Permainan olok-olok kadang kadang membantu perkembangan anak-anak



Assalamualaikum/Hai,

Tipulah kalau aku cakap zaman kita kekecik dulu tak pernah main permainan olok-olok.. macam macam permainan yang kita pernah buat.betulkan??

Contoh permainan olok-olok paling simple, police entry, main masak masak atau pun main kawin kawin..hahaha..bila terkenang kisah lama jadi kanak-kanak seronok jugakkan??

Bila dah jadi ibu ni, anak-anak menjadi keutamaan. Terutamanya dalam membantu perkembangan minda dan emosi anak-anak kita sementara nak tengok mereka membesar.

Ada pelbagai jenis permainan yang boleh membantu perkembangan kemahiran kanak-kanak seperti permainan olok-olok. Salah satu cara mudah yang aku dapat kaji selidik adalah dengan bermain secara olok-olok. 

Image may contain: one or more people
anak bujang berjaya menghasilkan robot dengan lego mengikut daya kreativitinya

Kanak-kanak memang gemar bermain apatah lagi jika ia dilakukan secara sukarela dan menyeronokkan. Permainan olok-olok sebahagian daripada aktiviti yang penting bagi kanak-kanak untuk mempelajari kemahiran bahasa dan pertuturan. Kanak-kanak meluahkan idea, perasaan dan fikiran mereka sewaktu bermain selain menjadi sebahagian daripada kemahiran prapertuturan.


main congkak berdasarkan kepada peralatan sedia ada di rumah. sel-sel otak sedang berhubung.

main cikgu-cikgu. sorang jagi cikgu, sorang jadi anak murid.

Kebiasaannya, permainan ini menggalakkan kanak-kanak menggunakan minda mereka untuk bermain. Bermain menggunakan imaginasi seperti memberikan anak patung makan dan minum atau bermain menjadi seorang doktor termasuk dalam kategori permainan olok-olok. Keupayaan untuk meniru, penggunaan motor sensori dan kemahiran kognitif penting dalam permainan olok-olok.

Selari dengan konsep permainan olok-olok ni, ada satu tempat yang memang sesuai dengan kehendak anak-anak untuk belajar secara praktikal. Di mana?? di KidZania Kuala Lumpur!

Apa yang best di KidZania Kuala Lumpur

KidZania merupakan satu tempat di mana mereka boleh belajar macam-macam. dengan keluasan 80,000 kaki persegi bandar bersaiz kanak-kanak dengan lebih daripada 60 pertubuhan, kanak-kanak berusia antara 4-14 akan mengalami pengalaman hidup sebenar dalam persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. Lebih-lebih lagi, mereka akan belajar untuk menjadi bebas, mengetahui nilai kerja berpasukan, mengembangkan kemahiran dan yang penting sekali bagaimana mereka mengawal kewangan masing masing.

Oleh sebab itu, kalau ada masa terluang, aku akan setkan masa untuk anak-anak explore di KidZania. Biar anak-anak tahu macam mana mak ayah bertungkus lumus bekerja mencari duit untuk keluarga. Macam-macam aktiviti yang anak-anak boleh buat dengan sebebasnya.. parents pon boleh 'me-time' kat dalam tu while anak-anak bizi cari duit.

happy kid, happy mom!

Antara aktiviti kesukaan anak-anak kalau ke KidZania Kuala Lumpur adalah menjadi Ahli Bomba. Kerja berpasukan dititikberatkan dalam melaksanakan tugas. 




Selain itu, untuk seksyen produksi, anak-anak akan terus ke vitagen milk factory. di sini, mereka akan diajar bagaimana vitagen dihasilkan dari awal hingga akhir sekali. pembelajaran yang diperolehi, bila mereka minum atau membeli vitagen, secara automatik, mereka akan ingat semula apa yang merak buat di milk factory itu dan mula bercerita kat mama macam mana vitagen itu wujud.



 

Tempat ketiga, mereka bekerja sebagai pegawai HASIL di Lembaga Hasil Dalam Negeri. Mereka didedahkan dengan suasana bagaimana kerajaan mengutip hasil dan macam-macam lagi. Seronok tauuu tengok dorang bekerja. its sooo real! seriusly!



Sebenarnya banyak lagi permainan/ pekerjaan yang anak-anak boleh explore secara praktikal di KidZania Kuala Lumpur. Saya memang 100% rekemen kat ibu bapa di luar sana yang tak tahu kat mana nak bawak anak-anak mengisi masa lapang atau mencari pengalaman, silalah pergi ke KidZania Kuala Lumpur.. Anak-anak tidak akan pernah bosan dan sememangnya mereka akan rekues untuk datang lagi dan lagi untuk masa akan datang.. cuti sekolah dah nak bermula kan? apelagi, slotlah 1 hari ke KidZania Kuala Lumpur.

Untuk info lanjut atau pertanyaan tentang KidZania Kuala Lumpur, boleh refer details di bawah :

Website : https://www.kidzania.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/KidZaniaKualaLumpur/
Instagram : https://www.instagram.com/kidzaniakl/

No tel : 1300 12 KIDZ (5439)


 -MrsPuex-

5 Comments

Azlinda said…
Kidzania mmg fav all the time bebudak ni...nk repeat lg dalam masa terdekat
HeNRieTTa JoSe said…
blom sampai cini lagi...maen congkak tu kreatif...
budak-budak memang suka kidzania. seronok jadi macam-macam :)
Murni Alysa said…
memang teringin nak bawa anak2 kesini..tunngu baby besar sikit baru syok
Sha Mohamed said…
Tak berjaya lagi bawa anak ke kidzania nie..