Skip to main content

Posts

Showing posts with the label borak

Riadah Petang Di Setia City Mall

Assalamualaikum/Hai, Ahad lepas saja plan terkejut terkejut nak bawak anak riadah area shah alam.. balik je dari open house umah member kat seksyen 10 shah alam lepas tu tak tau nak pegi mana sebabnya petang masih muda, so husband ajak pegi lepak setia city mall.. kita ok kan je.. lagipun dah lamaaa tak lepak sana petang petang. ramainya maknusia yang bersantai, rilek2 bersama keluarga dan sahabat handai.. yang main beskal, yang main belon, yang joget ala ala hispturs konon konon trening nak masuk sukan sea pon ade ..hahaha.. macam-macam ragam manusia aku sempat jeling. aktiviti kitorang?? ni budak 2 orang ni asiklah berzikir kat papanya nak main roller blade.  benda tak penah main, tu jugak la yang sibuk nak terai.. tak pe, mak suka cabaran.. maka marilah melabur rm10 sorang. main sampai boring kata penjual tu.. total hangus : RM20. masalahnya mak pak yang boring tgk anak asiklah jatuh bangun jatuh bangun.. si kakak, dok la berjalan...

CUTI HARI WESAK

Assalamualaikum/Hai, Semalam cuti hari wesak. dapat lah cuti free satu hari. korang cuti cuti buat ape tuh?? aku dgn jiran2 buat projek sikit pepagi. projek menebang pokok - kaum papa. projek pondok-pondok - kaum mama. ekceli dorang je yang buat projek . aku lepas subuh bummm balik sebab incik suami kata nak bekfest kat mamak je.. bila nak keluar rumah tengok semua semangat menebang pokok depan umah memasing sebab takut pokok tu rebah hempap kete yang parking kiri kanan. kan ke bahaya.. nak tunggu MBSA tah bila..eyh! incik suami pon ape lagi terus la nolong saki baki ape yang dapat ditolong tu. aku? nak masak mmg tak dan lahh.. tengok dorang siap dah dengan menu bekfest masing-masing.. soo aku cukupkan korum tadah perut je instead of nak makan mamak. dah kena racun soh bekfest sama kat pondok..hahaha.. malu la sbb tak donate ape pon tapi ade aku kesahh.. duduk besila dan nommnommnomm.. bawak turun je la kopok/roti yang ade kt umah tu ha,,. tutup balik enjin ker...

Skodeng anak dara training volleyball

Assalamualaikum/Hai,  Semalam cuti sebab banyak urusan perlu diselesaikan dari pagi sampai lah ke petang.. hal pagi tu aku tak cerita kat sini.. kendian nnti aku borak ye.. seperaisss... sangat.. ni hal petang ni haa.. serabut maknye.. anak join volleyball kat sekolah . training plak belah petang. start training semalam sampai la jumaat ni.. khamis ada pemilihan peserta yang akan masuk bertanding.. kalau nama dia naik, dia akan training hari hari sehingga hari ahad.. tak silap tonermen die minggu lagi satu kot.. lupe plak padahal dah borak dgn cikgu dia dah. sekolah dia 1 sesi je so ptg mmg kosong la sekolahnya.. dia akan stanby kat sekolah dari pagi sampai jam 4 petang. soooo.. mulalah risau nak uruskan hal hal : transport. kafa. makan time lunch. transit time training. lega anak sejenis suka bersukan. hitam la dia lepas ni.. tak pe kakak, mama pon dulu hitam legam tapi ramai je yang berkenan.. eyhh!!! TRANSPORT. ...

