Assalamualaikum/Hai, Zaman kanak-kanak adalah zaman paling menyeronokkan kerana ketika itulah mereka berpeluang menjadi diri sendiri dan menyerlahkan potensi masing-masing. Setiap kanak-kanak mempunyai kelebihan tersendiri dan harus diberi peluang untuk menonjolkan hak dan bakat masing-masing. Mac ini, ‘Be a Star at KidZania Kuala Lumpur’ yang berlangsung dari 17 Mac hingga 8 April 2018 akan meraikan hak kanak-kanak menerusi muzik, lakonan, peragaan dan juga penggunaan teknologi. Hak-hak kanak-kanak disokong sepenuhnya oleh para RightZKeepers dari KidZania Kuala Lumpur iaitu Urbano (Hak untuk Belajar), Beebop (Hak untuk Mencipta) , Chika (Hak untuk Berkongsi) , Vita (Hak untuk Beramal) , dan Bache (Hak untuk Bermain). “Seni pentas adalah cara terbaik untuk mengetengahkan hak kanak-kanak,” kata Shahrul Nizar Ahmad, Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur. Menerusi program ‘Be a Star at KidZania Kuala Lumpur’ , kami berh...