Assalamualaikum/Hai, Xin Nian Kuai Le! Sempena Tahun Baru Cina ni Restoran Rakuxin, Hotel Concorde Shah Alam menjemput anda, keluarga dan kawan-kawan anda untuk merayakan Tahun Baru Cina , tahun tikus dengan kemajuan yang makmur atau dikenali sebagai 'Loh Hei'. Dalam sambutan Tahun Baru Cina , Chinese Chef, Mr Yu Chee Chun memperkenalkan 5 jenis Yee Sang dan beberapa menu set Tahun Baru Cina . Rakuxin menawarkan hidangan ini sekali setahun dengan 5 jenis yee sang yang iaitu abalone yee sang, ikan yee sang sang, scallop yee sang, salmon yee sang dan pasifik clam yee sang yang disajikan dalam saiz kecil dan besar dari RM78 nett sehingga RM 198 nett. Bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan pada malam tahun baru cina dengan makan beramai-ramai memang sangat meriah. Apelagi, jom cuba 4 set hidangan bertuah untuk dipilih di Restoran Rakuxin, Hotel Concorde Shah Alam . Menikmati lapan atau sembilan menu set khas ber...