Skip to main content

Tips bagaimana membesarkan anak-anak yang berdaya tahan dan berdikari sendiri

Assalamualaikum/Hai,

Daya tahan anak-anak seharusnya dipupuk dari awal lagi untuk mendapatkan tubuh dan minda yang sihat dan kuat. Bagaimanapun, pendekatan yang digunakan perlu sesuai dengan peringkat perkembangannya. Kita kena ingat juga bahawa setiap kanak-kanak itu berbeza, jadi bersedialah untuk menggunakan strategi atau pendekatan berbeza dengan setiap kanak-kanak untuk mendapatkan hasil yang anda mahukan.


Saya nak kongsikan beberapa tips yang boleh diguna-pakai dalam membesarkan anak-anak supaya mempunyai daya tahan yang tinggi dan secara tak langsung dapat mengelak mereka dari perasaan takut, kena buli di sekolah dan merendah diri bila bermain dengan rakan rakan sebaya.

Jadilah Penyokong kepada anak kita.


Setiap anak-anak memerlukan sekurang-kurangnya seorang dewasa yang boleh dia percaya sepenuhnya. Kat sini, peranan kita sebagai ibu bapa sangat penting. Jadilah orang yang dipercayainya. bagaimana? sayangi dan terima dirinya seadanya, luangkan masa dan pastikan anak kita tahu yang kita sentiasa berada disisinya tidak kira apa jua yang berlaku. Paling penting, jangan beza-bezakan anak-anak kita tapi sentiasa berlaku adil setiap masa. nampak beratkan? tapi bila kita sebagai ibu bapa latih diri selalu, ia akan terbiasa dan jadi mudah. 

Ajar mereka berdikari.


Pandai menyesuaikan diri. Satu cara untuk memupuk mereka adalah dengan mendidik mereka melaksanakan satu tugasan yang mudah sejak kecil lagi. Sebagai contoh, bermula dari umur 3-4 tahun, mereka sepatutnya mampu melakukan beberapa tugasan mudah seperti memakai baju sendiri, mengemas mainan sendiri, membasuh cawan/pinggan sendiri tapi dengan pengawasan dari kita. Apabila mereka semakin membesar, lebih banyak tugasan yang mampu mereka lakukan sendiri. 

  
Menggalakkan mereka berdikari adalah penting. Secara tidak langsung, mereka dapat membantu kita menguruskan kerja rumah. 

Berikan pilihan.

Anak kita mungkin berhadapan pelbagai masalah apabila dia semakin membesar – sama ada menyelesaikan masalah matematik yang tidak difahaminya atau berkawan di sekolah. Elakkan dari mencampuri masalahnya dan cuba menyelesaikan bagi pihak anak kita. Sebaliknya, ajar mereka kemahiran menyelesaikan masalah. Satu cara mudah dan efektif ialah dengan memberikannya pilihan. Yang penting ialah mengajarnya untuk berfikir tentang tugasan yang boleh dilakukan. Dengan menggalakkannya memikirkan jalan penyelesaian, kita sebagai ibu bapa yang prihatin telah membuatkan anak kita lebih bertanggungjawab dan mampu mengawal keadaan.

Disiplin yang positif.



Disiplin yang positif dapat meningkatkan disiplin diri, harga diri dan membantu anak kita mengembangkan sikap yang positif, daripada asyik mengongkongnya sahaja. Ketahui batas kebolehannya dan jangan paksa dia untuk mencapai sesuatu yang tidak realistik. Berikan pujian apabila dia melakukan perkara yang betul dan jangan sesekali memarahinya dengan memukul, menjerit atau melenting apabila dia melakukan kesilapan. Sebaliknya, hulurkan bantuan agar dia tahu di mana silapnya dan bagaimana untuk memperbaikinya. Matlamat utama untuk disiplin yang positif ialah dengan memupuk disiplin diri, di mana anak anda mampu bertindak dengan wajar walaupun anda tiada disampingnya.

Perbualan dua hala.


Sebelum mereka sudah cukup besar untuk mempunyai teman sendiri, kita adalah peluang untuk anak-anak kita berlatih kemahiran bersosial, maka luangkan masa untuk berinteraksi dengannya. Interaksi bukan sahaja cakap, cakap, cakap. Dengar, fahami dan ketahui apa yang hendak disampaikan. Jangan kecewakannya, berbual bersama atau beritahu apa yang perlu dirasainya. Jawab soalannya biarpun sudah ditanya beberapa kali. Dia bertanya kerana ingin memahami tentang dunia dan belajar bagaimana menyelesaikan masalah (kesemua ini berkaitan dengan ketabahan). Sekiranya anda membuatkannya berasa soalan yang dikemukakan menyusahkan, dia akan berhenti bertanya.
Ajarnya berkawan.

