Assalamualaikum/Hai, Mood Raya dah sampai ke tu?? Ada sesiapa yang berhajat untuk raya bertemakan traditional tahun ni ? Sebelum tu, mari kakak berpantun untuk memulakan bicara... ahaaaaiii... "Harap harap kelapa puan Tidak puan kelapa bali Harap pada tuan dan puan Tidak tuan puan siapa lagi." "Ya.. kerana tuan puan lah maka kami masih disini, memelihara dan mengetengahkan 'Jati Diri' melayu ke persada massa. Dek kerana itulah makanya kami sekali lagi beraksi, mengetengahkan koleksi busana tradisional melayu bagi diperagakan untuk perayaan syawal 2021", jelas puan Zahalina selaku pengarah urusan Bahari Asyek. Setahun berlalu dengan kegelisahan dan kekangan wabak Covid 19 yang mengekang segala macam aktiviti dan rutin harian kita. Sudah setahun kita jalani kehidupan dalam norma baru dan sudah setahun juga kami tak beraksi di persada fesyen setelah kali terakhir mengadakan peragaan fesyen pada 13 Mac 2020 'Taman Inderaloka- Bahari Asyek Syawal ...