Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Tuesday, May 7, 2019

Baby Qaiz Warded 4 hari Di Avisena Specialist Hospital

Assalamualaikum/Hai,

Waktu pantas berlalu tapi tragedi yang menimpa anak bongsu aku ( buat masa ni bongsulah..haha) awal bulan februari lalu memang mengundang mimpi ngeri kami sekeluarga.
simpan sini sebagai kenangan.
kalau boleh taknak ingat dah.

21/2/2019 .

jam 10.30 pagi taksa kol bagitau baby no response. lembik. turns blue.
masa ni tecer dah ada kat kk meru.
masa aku terima kol ni aku rasa jantung aku pon benti kejap kot.
Allahu..perasaan tu.. hanya Allah yang tahu.

fast response dari tecer menyelamatkan baby aku.
dari taska pecut ke klinik swasta berhampiran. dari klinik swasta, doc bagi fast action.bagi oksigen. dari biru kembali berdarah. but no spike, no fit. and alhamdulillah baby response tapi sangat lemah. doc suggest bawak ke klinik kerajaan berdekatan.tecer terus ke kk meru. dengan tong-tong oksigen tecer angkut masuk kete nak pegi ke KK meru.
masa kat KK Meru ni baru tecer kol aku bgtau keadaan baby sangat lemah..

kol suami bgtau secara ringkas apa yang terjadi then suruh dia terus ke klinik.
aku dari opis jangan cakaplah..tinggal semua keja, pecut ke kk meru. ko bayangkan opis dari seksyen 9 shah alam ke kk meru tu macam mana jauuhnya kan.. dalam kete airmata jangan cakap lah.. sambil berzikir aku berdoa Allah selamatkan anak aku.

punca??
baby memang tak berapa sihat sejak raya cina aritu. Ada batuk.
doc kt klinik area pd ade bekalkan ubat batuk.
aku syak ubat batuk tu yang buat dia lemah.
silap aku jugak.
baby bawah setahun tak perlu ubat batuk.
tapi, doc yang bagi, kita pon pikir ok lah kan..
hmmmm..
kebetulan baru seminggu aku hantar ke taska sejak lepas pantang.

sesampai je kat klinik meru, aku tgk anak aku mmg pucat dan a bit sleepy..
luluh hati aku weii.. aku peluk.. tak lama dia muntah terbelahak kat tudung aku..
then nangis.. takpe busuk pon busuk la.. janji aku ade dengan dia..
doktor yang bertugas terangkan secara details apa yang berlaku dan minta aku refer terus ke hospital sekarang jugak untuk rawatan lanjut.

suami sampai, setel dokumen apa yang patut, kami terus ke Avisena Specialist hospital. Dari KK Meru ke Hospital, aku tak kasi baby tido.. takut weii.. ajak borak walaupun dia tenunggg je aku sambil menyusu.. tak kisah la janji jangan tido.. mama takutt!
kenapa Avisena? sebab rekod dia semua kat situ. senang. Insurans pon cover.

anak mama yang kuat.

sampai kat Avisena, terus pergi ke Emergency.
terangkan apa yang patut kat doktor, dia tengok surat dari klinik then dia mintak stay hospital sementara nak refer ke klinik pakar. masa ni kandungan oksigen dia memang low tapi masih bukan di tahap bahaya..

klinik paediatric

Masa kat klinik Pakar, Dr Shariza yang amek kes, terus dia minta warded untuk pemerhatian lanjut.
maka.. bertapalah kami anak beranak kat Avisena Hospital untuk beberapa hari sebab doktor nak tahu apa punca yang sebenar terjadi kat baby aku.

22.1.2019 - 24.2.2019
Day 1 - day 4 warded.

monitor level oksigen baby.
buat chest xray  - ada sikit jangkitan kuman kat paru-paru.
buat fisio
makan ubat
drip antibiotik.


stay sini untuk pemerhatian lanjut.
begitulah selama 4 hari.
doktor pakar hari hari visit nak tengok perkembangan.



dia ajak mama rest kat sini.

masukkan branula kat kaki sebab kat tangan tak jumpa jarum.

sian dia... 

monitor level oksigen baby.





tengah buat fisio.
baby tak kedip pandang mama..
alahai anakanda mama sorang ni.

aunties jazzerinas yang datang visit.
siap bawak belon lg..
tq aunties!

auntie atie and family pon datang jenguk. tengkiuuuu!

my aidiel qaiz.
my storng boy
little fighter!

amek neb setiap 6 jam.

terapi tahan mengantuk.
nasib baik memang ada booth kat level G .

fisio lagi.

he's getting better. 

uncle chop - bapak angkat datang melawat.

view mama selama 4 hari. 

kakak, abam datang melawat.

kekuatan mama! 

result.
nothing serius.
doktor pon pelik macam mana boleh berlaku.
doktor pakar jantung datang.
doktor pakar lung datang.
semua result ok.

stay 4 hari sebab takut kejadian yang sama berulang. tapi Alhamdulillah semua baik-baik saja.
sejak kes ni, baby langsung taknak dengan orang lain kecuali mama, papa, nenek, abang dan kakak je. trauma sungguh dia.

terima kasih Avisena Specialist Hospital.
Terima kasih Dr Shariza yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perkembangan baby Aidiel Qaiz.

Jasa mereka takkan dapat aku balas.
kenangan ni memang akan terpahat selamanya dalam hidup aku. moga ia x berulang..
seriusss weii kalau bab bab macam ni..
Allah jentik sikit untuk aku sedar.

Muhammad Aidiel Qaiz.
mama sayang awak sepenuh hati mama.
tolong jangan bagi mama  kering darah lagi ok!
moga membesar dengan sihat.

Bulan 7 ni checkup setahun kat sini dengan Dr Koshy pula.
kali ni mungkin checkup di tempat baru..

kat mana?
kat Avisena Women and Children Hospital la..
klik sini : http://avisena.com.my/awcsh/

pengalaman bersalin dan review Avisena Women & Children Hospital boleh klik sini : http://mrspuex.blogspot.com/2018/10/kelahiran-ketiga-pengalaman-bersalin-di.html

takkkk sabarr nak rasa servis kat situ..

till then gais!

 -MrsPuex-