Jom Bawa Family Makan Dalam Sungai Di BBQLAMB KL Kemensah

Assalamualaikum/Hai, 

Sesekali tu jomlah kita ubah selera bawak family makan-makan dalam sungai sambil menikmati alam semula jadi . Bosan makan dalam mall, jemu dah makan kat kedai. Walaupun lokasi dalam Kuala Lumpur tapi tempat ni jauhhhh dari kesibukan bandar.

Refresh diri dengan deruan bunyi anak sungai yang damai, suasana redup dan tenang dan lokasi ruang makan yang open menjadikan tempat ini sangat unik.

Jangan pelik ya tempat ni sentiasa penuh dikunjungi oleh para pelanggan dari dalam negara dan juga di luar negara. cuma buat masa ini, terhad untuk dalam daerah yang sama sahaja.
paling penting sudah lengkap 2 vaksin dan patuhi SOP.


Kat mana ni?
mestilah kat BBQLAMB KL Kemensah, Kuala Lumpur.



First time aku jumpa tempat makan yang paling rare dalam Kuala Lumpur.
Bagi pencinta alam, memang inilah tempat yang paling sesuai.

Sekarang kita dah dalam fasa boleh dine-in dalam daerah yang sama.
So korang bolehlah try makan kat BBQLAMB KL Kemensah ni.


sambil menunggu makanan sampai, kita kocak kocakkan air sungai dengan kaki..hehehe..
Masa menunggu makanan yang diorder sangat lah cepat. tak sempat nak lapar, abang abang koboi dah bawa makanan terus ke meja makan. 



Hidangan paling popular mestilah hidangan berasaskan BBQ. Semua daging mesti dimasak dengan kaedah SMOKE.  alaaa.. nak citer lelebih pon, tak feel kalau korang tak datang rasa sendiri pengalaman makan kat sini. Korang wajib datang sini rasa sendiri daging yang dipanggang tu.


aku pilih set mix meat.
rm150.00
sesuai untuk 4-5 orang makan.
dalam tu ada daging lembu, kambing, itik dan ayam.
bersama 4x nasi kuning berempah (yang ini memang sedap giler) dan beberapa pilihan sos yang superb sedap.
semangkuk sup
buah-buahan
desert - ala ala koktail.

air minuman pula free flow. korang boleh minum sampai kembung perut..hehehe..
hari yang aku pegi ni, dorang hidangkan air teh o aiss...nikkmatt





Ada beberapa jenis hidangan menu lain yang disediakan di sini. kat pintu masuk nnti akan ada katalog menu untuk korang pilih nak makan yang mana satu. Tapi aku boh kat sini jugak sesiap untuk rujukan korang kalau nak datang.. pikir sesiap nanti terus order je.. boleh pilih bajet menu dan jimat jugak masa ye dakk..










suka aku ingatkan kat sini, kalau korang nak datang makan kat sini, korang buatlah reservation tempat ni awal-awal. walk-in tidak digalakkan terutamanya di waktu puncak iaitu hari sabtu dan ahad sebab waktu menunggu meja makan tu agak lama.. at least pelanggan amek masa 2 jam untuk feel makan dalam sungai. kalau book sesiap, korang sampai je meja dah ready. pastikan jugak datang awal sebelum masa temujanji korang untuk memudahkan pihak pengurusan menguruskan reservation korang.


cuaca panas? no problem.. topi koboi is provided.
sesekali jadi kakak koboi ape salahnye kan..hehehe..

selain makan dengan family, hang-out chit chat dengan kengkawan atau sambut occasion (birthday/anniversary) kat sini pon best jugak tauuu..

tempat ni pon pernah menghiasi halaman surat khabar kosmo.
cuma aku tak berkesempatan nak berjumpa dengan ownernya..
insya allah ada rezeki nak berselfi jugak dengan owner tempat..heheh..

perut kenyang suka hati..
kali ketiga menikmati makan dalam sungai dan akan repeat lagi nanti.



untuk info lanjut, korang boleh layari media sosial BBQLAMB KL Kemensah :

Alamat : 
BBQ LAMB KL Kemensah, Jalan Taman Zooview, Kampung Kemensah, Ulu Kelang , KL

Facebook : 

Instagram :

Untuk Tempahan hubungi :
 012-211 4100 / 019-9631657




 -MrsPuex-

1 Comments

menariiknya tempat viral ni..teringin juga nk ke sini satu hari nnti