Part ini saya tak perlu risau. anak-anak saya memang suka bersosial. Setiap petang memang saya akan beri mereka masa untuk berlibur bersama rakan-rakan di kawasan rumah. tapi, mesti dengan pemantauan. Kena tahu dengan siapa mereka berkawan supaya nanti kita tak risau mereka tersalah pilih kawan. Kadang-kadang saya memang galakkan anak-anak menjemput rakan ke rumah untuk bermain. Tetapi, bagaimana pula jika anak korang menghadapi masalah berkawan dengan rakan sekelasnya? Daftarlah memana aktiviti berkumpulan (seperti drama, permainan berkumpulan, dsb) yang membolehkan mereka bermain dan bekerjasama dengan orang lain di dalam persekitaran yang seronok dan terkawal.







Dapat tak tips-tips di atas? Percayalah perkara-perkara yang saya nyatakan itu sedikit sebanyak dapat membantu anak-anak kita membina daya tahan mereka. 
Saya nak tekankan disini, melindungi anak bukanlah sampai menyekat mereka dari menghadapi pelbagai cabaran. Pada masa yang sama, jangan pula terlalu memaksa. Terdapat situasi tertentu yang mana anak kita masih kecil untuk menyelesaikan masalah sendiri. Sebagai contohnya, sekiranya mereka dibuli secara fizikal oleh rakan-rakan sebaya atau yang lebih tua, kita perlu tampil dan bantu anak kita menangani masalah ini.


Lagi satu, jika ada masa terluang, bawalah anak-anak menjelajah dan kenali diri dan tingkatkan keyakinan ke KIDZANIA KUALA LUMPUR. Di sana, pelbagai aktiviti yang boleh memupuk anak-anak supaya lebih berdaya tahan dan berdikari dalam menyelesaikan masalah.
aireen in action!

qaid in action
 
fesyen show at kidzania KL.

Salah satu aktiviti yang boleh memberanikan diri mereka adalah Magic Show dan Fesyen Show. Dari perasaan malu-malu, at last mereka berjaya menyiapkan segala task yang diberi oleh tenaga pengajar. Saya sebagai ibu yang menonton pertunjukan mereka rasa sangat berbangga dan tak percaya mereka boleh lakukan dengan jayanya!



Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan acara-acara di KidZania Kuala Lumpur, layari www.kidzania.com.my atau www.facebook.com/KidZaniaKualaLumpur, atau hubungi Talian Khidmat Pengguna KidZania di 1300 88 KIDZ (5439) dari 9.00 pagi hingga 6.00 malam, Isnin hingga Ahad.
-MrsPuex-

Comments

Ana Suhana said…
Betul tu kak. Sokongan ibu bapa amat penting dalam proses pembesaran anak2.

Popular posts from this blog

IFTAR DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM DENGAN BERTEMAKAN WARISAN IBUNDA

Assalamualaikum/Hai,  EDARAN BUBUR LAMBUK DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM Sempena kehadiran bulan ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi, Hotel Concorde Shah Alam telah mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai di sekitar hotel pada 6 Februari yang lepas. Tradisi ini telah dilaksanakan sejak 20 tahun yang lalu.  kalau korang nak tau, bubur lambuk yang tersedap ni disediakan oleh pakar pakar chef dari hotel concorde shah alam. rasa, aroma dan rempah ratus yang ada dalam bubur lambuk tu masih kekal sama seperti tahun tahun sebelumnya. seawal jam 7 pagi, sebanyak 200kg beras diperlukan untuk bubur lambuk ni. lebih kurang 6000 pack bubur lambuk telah diedarkan untuk orang sekitar jam 12 tengah hari. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak pengurusan Hotel Concorde Shah Alam. Semoga tradisi ini diteruskan di masa akan datang. WARISAN IBUNDA TEMA UNTUK RAMADHAN BUFFET 2024 Untuk tahun 2024, Hotel Concorde Shah Alam telah memilih tema WARISAN IBUNDA untuk ramadhan buffet kali ini. Wa...

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014 , iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join. Syarat-syaratnya : Follow blog Mialiana.com , Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI Senang dan mudah bukan? 12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org  dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014. tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya... lurve, mrspuex

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P