Selangor dah ada permaisuri tauu

Assalamualaikum/Hai,  Alhamdulillah Selangor dah ada Permaisuri/sultanah yang baru.. kenyataan akhbar yang jelas membuktikan yang sultan selangor dah kawin. tahniah kepada D.Y.M.M.Sultan Selangor yang disayangi.. pilihan hati adalah pembaca berita tv1, Norashikin, 45 tahun , untung beliau.. terus jadi permaisuri..hehehee.. simple je majlisnya.. sultan pon pilih majlis yang simple.. rakyat jelata?? kalau tak grand taknak kawin.. eyhh!! cantik betul permaisuri selangor ni.. macam tak caya je 45 tahun.. welll grooming after grooming opkos ko akan nampak gojess.. kan kan kan?? ape ape pun, tahniah dan selamat pengantin baru kepada sultan selangor dan permaisuri selangor yang baru.. semoga kekal bahagia hingga ke jannah.. aminnn..  -MrsPuex-

Rezeki di Pagi Jumaat Nan Indah

Assalamualaikum/Hai,  Salam Jumaat semua.. Allahuakbar, alhamdulillah.. rezeki hari jumaat Sandwish dihulur masa traffic lite sedang merah di area politeknik shah alam.. ada hamba Allah yang sudi bersedekah di pagi jumaat dan  saya antara kereta yang bertuah dapat sandwish free..heheee... semoga Allah murahkan rezeki beliau..aminnnn.. mari makan.. #terimakasih #terharu  -MrsPuex-

8 tips kesihatan dan kecantikan untuk wanita 30an

Assalamualaikum/Hai, wahhh.. kemain hakak belog nak sharing tips tips gebomm nih.. maklumkan hakak dah 3 series dah diknon.. so memang kena mencari tip-tip untuk kekal sihat dan cantik sekaligus (tanpa sebarang tepekan kosmetik). biar natural. dan paling penting, biar istiqomah.. susah kan nak istiqomah ni?? kita paham sebab kita pon seorang yang sesuatuuu sangat kalau nak beristiqomah..hahahaa..  Jom tengok apakah 8 tips hebat tu.. TIPS 1 : KAWAL PEMAKANAN proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi bangak kafein, minuman ringan dan makanan ringan. *taknak tua cepat sangatlahh..tapi saya hantu kopiiii..acanerr?? TIPS 2 : GUNA PELEMBAP YANG SESUAI apabila umur kita menjangkau 30-an ni, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. oleh itu penggunaan krim pelembap adalah sangat diperlukan. carilah pelem...

Persediaan Pertama untuk #SBB2016

Assalamualaikum.. Tahun ni semangat lebih sikit nak join #SBB2016.. nak tambah rangkaian rakan bloggers nak berkenalan dengan blogger blogger otai nak say hi dengan blogger2 baru.. kalau rezeki lebih, nak kutip hadiah cabutan banyak banyak.. hahahahaa.. dengar cite hadiah memang power kesemuanya.. penaja tahun ni pon mantapp!! ape lagi, jangan ketinggalan.. jom daftar cepat ! http://sbb.my/ Selfie with me and i'll give u my namecard.. gituuuu!!! i just like the simple simple.. tak de gambar sebab kite segan plak nak tepek gamba..hahahaha... ok guys! Jumpa di #SBB2016!!! -MrsPuex-

Projek Mak dan Anak Gadisnya

Assalamualaikum.. Mak nak test barang mekap dan nak test skill mekap masih ada lgi ke tak.. anak gadis pon memberikan kerjasama yang jitu .. sedia menadah muka untuk dikerjakan oleh maknya.. maknya sangat gumbira dan bermulalah episod conteng menconteng,  mak sangat hepiiii... hahahhaaa... walaupun sesi conteng menconteng tu seringkali diganggu oleh anak bujang mak.. tiada kerja tanpa stress kann?? talent cilik mak.. nahhhhh kawww!!! teknik shading shading ikut sukati makk!! masa ni bile tunjuk gamba ni kat anak gadis, beliau gelak terguling guling seperti tak percaya ini mekap atau sesuatu ?? selepas kene sound duduk dendiam, baru la beliau pasrahhh.. hahahahhaa.. setiap 2-3 minit tnye dah ke mama.. hoiiii.. mencabarrrrrrr!!! maknye teruskan lukisan dengan jiwa penuh kental.. siap part kening pulak.. nahhhh... siap sepenuhnyaa... abaikan seseorang kt belakang tu.. kisah anak bujang pulak...

