Skip to main content

MBI Melestarikan Tanggungjawab Sosial Korporat (“CSR”) Melalui Program Kasih Ilmu Anak Selangor

Assalamualaikum/Hai, 

Cadangan sumbangan dibuat selari dengan peranan MBI untuk melestarikan Tanggungjawab Sosial Korporat (“CSR”) demi memartabatkan lagi nama MBI untuk diketengahkan sebagai entiti yang menyalurkan sumbangan kepada masyarakat melalui saluran-saluran yang diiktiraf selaras dengan objektif MBI untuk menyokong inisiatif Kerajaan Negeri iaitu Membangun Bangsa Memakmur Negeri. 


Dalam merealisasikan usaha ini, MBI telah mengambil inisiatif untuk menyalurkan sumbangan bantuan persekolahan kepada golongan sasaran sejajar dengan objektif utama MBI untuk membantu golongan yang memerlukan dalam meringankan beban yang ditanggung berikutan kenaikan taraf hidup selain daripada bantuan yang diberi oleh Kerajaan Negeri. Objektif program ini adalah untuk meringankan bebanan keluarga yang berpendapatan rendah dalam menyediakan bantuan keperluan persekolahan anak-anak dan mensasarkan seramai 55,000 orang penerima yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. 


Melalui pelaksanaan program ini, ianya dilihat dapat memberi impak positif terhadap kesejahteraan rakyat dalam membantu keluarga berpendapatan rendah membeli keperluan persekolahan. Ini secara tidak langsung mendokong agenda Kerajaan Negeri dalam meringankan beban rakyat susulan kenaikan kos sara hidup. Pemberian bantuan ini juga bertujuan untuk memudahkan penerima menerima bantuan tersebut apabila sumbangan yang disediakan disalur terus kepada penerima. 



Beberapa program Kasih Ilmu Anak Selsangor yang telah berjaya dianjurkan adalah :

1. Program Hope For The Future di Sunway Lagoon
2. Program di Tadika Cahaya Takwa
3. Program di Sungai Buaya Rawang. 


Program ini juga bertujuan untuk menunjukkan keperihatinan MBI terhadap keperitan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat dalam menampung keperluan anak-anak memulakan sesi persekolahan disamping perbelanjaan-perbelanjaan lain. 

Semua Uniform sekolah yang diterima oleh anak-anak semasa program ini dijalankan adalah hasil air tangan dari FR JUNIOR yang direka khas oleh Encik Fairuz Ramdan. Kualiti kain yang best, sesuai dengan tahap lasak anak-anak di sekolah. Rezeki Aireen jugak sebab dapat sepasang baju sekolah  dari FR Junior ni. Alhamdulillah.


Untuk maklumat lanjut mengenai Program Kasih Ilmu Anak Selangor, boleh rujuk di :




 -MrsPuex-

Comments

Anie Mohamed said…

Nice sharing.. :)) Nanti jenguk2 lah blog Sis ya :))

Popular posts from this blog

Pameran Projek Shinkansen Di ISetan The Japan Store LOT 10 Kuala Lumpur

Assalamualaikum/Hai, Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun bersama-sama dengan Isetan The Japan Store telah  melancarkan pameran di Jepun Shinkansen di Lot 10 Shopping Centre. Pameran ini akan berlangsung sehingga 9 Mac 2017 di Level 1 daripada Isetan The Japan Store. Acara ini diadakan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan tentang Projek Shinkansen yang sangat menarik. Ini termasuk ciri-ciri keselamatan yang sangat diiktiraf daripada Shinkansen yang akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia di masa akan datang. Lokasi pameran, Isetan The Japan Store, menawarkan pelbagai produk Jepun dan pengalaman budaya Jepun dari tradisi purba dengan teknologi terkini, dan pelbagai fesyen, gaya hidup untuk makanan sebagai kedai khusus memperkenalkan Jepun. A diorama kereta api yang dianggap sebagai salah satu yang terbesar di Asia akan dipaparkan semasa pameran itu, menyatakan keindahan dari Shinkansen yang termaju dan keunikan ...

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P

SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER!!

Assalamualaikumm.. Saya budak baru blaja.. so saya mau kenal ramai kawan. thx luna sbb buat segmen cenggini.. besttt!!! Anda mau ramai follower?? jom terjah blog LUNA LANUN nih.. SYARAT PENYERTAAN: Buat satu entri bertajuk: SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER DONE! Letakkan header blog LUNA LANUN. DONE! Linkkan kepada entri ini. DONE! Siap entri?! Letakkan link entri anda dalam ruangan komen di bawah. DONE! Yours Truly ;P