Assalamualaikum/Hai, Bayang By Khai Bahar Edisi Lelaki RiSES Perfumes hari ini memperkenalkan wangian terbaharu, ‘ Bayang oleh Khai Bahar ’ dengan menampilkan bintang baharu Khai Bahar sebagai dutanya. Wangian tersebut merupakan edisi terhad edaran RISES Perfumes dan boleh digunakan oleh lelaki dan wanita. Bayang By Khai Bahar Edisi Wanita Aroma ‘Bayang’ ini terhasil daripada inspirasi remaja yang masa kini dan ianya juga dicipta khas untuk mendekati peminat Khai Bahar yang semakin berkembang di Malaysia dan juga Indonesia. Antara kriteria yang ditekankan dalam penghasilan wangian ini adalah berdasarkan personaliti penyanyi tersebut yang sentiasa ceria serta mempunyai gaya hidup aktif yang amat bersesuaian dengan ‘Bayang’. Pemilihan nama wangian tersebut adalah rentetan daripada kejayaan single pertama Khai Bahar sendiri iaitu ‘Bayang’ dan sebelum dilancarkan, RISES Perfumes telah menerima maklum balas yang memberangsangkan berdasarkan permintaan dan...