Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Thursday, September 12, 2019

Aidiel Qaiz Journey : 1 tahun 2 bulan baru dapat kaki.

Assalamualaikum/Hai,

hai hai haiii..
bersiaran lagi kita harini setelah terstop kejap sejak last post tu cerita pasal syampu..
kekekeeee..

harini saja nak borak.
nak cerita pasal anak anak je.
terutama sekali adik baby.
adik baby dah dapat kaki.
1 tahun 2 bulan officially.
makin lasak.
makin buas.

history anak anak mula bertateh :

kakak aireen : 9 bulan - lajuuuu dia ni tapi gigi dia selowww nau nak tumbuh..
abang qaid : 1 tahun 2 bulan lebih lebih sikit.
adik baby qaiz : 1 tahun 2 bulan lebih jugak. kompom geng dengan abang ni. patutlah ngam semacam je dorang berdua ni.

risau gak perkembangan dia semua lewat dari adik beradik yang lain dan kawan-kawan rakan sebaya dia. persaingan hebat dia ni..hahahaha..
tapi takpe as long dia sihat walafiat dah bersyukur dah.


bila dapat kaki.
nak berjalan sesaje.
mama baru nak duduk, dia tarik tangan nak ajak jalan pusing satu umah sampai ke dapur bilik semua.
nasib baiklah umah kita ni tak berapa besar tak berapa kecik dik.

tragedi mula mula nak dapat kaki.
kompom la tersembam depan belakang.
bibir bengkak jela la setakat ni.
kepala benjol so far takde lagi.
tapi tulah.
kepala dengan lantai tu bagai aur dengan tebing.
amboi mak kau siap bagi perumpamaan.hahahaa..
risauu tau asiklah tersembam..

but practice makes perfect.
sejenis gigih nak mencuba.

link video :
https://www.facebook.com/znooraini/videos/10157382124699788/

lagi satu,
port faveret dia area tivi.


Image may contain: 1 person, standing, screen and indoor


rajin nauuu berposing sebelah tivi.
mama syak dia nak mama tengok dia instead off tgk tivi.
sabarr jela..

rajin jugak tolong mama nak buang pempers kotor dia ke tong sampah dapur.
jalan terkedek kedek tu alahaii comell sangat.

dikk..
kenape cepat sangat besar dik.
dah berjalan dah awak tu dik oii..

eh awak belum cucuk satu tahun.....
jommm selak kalender kita jumpa doktor koshy jommmm..

in the mean time,
nahh layan beberapa keping gambar cekodok mama kesayangan semuaorang ni.



 Image may contain: 1 person, indoor




p/s : kualiti gambar tak berapa best sebab mama sedut dari fb je.. malaasssss betul mama nak sedut kt hp..hmmmm hmmm hmmmm.. asal adooo je la yee..heheheh

 -MrsPuex-