Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Thursday, June 15, 2017

PROGRAM AMAL ANCASA HOTELS & SPA KUALA LUMPUR SEMPENA BULAN RAMADHAN 2017

Assalamualaikum/Hai,

Ancasa HOtel & Spa , Kuala Lumpur telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak dari Pusat Jagaan Kasih Murni , Taman Keramat Kuala Lumpur. Majlis ini merupakan program tahunan dan menjadi tradisi setiap kali bulan Ramadhan yang juga turut mencerminkan inisiatif dan keprihatinan kumpulan pengurusan hotel dalam memenuhi tuntutan tanggungjawab sosial korporat (CSR) khusus untuk golongan yang kurang bernasib baik.


Pengarah Urusan Berkumpulan UDA Holdings Berhad, Datuk Ahmad Abu Bakar dan Datuk Ahmad Tajuddin Mohamed, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pengurusan Aset selaku tetamu kehormat dijemput hadir dan diberi penghormatan untuk mengagihkan duit raya bagi pihak Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur kepada 50 orang anak-anak yatim yang hadir.

Tahun ini merupakan tahun yang amat bermakna bagi Ancsa Hotel & Spa Kuala Lumpur kerana mendapat sokongan dan tajaan bas daripada Kopetro Travel & Tours Sdn Bhd bagi urusan pengangkutan pergi dan balik. Manakala, Syarikat Tanjong (Peladang Food Industries (M) Sdn Bhd) untuk tajaan rempah ratus. Rempah ratus ini digunakan untuk memasak kari daging dan bubur lambuk. Bubuk lambuk istimewa hasil air tangan dari chef Mariam dan Che Yohanis. seriusly sangat sedap. 

PROGRAM AMAL ANCASA HOTELS & SPA KUALA LUMPUR SEMPENA BULAN RAMADHAN 2017
Kumpulan Nasyid Rabbani juga turut hadir memeriahkan majlis.
Program sebegini sebenarnya dapat mengeratkan silaturrahim serta hubungan kekeluargaan dan kerjasama kakitangan dan pihak pengurusan sekaligus memupuk budaya memberi kepada mereka yang memerlukan. Aktiviti korporat sepeti ini juga dapat memberi ruang untuk mendekatkan diri dengan msyarakat secara langasung.

PROGRAM AMAL ANCASA HOTELS & SPA KUALA LUMPUR SEMPENA BULAN RAMADHAN 2017
sebahagian anak-anak yatim yang hadir.
Bagi memeriahkan lagi majlis berbuka ini, Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur menyajikan pelbagai variasi hidangan yang dulunya memang popular di sekitar bandar Kuala Lumpur pada tahun 70an hingga 90an. Dan kini berada di bawah satu bumbung berkonsepkan 'Selera Desa - Kembara Iftar Di Kuala Lumpur'. Info lanjut untuk buffet ramadhan ini boleh klik SINI .

PROGRAM AMAL ANCASA HOTELS & SPA KUALA LUMPUR SEMPENA BULAN RAMADHAN 2017
Salah satu menu yang dihidangkan kepada para tetamu.

PROGRAM AMAL ANCASA HOTELS & SPA KUALA LUMPUR SEMPENA BULAN RAMADHAN 2017

Jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan Ancasa Hotel & Spa kerana sudi menjemput saya dan rakan-rakan blogger yang lain untuk turut sama memeriahkan program ini. macam -macam perasaan bila kita lihat sendiri anak-anak ini meneruskan kehidupan tanpa kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa. Terus teringat anak-anak kat rumah. bertuah dorang.

untuk maklumat lanjut boleh layari website di www.ancasahotels.com.


 -MrsPuex-

1 comment:

HeNRieTTa JoSe said...

meriahnya...best...teringat pudding roti AnCasa Hotel...