Skip to main content

Resepi : Rendang ayam versi mrspuex

Assalamualaikum..

Kemain versi mrspuex sangat..hahaha..

Takdelah..ni resepi bonda kesayangan..

Saja share utk korang..senang je buat rendang rupanya..cuma nak tggu kering tu yang jenuh sikit..

Rendang ayam..

Bahan-bahan :
1 ekor ayam dipotong 8 ke 10 ke ikut sukati.bersihkan. Lumurkan dengan serbuk kunyit.ketepikan.
4 labu bawang besar*
7 ulas bawang putih*
1 inci halia*
4 batang serai*
1 Ulas kunyit hidup*
3 biji cili padi* - nak pedas boleh taruk lebih
1 helai daun kunyit-dihiris nipis
2 senduk cili kering yang telah diblend
1kilo santan
2 sudu kerisik
1 keping asam gelugor
3 sudu minyak masak utk menumis.
Seasoning secukupnya spt garam/ gula/1 kiub ayam/2 sudu sos tiram

Cara-cara :
Blendkan bebahan bertanda *.
Panaskan minyak. 
Tumiskan bebahan * tadi.
Agak agak garing, masukkan cili kering yg dh diblend.
Biarkan sampai naik minyak.bubuh segala macam seasoning/asam gelugor. Jgn masin sangat nnti termasin masa nak keringkan.pepandai bajet ye.
Masukkan santan dan kerisik.
dah mendidih baru masukkan ayam.
Sentiasa kacau supaya tak melekat di kuali.
masak sehingga jadi seperti di gambar kat atas tu.
Last skali masukkan daun kunyit.

Sedia untuk dihidangkan.

*tips : aku masukkan ayam last skali sebab tanak ayam tu hancur lebur. Kalau guna ayam kampung/pencen baru boleh masukkan awal awal Sebab daging liat.

sedap dimakan bersama nasi impit.feeling selamat hari raya konon konon..heee..

Selesai!

Selamat mencuba!

Comments

cheq eem said…
waahhhh...... selamat hari raya lah kita....!!

Popular posts from this blog

SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER!!

Assalamualaikumm.. Saya budak baru blaja.. so saya mau kenal ramai kawan. thx luna sbb buat segmen cenggini.. besttt!!! Anda mau ramai follower?? jom terjah blog LUNA LANUN nih.. SYARAT PENYERTAAN: Buat satu entri bertajuk: SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER DONE! Letakkan header blog LUNA LANUN. DONE! Linkkan kepada entri ini. DONE! Siap entri?! Letakkan link entri anda dalam ruangan komen di bawah. DONE! Yours Truly ;P

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014 , iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join. Syarat-syaratnya : Follow blog Mialiana.com , Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI Senang dan mudah bukan? 12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org  dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014. tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya... lurve, mrspuex

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P