Assalamualaikum/Hai, Peminat Hello Kitty mesti antara yang paling gembira! 7-Eleven Malaysia, rangkaian kedai serbaneka terkemuka di negara ini, telah bekerjasama dengan Sanrio untuk melancarkan program premium yang boleh dikumpulkan iaitu Hello Kitty VISIT MALAYSIA koleksi tins. Koleksi hadir dalam 30 reka bentuk yang sangat menarik, masing-masing menampilkan tempat menarik yang ikonik mewakili semua negeri dan wilayah persekutuan Malaysia, seperti Dataran Merdeka di Kuala Lumpur, i-City di Selangor, Dataran Merdeka di Selangor, Benteng Cornwallis di Pulau Pinang, Benteng A 'Famosa di Melaka, Castle Kellie di Perak, Menara Elang Langkawi di Kedah dan pantai Rantau Abang di Terengganu dan lain lain lagi. Macam mana nak tebus? Pelanggan akan diberi pelekat program untuk setiap pembelian RM5 dalam satu resit di mana-mana cawangan 7-Eleven Malaysia, mulai sekarang hingga 2 Mei 2021 . Pelekat bonus akan diberi ganjaran sekiranya pembelian tersebut merangkumi produk rakan kongsi ...