Skip to main content

Posts

Showing posts from June 15, 2017

PROGRAM AMAL ANCASA HOTELS & SPA KUALA LUMPUR SEMPENA BULAN RAMADHAN 2017

Assalamualaikum/Hai, Ancasa HOtel & Spa , Kuala Lumpur telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak dari Pusat Jagaan Kasih Murni , Taman Keramat Kuala Lumpur. Majlis ini merupakan program tahunan dan menjadi tradisi setiap kali bulan Ramadhan yang juga turut mencerminkan inisiatif dan keprihatinan kumpulan pengurusan hotel dalam memenuhi tuntutan tanggungjawab sosial korporat (CSR) khusus untuk golongan yang kurang bernasib baik. Pengarah Urusan Berkumpulan UDA Holdings Berhad, Datuk Ahmad Abu Bakar dan Datuk Ahmad Tajuddin Mohamed, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pengurusan Aset selaku tetamu kehormat dijemput hadir dan diberi penghormatan untuk mengagihkan duit raya bagi pihak Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur kepada 50 orang anak-anak yatim yang hadir. Tahun ini merupakan tahun yang amat bermakna bagi Ancsa Hotel & Spa Kuala Lumpur kerana mendapat sokongan dan tajaan bas daripada Kopetro Travel & Tours Sdn Bhd bagi urusan pengangkutan pergi...