Kelahiran Ketiga : Pengalaman bersalin di Avisena Specialist Hospital Shah Alam dan Pembukaan Avisena Women & Children Specialist Hospital (AWCSH)
Assalamualaikum/Hai, Diberi rezeki mengandung anak ketiga adalah sesuatu yang tidak dijangka..jarak 6 tahun dengan anak kedua buat diri rasa macam mengandung anak pertama. Macam-macam persiapan dibuat dari basic untuk kelahiran kali ketiga ni. Lain orang lain pengalaman bersalin kan? ada yang mudah . semudah sekali teran terus keluar baby. ada yang diduga dengan kesulitan ketika bersalin. apa-apa pon, setiap pengalaman bagi seorang ibu itu adalah satu anugerah terindah yang takkan dapat dari mana-mana. PENGALAMAN BERSALIN DI AVISENA SPECIALIST HOSPITAL SHAH ALAM. Kali ni diberi rezeki bersalin di hospital swasta. Anak no 1 & 2 bersalin di hospital kerajaan, hospital ampang. jom saya kongsikan detik-detik yang indah saat kelahiran ketiga. JUMAAT, 29 JUN 2018 - 38 weeks of pregnancy. Asalnya harini ada weekly check up dengan doktor pakar. doktor pakar yang incharge adalah doktor Fairuz Ashikin. pagi pagi masuk labour room nak buat CTG.. dengan lenggang lenggo...