Skip to main content

Posts

Showing posts from November 29, 2019

10 TIP PENJAGAAN LUKA BERKHATAN

Assalamualaikum/Hai,  10 TIP PENJAGAAN LUKA BERKHATAN Simpan sini untuk rujukan masa depan. (untuk Qa'id + Qaiz nanti). gambar sekadar hiasan - sedut dari google. Sekarang ni musim berkhatan, ramai ibu bapa mohon saya tips penjagaan selepas berkhatan agar tidak bentan atau bernanah dan luka  cepat sembuh. Jadi hari ni saya nak beri sedikit penerangan tentang penjagaan luka selepas berkhatan. 1. Jangan biarkan balutan luka tidak dibuka lebih 72 jam. Ia perlu dibuka, untuk pantau komplikasi berikut: — Jangkitan/nanah — Bengkak/bentan — Jahitan terbuka — Keruping melekat pada balutan 2. Luka berkhatan perlu dicuci 2-3 hari sekali menggunakan normal saline. Caranya: — Bersihkan daki / darah beku sekitar luka — Cuci luka dengan normal saline — Periksa jika ada jahitan & tanda jangkitan — Tutup semula luka jika tiada tanda-tanda 3. Ada beberapa ubat yang dibekalkan oleh doktor selepas prosedur berkhatan: — Tahan sakit: diambil bila perlu — Antibiotik: perlu d...

Staycation Bertemakan English Garden Hanya Di Hotel De Art USJ 21 Subang Jaya

Assalamualaikum/Hai, Cuti Sekolah dah bermula. Dah plan cuti cuti sekolah untuk anak anak korang? Kalau masih mencari lokasi untuk bercuti, tapi malas nak stay jauh-jauh, aku cadangkan korang try menginap di Hotel De Art. Harga berpatutan. Interior sangat menarik. Lokasi strategik HOTEL DE ART USJ 21 SUBANG JAYA. Kali ni aku dan family berpeluang untuk menginap di Hotel De Art, Cawangan USJ 21 Subang Jaya. Tempat yang strategik. Lagi seronok bila hotel sebelah shopping mall Main Place Subang jaya. walking distance je untuk ke sana. parking pon senang. ada khas parking untuk guest hotel. so jangan risau ok! entrance. pon dah cantik untuk ootd. belanja sekeping depan pintu masuk. ART FAMILY DELUXE kalau korang nak tau, setiap bilik, design semua lain-lain. Bilik kami bernombor 204 - Lotus Of The Soul. Memang penuh soul bila first time masuk. wall paper, dinding semua ada ukiran khas. jom check it out!      ...