN “SELERA NUSANTARA” Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam, merupakan satu lokasi yang popular dengan pelbagai acara dan keramaian. Kali ini mereka kembali lagi dengan majlis Buffet Ramadhan 2023 bertemakan ‘SELERA NUSANTARA’ yang bermula pada 25 Mac sehingga 20 April 2023, 6.30 petang sehingga 9.30 malam. Menampilkan Chef Bob dan Chef Shahril yang berpengalaman lebih 15 tahun di dalam dan luar negara telah bersama-sama menghasilkan kompilasi hidangan nusantara yang mempunyai lebih 100 sajian yang bakal menarik hati semua peringkat umur. Khas buat yang datang berbuka di Dewan Bankuet MBSA nanti ada gerai yang menyajikan KAMBING GOLEK DENGAN SOS LADA HITAM DAN SOS DAUN MINT dan AYAM DARA GOLEK DENGAN SOS ISTIMEWA, DIM SUM, KUEW TEOW PENANG STYLE, MEE GORENG MAMAK dan pelbagai lagi menu istimewa dari kedua-dua chef berpengalaman ini. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan istimewa mereka seperti ayam ma...