Assalamualaikum/Hai, Saya adalah penggemar ayam goreng dan saya akan cuba semua ayam goreng yang ada di fast food restoran di Malaysia.. Baru-baru ini, saya dan keluarga sempat hadir ke A&W Batu Road, KL iaitu A&W yang tertua di Malaysia sempena Promosi Chicken Fiesta. Biasa kalau kita dengar je A&W, kita terus ingat kat RB Float (dulu Root Beer Float), Beef Coney (dulu Coney Dog) dan wafflenya. sekarang, kalau korang berkesempatan, apa kata korang cuba pula ayam goreng di A&W. Bermula dari 7 November 2017 , buat julung kalinya A&W malaysia akan mengadakan promosi Chicken Fiesta bagi memperkenalkan semula ayam gorengnya secara besar-besaran. Sempena Chicken Fiesta ini, Golden Aroma Chicken (GAC) dan Spicy Aroma Chicken (SAC) akan dihidangkan bersama RB Float dalam kombo dua ketul ayam, enam ketul ayam dan juga sembilan ketul ayam bermula dengan harga RM15.45 sahaja. Ayam yang segar dan fresh digoreng garing kekuningan keemasan ber...