Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

searchbar lazada

Thursday, May 11, 2017

13 ANEKA LAKSA DI BUFFET RAMADHAN BEST WESTERN I-CITY SHAH ALAM

Assalamualaikum/Hai, 

Ramadhan preview saya kali ini adalah di Best Western i-city, Shah Alam.
Dengan bertemankan pemandangan sunset menanti senja di Alfresco area di hotel ini memang tenang sangat tau.. Disamping deretan-deretan menu yang sedia untuk dihidangkan kepada para tetamu.

tapii.. jangan risau.. taknak duduk di luar, boleh juga bersantai-santai di dalam yang sejuk berteman aircond. dua-dua anda boleh pilih..

Selain daripada menu BBQ dan satay yang disediakan dibahagian luar (Alfresco area), apa yang paling best bila anda berbuka puasa di Best Western i-city, Shah Alam adalah anda boleh menikmati 13 aneka jenis laksa yang ada di Malaysia. Biasa kita makan laksa Johor, Penang, Utara, Sarawak je kan? ni first time dapat rasa laksa negeri sembilan, pahang, melaka dan lain lain lagi..



yang keduanya, anda boleh menikmati hidangan raja buah - durian king yang akan dihidangkan setiap hari kepada para pelanggan bermula jam 8.30 malam sehingga buah habis. Disamping tu juga turut dihidangkan pelbagai jenis buah-buahan yang lain untuk santapan pemanis mulut anda.


bagi yang gemarkan sup-sup, ni ha sup tulang / gear box sekuali besar panas-panas dah ready untuk anda. cicah pulak dengan roti memang padu beregu dia. must try!


Antara menu-menu utama yang lain adalah :

kari kepala ikan.

paru sambal berlada - sedappp sangat!

telur itik masak lemak - marveles kepedasan dia.

hati ayam goreng.

ayam palembang

daging rendang tok.

pucuk manis ubi keledek

udang goreng jintan

Pencuci mulut a.k.a sweet tooth mesti tak boleh tinggal. pelengkap menu katanya. Ada pelbagai jenis kek, sago gula melaka, kuih beronok, kuih bakul,ais kacang, ais kerim batang  dan lain lain.. biar gambar yang tolong ceritakan.hehe..












Tak lupa juga aneka salad dan 13 jenis sambal colek yang berjaya memikat hati pelanggan semua.




Harga :

Dewasa : RM98.00
Kanak-Kanak (5 tahun -12 tahun ) / Warga Emas :RM49.00

EARLY BIRD : RM78.00 *Sehingga 31 Mei 2017

untuk pertanyaan atau tempahan boleh hubungi :

Tel :03-5521 9000



 -MrsPuex-

2 comments:

Julia Johari said...

Pernah menginap disini dulu satu malam...hotel dia best dan cun...wahhh ada buffet ramadan juga ye...bestnya! early bird tu murah

Hasrul Hassan said...

Fuh .. makin rancak sekarang ramai promosi bufet ramadan. Pandai2 pilih mana yang sesuai dengan bajet, janji tidak membazir.