Assalamualaikum/Hai, Cadangan sumbangan dibuat selari dengan peranan MBI untuk melestarikan Tanggungjawab Sosial Korporat (“CSR”) demi memartabatkan lagi nama MBI untuk diketengahkan sebagai entiti yang menyalurkan sumbangan kepada masyarakat melalui saluran-saluran yang diiktiraf selaras dengan objektif MBI untuk menyokong inisiatif Kerajaan Negeri iaitu Membangun Bangsa Memakmur Negeri. Dalam merealisasikan usaha ini, MBI telah mengambil inisiatif untuk menyalurkan sumbangan bantuan persekolahan kepada golongan sasaran sejajar dengan objektif utama MBI untuk membantu golongan yang memerlukan dalam meringankan beban yang ditanggung berikutan kenaikan taraf hidup selain daripada bantuan yang diberi oleh Kerajaan Negeri. Objektif program ini adalah untuk meringankan bebanan keluarga yang berpendapatan rendah dalam menyediakan bantuan keperluan persekolahan anak-anak dan mensasarkan seramai 55,000 orang penerima yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. ...