Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Thursday, October 2, 2014

FoodReview : Makanan ala Johor di Restoran Bisik-Bisik, Seksyen 7 Shah Alam

Assalamualaikum..

Anda teringin nak makan masakan dan makanan ala ala johor tapi tak berkesempatan nak terjah ke johor sana tuh??
haaa..meh sini nak bagitau..kat restoran bisik bisik shah alam ada menyediakan santapan ala ala johor yang asli dan sedap yang sesuai sangat dengan tekak orang johor dan jugak tekak orang bukan johor macam saya..heee...

Pengenalan Restoran Bisik-Bisik:

Lokasi di Seksyen 7, Shah Alam (belakang Unisel) . Mula beroperasi pada bulan Ogos tahun 2010. Dimiliki oleh anak orang jati Johor iaitu Puan Norhaliza a.k.a Puan Ain.. Mula berniaga dengan menyediakan makanan ala carte dan sasaran pelanggan pada ketika itu adalah pelajar- pelajar dari Uitm dan Unisel. Waktu operasi restoran bermula dari waktu makan tengah hari dan berlarutan sehingga jam 12 malam. Selain itu, Restoran bisik-bisik juga menyediakan perkhidmatan catering untuk agensi-agensi kerajaan,syarikat-syarikat swasta yang berdekatan serta majlis-majlis/kenduri.

Menu yang disediakan (secara bergambar) :

Anda boleh lihat harga menu yang disediakan amatlah berpatutan dan sesuai dengan makanan yang anda order.






Makanan yang istimewa di Restoran Bisik-Bisik :

Kami berkesempatan menikmati menu istimewa yang disediakan oleh restoran Bisik-Bisik. Semuanya makanan utama dari Johor. Jom tengok satu persatu..sila jangan terliur yee..hihihi..

Kacang pol. harga RM6.00
1st time try. tekak saya kata sedap dan saya nak repeat lagi next time.

Asam Pedas Ikan Jenahak. Harga RM11.90 (set beserta nasi putih)

Set nasi putih dihidangkan bersama asam pedas yang ada dalam menu.

Mee Bandung Udang Galah. Harga RM 15.90 (gred B)

Mee Rebus Tulang Gear Box. Harga RM9.00

Laksa Johor. Harga RM 6.00

Nasi Goreng Anak Bujang. Harga RM 9.00

Minumam yang istimewa di Restoran Bisik-Bisik :
Air Kathira JDT. Harga RM 3.50

Ais Jagung Bisik-Bisik. Harga RM3.50

Selain itu, bagi anda yang suka westernfood, jangan risau. Ada jugak menu lain yang disediakan kat restoran Bisik-Bisik. (boleh rujuk menu).

Owhh..saya tidak keseorangan ya..saya ditemani oleh teman teman blogger sis Hanny , sis Nora, sis Ayu , sis Cheqeem , mr Puex dan Mr Esham yang very the sporting gilerr..hahaha..
photo sessian bersama tokei restoran, puan Ain.

1 more pic!

via Gopro mr esham.


Untuk maklumat lanjut berkaitan restoran Bisik-Bisik, boleh rujuk detail di bawah ini:
 
Alamat :
 Lot 9 & 10, Kompleks Anjung 7, Jalan Zirkon B7B, 40000 Shah Alam Selangor
 
Phone:
0177317803, 0177584680 & 0172584832

Email:
Website:

 
Facebook :
 
 
Link-link yang berkaitan dengan restoran Bisik-Bisik, Seksyen 7 Shah Alam :

http://www.diarymama.com/restoran-bisik-bisik-seksyen-7-shah-alam/
http://kongsibersamanora.blogspot.com/2014/09/restoran-bisik-bisik-shah-alam-menyediakan-makanan-Johor-paling-meletop.html
http://www.cheqeem.com/sajian-istimewa-restoran-bisik-bisik-shah-alam/

Nah video temuramah bersama tokei restoran yang dihasillah oleh Encik Puex via vlognya :




If free dan berdekatan dengan restoran bisik-bisik nih, boleh la terjah ya..

Sekian, selamat menjamu selera !

Yours Truly ;P

7 comments:

idzwa kamaruddin said...

haishhh tau tak cheras shah alam tu jauh....nak kene pegi sana plak la try!!

idzwa kamaruddin said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Cheq Eem said...

tengok ais jagung tu terus rasa nak pergi bisik-bisik.... nanti kita set ajak geng2 yang sama pergi sini lagi ... heheh...

Hanny Abdullah said...

Bila nak repeat lagi ni weiiii

akuzle ayu said...

Yeah! Bila dan bila mau g lagi?

Ismi Ana said...

Udang galah mesti terbaikkan? Harga dia pun boleh lah..hahaha.

Eshamz Halim said...

Memang best lepak makan kat sini... aku ngan cheq eem dah repeat dah ari tuu... tapi sayang restoran tu dah semakin sempit tp penuh dgn pelanggan.. Aku lom siap lagi entri bisik-bisik ni ...dpt giler entri yg pending.. kena usaha dgn lebih gigih lagi ni...ekekekeke.. :D