Skip to main content

PROMOSI BACK TO SCHOOL 2020 DI SUNFEET INTERNATIONAL REHABILITATION CENTRE : PAKAR KAKI ANDA!

Assalamualaikum/Hai,



Sempena cuti sekolah ini, jenama kasut Sunfeet iaitu salah satu jenama pakar kaki di Malaysia telah memperkenalkan promosi Back To School yang menawarkan harga kasut yang mampu untuk dimiliki. Saya dan keluarga berkesempatan untuk melihat sendiri kasut-kasut sekolah yang dibuat khas untuk kepentingan kesihatan kaki anak-anak kita. Sekali imbas, seperti kasut sekolah yang ada dipasaran tapi bila kita belek-belek secara terperinci dan teliti, kasut-kasut sekolah yang diperbuat dan direka khas oleh Sunfeet ini memang lain. insole yang digunakan memang sangat selesa.

Sunfeet International Rehabilitation Centre




Sunfeet diasaskan oleh Mr Lee Joo Wee untuk memenuhi harapan terakhir ayahnya iaitu Mr Lee Yin untuk menubuhkan pusat pemulihan orthothis dan prostetik untuk membantu lebih ramai pesakit dengan keadaan muskuloskeletal dan gangguan fizikal sejak tahun 1978. 

Dato Dr. Edmund Lee iaitu seorang pengasas MyOrth, jenama pakar penjagaan kaki pada tahun 2010. Beliau menyedari betapa perlunya beliau menyambung legasi untuk mencapai impian datuknya berkaitan dengan Sunfeet International Rehabilitation Centre.

Untuk pengetahuan semua, terdapat empat jenis masalah yang melibatkan tapak kaki. Antaranya adalah pronated, flat, severe flat, high arch. Untuk yang normal, peratusannya adalah sangat rendah.

6  Cara Memilih Kasut Sekolah Dengan Betul.

Masa taklimat, Dr Edmund ada menerangkan 6 cara bagaimana kita nak pilih kasut sekolah anak yang betul. Ilmu baru bagi kami tau. Aduhai, selama ini kami sebagai ibu bapa, terlepas pandang cara nak pilih kasut sekolah anak dengan betul . Asal muat dah cukup dah.. lepas tu sampaiiii habis sekolah still pakai kasut yang sama. Terus rasa kesiannn sebab mengabaikan kesihatan kaki anak-anak.


Cara-cara memilih kasut sekolah yang sesuai :

1. Pastikan panjang yang betul dan ada jumlah ruang yang betul.
2. Pastikan lebar yang terbaik, tanpa tekanan pada sisi kaki.
3. Pastikan kedalaman yang betul yang sesuai dan selesa.
4. Pastikan bahagian atas kasut menutup kemas di sekeliling tulang pergelangan kaki.
5. Pastikan kasut memegang bentuk tumit dengan baik.
6. Ketika berjalan dengan lebih mudah dan kaki selesa di dalam kasut.

lain-lain tips yang dapat dari taklimat dari Dr Edmund Lee :

1.sila beli kasut anak pada waktu petang sebab saiz kaki akan membesar dalam 5% ke atas berbanding pada waktu pagi.
2. ukur dua-dua kaki anak sebab setiap kaki berbeza ukurannya. Pilih kasut di mana saiz kaki lebih besar dari kaki yang lagi satu.
3. pastikan ibu jari kaki anak muat dan selesa bila kasut dipakai.

gambar di atas (hijau) menunjukkan space kasut yang sesuai.
Beberapa cadangan dari Dr Edmuind Lee untuk buat pemeriksaan size kasut anak anak :

1-2 tahun : kekerapan 2 bulan sekali.
3-4 tahun : kekerapan 4 bulan sekali.
5-6 tahun : kekerapan 6 bulan sekali.

Pemeriksaan Kaki Percuma di Sunfeet!


Kalau korang berkesempatan datang ke Sunfeet yang terletak di Petaling jaya, korang boleh cek tahap kesihatan tapak kaki korang secara percuma tau. kanak-kanak seawal 0-4 tahun biasanya boleh mengalami masalah tapak kaki. majoriti kanak-kanak selalu mengalami masalah flatfeet. Saya berkesempatan bawa anak-anak cek tahap kesihatan kaki dorang di sunfeet. elok kesan awal sebab kalau umur anak dah semakin bertambah, agak sukar nak perbetulkan sebab tulang dah semakin keras.

Back To School 2020: Healthy Feet, Healthy Kids!


Cuti Sekolah dah bermula, so bagi ibu bapa yang prihatin ke atas kesihatan kaki anak-anak, eloklah pilih kasut yang selesa dan sesuai dengan tahap kesihatan tapak kaki anda. Design yang direka pon memang menarik untuk anak-anak pakai ke sekolah. Anak bujang dah sarung sebelah kaki terus cakap, mama sedap dan selesanyaaaa kasut ni mama!.. ok kita beli satu ye anak..yang penting, sila jaga baik-baik ya..hehe..










healthy feet, healthy kids!
yessss!! 


credit picture to www.myweekendtreat.com



 Thanks Sunfeet for having us!

Sekarang baru saya tahu, kalau ada masalah yang berkaitan tapak kaki, kita perlu dan wajib memakai kasut yang sesuai dengan masalah tapak kaki kita.Bukan semua kasut di luar sana yang sesuai dengan kita tau. 

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan Sunfeet International Rehabilitation Centre, boleh refer details di bawah :


Waktu Operasi :
Buka setiap hari, 7 hari seminggu
masa : 10 pagi- 7 petang.

Alamat :
Sunfeet International Rehabilitation Centre
Blok C, 18 Jalan 19/1, Seksyen 19, 
46300 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

No telefon :
013-5283939 / 013-9122939

Website : www.sunfeet.com.my


 -MrsPuex-

Comments

arzmoha said…
kanak-kanak aktif semestinya perlukan kasut yang sangat selesa

Popular posts from this blog

IFTAR DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM DENGAN BERTEMAKAN WARISAN IBUNDA

Assalamualaikum/Hai,  EDARAN BUBUR LAMBUK DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM Sempena kehadiran bulan ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi, Hotel Concorde Shah Alam telah mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai di sekitar hotel pada 6 Februari yang lepas. Tradisi ini telah dilaksanakan sejak 20 tahun yang lalu.  kalau korang nak tau, bubur lambuk yang tersedap ni disediakan oleh pakar pakar chef dari hotel concorde shah alam. rasa, aroma dan rempah ratus yang ada dalam bubur lambuk tu masih kekal sama seperti tahun tahun sebelumnya. seawal jam 7 pagi, sebanyak 200kg beras diperlukan untuk bubur lambuk ni. lebih kurang 6000 pack bubur lambuk telah diedarkan untuk orang sekitar jam 12 tengah hari. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak pengurusan Hotel Concorde Shah Alam. Semoga tradisi ini diteruskan di masa akan datang. WARISAN IBUNDA TEMA UNTUK RAMADHAN BUFFET 2024 Untuk tahun 2024, Hotel Concorde Shah Alam telah memilih tema WARISAN IBUNDA untuk ramadhan buffet kali ini. Wa...

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014 , iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join. Syarat-syaratnya : Follow blog Mialiana.com , Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI Senang dan mudah bukan? 12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org  dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014. tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya... lurve, mrspuex

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P