Menu sarapan spesel harini :: Sambal Sardin

Assalamualaikum.. Salam Jumaat. menu sarapan pagi tadi.. makan dengan nasi pepanas..perghhh... Sambal sardin tersedap di dunia.. Alhamdulilah masih dapat merasa nkimat airtangan dari abah.. jarang jarang dapat rasa masakan abah hokeyy.. cook with love from my abah subuh tadi.. terima kasih abah.. terharu sangat sampai nak menitis airmata..huhuuu.. kenyang anak abah dan kawan kawan sekali.. lately ni abah tak berapa nak sihat.. jantung tak ok. paru paru berair sikit kencing manis sampai kene cucuk insulin tiap tiap hari. darah tinggi  kaki kebas kebas tiap tiap malam mak kene urut.. semoga Allah memberikan kesihatan yang baik untuk abah dan mak.. aminnnn... #sambalsardin #airtanganabah #sedapsangat #tenkiuabah #sayaanakkesayanganabah #anakabah owh.. utk rakanku izwa yang terserempak dengan abah last sabtuday kat kedai masa nak beli ketam, iols tak sempat nak snap gamba kerana terlalu kusyuk mengadap makan.. plu...

Mereputkah 4 Hari Cuti Panjang ??

Assalamualaikum.. Cuti panjang raya china korang gi mane?? mereput kat umah kahh?? hahahaa.. sikit sikit mereput., gaisss.. banyak kot xtvt kite boleh buat untuk habiskan cuti panjang nih.. Untunglah bagi sesiapa yang ada kampung nak balik tu.. eh, aku pon balik kampung jugak tau.. tetap hadap jem walau kampung pon boleh cak cak jeee dah sampai..hahahaha.. shah alam-ceras jauhhhhh tauuu!!! memang takde langsung plan nak seiring sejalan hadap jem nak berjalan check in hotel.. malass nak bersesak2.. kesian anak anak tak dpt tido hotel mcm kawan2 yang lain.. cuti sana sini..sobb....sobbb.. sabar ye anak anak.. ada time nnti mama bawak tido hotel ok.. so mari kite chill chill layan sungai.. lagiii bestt!!! sib baik la sungai dengan umah mak pon dekat je.. maka, ke congkak la kiteeee,.,, muka tahan sejuk air sungai.. memang cari port cetek cetek je.. sebab mama malas nak berendam sama-sama.. cukuplah takat basah kat kaki jee......

Jemputan Open House Chinese New Year 2016

Assalamualaikum.. Dapat jemputan open house chinese new year.. makan besarrr orang kata..hehehe.. kawan abah jemput merangkap kawan kampung jugak la.. datang dengan kereta, balik umah jalan kaki.. dah nama pon dekat..eksersais laa kite.. Sebelum hari kejadian, beberapa kali call abah ajak datang umah.. siap cakap.. dun worry zubir, i order buffet itu orang islam punye masak.. dun worry halal.. abah pon ok jek la..kebetulan aku dan adik pon ade lepak ceras, join sekaki laa.. hehehee... rezeki takkan nak tolak je daakk?? boleh tahan meriah gak laa.. memang die jemput jiran-jiran yang berdekatan dan rakan rakan rapat.. merah sana sini.. ongg katanya.. kami sedang melantak carrot kek.. sedappp gilerrr.. anak anak buah kesayangan.. happy dapat angpaw... tenkiu uncle jeffy and family for having us.. lauk sedap.. limau maniss gileeeeee... Gong Xi Fa Cai.. Happy Chinese New Year 2016! -MrsPuex-