Assalamualaikum/Hai, Ahad lepas saja plan terkejut terkejut nak bawak anak riadah area shah alam.. balik je dari open house umah member kat seksyen 10 shah alam lepas tu tak tau nak pegi mana sebabnya petang masih muda, so husband ajak pegi lepak setia city mall.. kita ok kan je.. lagipun dah lamaaa tak lepak sana petang petang. ramainya maknusia yang bersantai, rilek2 bersama keluarga dan sahabat handai.. yang main beskal, yang main belon, yang joget ala ala hispturs konon konon trening nak masuk sukan sea pon ade ..hahaha.. macam-macam ragam manusia aku sempat jeling. aktiviti kitorang?? ni budak 2 orang ni asiklah berzikir kat papanya nak main roller blade. benda tak penah main, tu jugak la yang sibuk nak terai.. tak pe, mak suka cabaran.. maka marilah melabur rm10 sorang. main sampai boring kata penjual tu.. total hangus : RM20. masalahnya mak pak yang boring tgk anak asiklah jatuh bangun jatuh bangun.. si kakak, dok la berjalan...