Followers

Wednesday, October 2, 2019

Makan Ala Jepun Di Restoran RakuXin Hotel Concorde Shah Alam

Assalamualaikum/Hai, 

Aku bukanlah peminat tegar atau pencinta makanan yang berasaskan dari negara jepun ni.
Tapi bila pertama kali menjejakkan kami ke restoran RakuXin di Hotel Concorde Shah Alam, hati terus tepaut dengan keenakan menu menu dari negara Jepun. Orang cakap, tak kenal maka tak cinta. so akku dah terjatuh cinta dengan menu menu dari Jepun. 


Untuk makluman semua, Restoran RakuXin dari Hotel Concorde Shah Alam ni telah memperkenalkan beberapa menu baharu untuk tatapan setiap pelanggan yang akan berkunjung di sini. suasana santai, dengan konsep ala ala Jepun Style mebuat kita sebagai pelanggan terasa seperti berada di Jepun. tu baru suasana, belum makanannya lagi..


Restoran RakuXin memperkenalkan menu terbaru.

Terbaru, restoran RakuXin telah memperkenalkan beberapa menu baharu. Antaranya Unagi Chawan Mushi (steamed egg custard with eel), shishamo tempura (a deep fried pregnant fish with ohba leaf in tempura batter), ebi tempura, beef Teriyaki, Tempura Brownies, Dragon Rolls, shitake, Inari Taruki Sarada dan banyakkkkk lagi menu-menu baharu yang lain.










  


Amacam?? menarik kan menu jepun ni..
aku paling suka dengan tempura brownies.
sedap yaa amatt!

Kalau nak lunch date kat sini pon boleh. nak buat hi-tea dengan kawan-kawan pon highly recommended! Untuk info lanjut atau sebarang tempahan/ pertanyaan, korang boleh refer details kat bawah :
Waktu Operasi : 
 12 tengah hari - 8 malam (Isnin sehingga Sabtu)
No telefon : 
03-55208000
website :
  www.shahalam.concordehotelsresorts.com
Alamat :
3, Jalan Tengku Ampuan Zabedah C/9C, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan



thank you RakuXin Hotel Concorde Shah Alam for having me.

saya sudah.
anda bila lagi??
heheheee..
rasa nak ajak kengkawan yang suka makan makanan jepun lepak lepak santai kat sini lah..
terasa-rasa sos wasabi kat anak tekak aku ni..
amboiiii..

till we meet again!

 -MrsPuex-