Skip to main content

Posts

Showing posts from December 23, 2019

Family Staycation di D'wharf Hotel And Serviced Residence Port Dickson

Assalamualaikum/Hai,  Sekarang ni kalau cuti sekolah mesti dan wajib selitkan program lepak santai kat hotel waima satu malam sahaja. konon-konon nak release tension lepas exam akhir tahun la tu.. budak zaman sekaranggg... Cepat cepat mama selitkan date yang sesuai untuk anak-anak. jenuh jugak dah pilih date yang bukan weekend tau. kenapa taknak weekend?? sebab aku malas nak bersesak during weekend holiday.. hahahaha.. Memandangkan nak hantar nenek balik kampung, Port Dickson, maka, jomlah kita cari hotel kat situ saje.  D'wharf Hotel And Serviced Residence Port Dickson pilihan kami sekeluarga kali ini. D'wharf Hotel And Serviced Residence Port Dickson D 'Wharf Hotel & Serviced Residence terletak di tengah-tengah Port Dickson, Negeri Sembilan. Hotel boleh diakses melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan kira-kira sejam perjalanan dari Kuala Lumpur. Ia mempunyai 308 bilik termasuk bilik-bilik mewah dengan pemandangan laut ke Selat Melaka. Ia ...