Assalamualaikum.. Anda teringin nak makan masakan dan makanan ala ala johor tapi tak berkesempatan nak terjah ke johor sana tuh?? haaa..meh sini nak bagitau..kat restoran bisik bisik shah alam ada menyediakan santapan ala ala johor yang asli dan sedap yang sesuai sangat dengan tekak orang johor dan jugak tekak orang bukan johor macam saya..heee... Pengenalan Restoran Bisik-Bisik: Lokasi di Seksyen 7, Shah Alam (belakang Unisel) . Mula beroperasi pada bulan Ogos tahun 2010. Dimiliki oleh anak orang jati Johor iaitu Puan Norhaliza a.k.a Puan Ain.. Mula berniaga dengan menyediakan makanan ala carte dan sasaran pelanggan pada ketika itu adalah pelajar- pelajar dari Uitm dan Unisel. Waktu operasi restoran bermula dari waktu makan tengah hari dan berlarutan sehingga jam 12 malam. Selain itu, Restoran bisik-bisik juga menyediakan perkhidmatan catering untuk agensi-agensi kerajaan,syarikat-syarikat swasta yang berdekatan serta majlis-majlis/kenduri. Menu yang disediakan (secara ...