Assalamualaikum/Hai, Bulan Ramadhan bagi tahun 2018 bakal menjelma tak sampai sebulan dari sekarang. Sejak dari awal April lagi banyak hotel-hotel di Malaysia dah bersiap siaga untuk menanti kedatangan bulan Ramadhan. Bagi yang gemar/ suka berbuka puasa bersama family di hotel, boleh la jengah jengah sikit apa yang disediakan di Pullman Putrajaya Lakeside ni. Sesekali apa kata gathering bersama keluarga untuk berbuka di luar. Hotel Pullman Putrajaya Lakeside menggunakan konsep Magical Ramadhan Night bagi tahun 2018. Pelbagai juadaha hidangan disediakan untuk para tetamu yang bakal berbuka puasa di sini. kalau nak taip memang hampir beratus tau juadah yang ada. Rasanya sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan. suasana lokasi yang mendamaikan, luas memang selesa bagi yang hadir bersama family dan anak kecil. Oklah malas nak cerita lelebih, so mari layankan apakah juadah yang akan disediakan kepada para tetamu untuk bulan puasa nanti. ...