Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Monday, December 18, 2017

JOM REWANG 2018 : KERJA KAHWIN DI PLAZA ALAM SENTRAL SHAH ALAM

Assalamualaikum/Hai,

Bulan Disember memang bulan semua orang bujang pilih tarikh untuk mendirikan rumahtangga. kalau bukan bulan Disember, mesti time cuti sekolah penggal.. memang bizi memasing pergi kenduri kawin makan nasi minyak dan sewaktu dengannya.

JOM REWANG 2018 : KERJA KAHWIN DI PLAZA ALAM SENTRAL SHAH ALAM
my collection wedding picture. outdoor photoshoot wedding with my besties.
10 tahun lepas ok!

Bukan senang sebenarnya nak buat persiapan untuk mendirikan rumahtangga. semua aspek perlu diberi ketelitian yang tinggi. Semua tu perlukan ilmu. kat mana kita nak cari ilmu untuk merialisasikan semua impian bakal pengantin supaya jadi kenyataan?? tanpa ditipu bulat bulat oleh wedding planner yang konon arif tapi sebaliknya??

JOM REWANG 2018 : KERJA KAHWIN DI PLAZA ALAM SENTRAL SHAH ALAM
kenangan 10 tahun lepas.. aummm!!

nahh, kakak nak bagi sedikit ilmu kat adik-adik yang bakal mendirikan masjid bagi tahun 2018 diluar sana. penting ok ilmu untuk membuat persiapan perkahwinan ni.. 10 tahun lepas pon, masa nak kawin, kakak buat research dulu untuk setiap isi dan pelusuk perkara untuk jadikan semuanya teratur dan berjalan lancar. leceh memang leceh tapi takkan kita tengah bersanding di atas pelamin, walhal ada perkara yang kurang memuaskan di mata tetamu? jangan biarkan perkara itu membelenggu fikiran korang. gituuuuu.. panjang kakak kau bermukadimah.


JOM REWANG 2018 : KERJA KAHWIN DI PLAZA ALAM SENTRAL SHAH ALAM

Nak bagitau nihlah ilmu yang harus kita cari. kat mana? kat JOM REWANG 2018 yang bakal diadakan di Plaza Alam Sentral.  JOM REWANG 2018 merupakan pameran pengantin yang menyediakan servis persiapan perkahwinan untuk pengunjung yang bakal berkahwin. 

Antara tarikan utama JOM REWANG 2018 :

- Lebih kurang 30 buah syarikat menyediakan perkhidmatan berkaitan persandingan akan hadir untuk membuat pameran di Plaza Alam Sentral. Perkhidmatan termasuk melukis henna, khidmat andaman, butik pakaian pengantin, fotografi, katering, persiapan pelamin, hantaran dan sebagainya.

- 300 syarikat perkahwinan dari seluruh pelusuk negara akan mengiklankan perkhidmatan mereka di program tersebut melalui penggunaan montaj. Pengunjung yang bekerja dan menetap di Shah Alam dan kawasan sekitar misalnya boleh mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan perkahwinan yang ada di negeri mana mereka ingin melangsungkan perkahwinan. Mereka tidak perlu mengambil cuti kerja dan balik kampung semata-mata untuk menguruskan persiapan perkahwinan di negeri asal masing-masing kerana kini mereka boleh berhubung dan berurusan secara atas talian dengan syarikat perkhidmatan perkahwinan di sana.

- kemudahan kawasan parkir yang mudah dan murah dalam bangunan kompleks membeli belah Plaza Alam Sentral.

- Digalakkan untuk mereka yang merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun 2018 dan berikutnya.

JOM REWANG 2018 : KERJA KAHWIN DI PLAZA ALAM SENTRAL SHAH ALAM

So apa tunggu lagi wahai adik-adik?? ada peluang ni, sila buat persiapan awal supaya nanti takde lah banyak perkara termissing in action. mesti kita nak berbahagia di hari perkahwinan kita kan?? 


save the date ok! 

26 - 28 Januari 2018.

Berita baik! Syarikat Puspawangi Event Management kini sedang bekerjasama dengan Kerja Kahwin untuk menganjurkan program JOM REWANG 2018 . Bagi sesiapa yang berminat untuk membuka booth berkaitan dengan perkahwinan pada hari tersebut, bolehlah menghubungi syarikat tersebut. Maklumat lanjut seperti di bawah :




 -MrsPuex-