Skip to main content

MAGICA EVENTS & FUNCTIONS HALL ADAKAN PREBIU EKSKLUSIF DEWAN ACARA TERBESAR DI SUBANG

Assalamualaikum/Hai,


MAGICA Events and Function Halls merupakan dewan acara terbaharu dan terbesar pernah dilancarkan di kawasan tersebut. Terletak di tingkat atas Star Avenue Lifestyle Mall, MAGICA merupakan dewan agam yang direka sebegitu indah berdasarkan konsep hiasan dalaman Eropah yang moden dan dilengkapi fasiliti serba lengkap. Majlis pra pelancaran dan prebiu ini telah disempurnakan oleh Ms Chen Bee Kheng Ketua Pegawai Eksekutif Magica Events & Function Halls bersama Encik Mohamad Saad Bin Mohamad Rejab, Pengerusi Magica Events & Function Halls.


Bersempena dengan sambutan Aidilfitri ini, MAGICA menjemput rakan media, rakan bisnes dan para pelanggan menghadiri prebiu eksklusif Hari Terbuka yang julung kalinya diadakan untuk tatapan semua. Tetamu dapat merasakan sendiri suasana keajaiban pada saat mereka melangkah masuk. Disambut oleh kakitangan yang mesra dan pihak pengurusan yang professional, seolah-olah semua orang sedang dibawa ke satu dimensi lain iaitu alam MAGICA.  Hari istimewa ini dianjurkan dengan kerjasama lebih daripada 20 rakan vendor dalam industri termasuk katerer terkenal, perunding perkahwinan termasyhur, pakar dekorasi berpengalaman dan ramai lagi.


MAGICA menampilkan 3 dewan utama iaitu Magical Hall, Classic Hall dan Garden Hall. Sementara, gabungan kesemua dewan ini boleh memuatkan sehingga 7,000 tetamu pada satu-satu masa, setiap dewan boleh juga berfungsi secara berasingan dengan rekaan dalaman yang tersendiri untuk memenuhi keperluan, kehendak dan konsep yang berbeza. Tetamu pada Hari Terbuka ini berpeluang untuk menyaksikan sendiri kesemua dewan dan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa semua orang berasa terpukau dan kagum.

Magical Hall



Dewan utama seluas 12,000 kaki persegi ini menampilkan interior ekstravaganza dengan dekorasi penuh lampu candelier nan memukau yang terdiri daripada juntaian kelopak-kelopak kaca dan kristal yang bergemerlapan. Berada di tengah dewan adalah laluan peragaan yang diperbuat daripada lantaian kaca sepanjang 22 meter yang bersambung dengan pentas utama yang dihias penuh bunga-bungaan. Bak persona magikal yang terserlah indah, dekorasi yang menakjubkan ini telah dihidupkan oleh sistem penataan cahaya canggih yang meliuk-liuk bersama alunan muzik. Mampu memuatkan sehingga 3000 tetamu secara buffet atau 700 tetamu dengan susunan meja, dewan dengan fasiliti siap-sedia ini membolehkan majlis dapat dilangsungkan dengan lebih mudah dan menjimatkan masa tetapi tetap memukau pada setiap hari dan waktu.

Classic Hall


Terletak di sebelah kanan Magical Hall ialah Classic Hall dengan keluasan yang sama yang didatangkan dengan pentas siap-sedia, pintu masuk yang ditatarias dan hiasan bunga-bungaan bersama hamparan karpet merah. Dewan ini juga dilengkapi dengan sistem penataan cahaya dan AV yang memberikan kesan lebih dramatik, membawa suasana majlis anda ke tahap yang lebih berprestij. Bahkan ada juga ruang untuk sentuhan peribadi. Anda boleh menyerlahkan kreativiti sendiri dengan mendekorasi dewan mengikut cita rasa masing-masing.

Garden Hall



Sementara itu, Garden Hall yang terletak berhampiran pula menampilkan suasana ala hutan hijau persis taman nan damai lagi mengasyikkan - sesuai untuk acara keraian atau majlis perkahwinan. Selesa untuk 250 tetamu dengan susunan meja atau 700 tetamu secara bufet, dewan ini dilengkapi dengan suasana puitis yang berlatar belakangkan irama semulajadi kicauan burung dan deruan air terjun. Bak taman si bidadari yang bakal menjelmakan keajaiban atau magikal.

VIP Suite Rooms

Untuk pelanggan yang bercadang menganjurkan majlis yang lebih kecil atau mesyuarat, mereka mempunyai pilihan iaitu bilik suite yang dapat menampung antara 40 hingga 80 tetamu. Terdapat 2 suite VIP yang fleksibel bersama ruang legar luas untuk memenuhi keperluan sebarang acara.

Dengan pasangan mempelai sebagai pelanggan utamanya, Magica Events & Function Hall menawarkan rangkaian pakej perkahwinan menarik yang terdiri daripada senarai menu oleh katerer, pakar perunding perkahwinan dan pengurusan acara, diskaun menarik daripada rakan vendor dan pastilah dekorasi mempersona sebagai latar belakang kepada perkahwinan impian. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa dengan tawaran dan kelengkapan yang disediakan oleh Magica, pelanggan bukan sahaja bakal mendapat majlis perkahwinan yang sempurna, bahkan dapat menjimatkan lebih 50-60% daripada apa yang sepatutnya mereka belanjakan.



Sambil tetamu Hari Terbuka menikmati suasana keraian dan melawat ke sekitar dewan, mereka turut bertuah kerana dapat menyaksikan sendiri pertunjukan fesyen koleksi gaun pengantin oleh Putree Bridal dan KYBC. Sambil duduk santai, tetamu dihidang dengan juadah menyelerakan oleh rakan katerer MAGICA. Di deretan bufet pula terdapat pelbagai juadah tradisional, fusion, hidangan kenduri kahwin dan juadah Raya yang enak, dihasilkan sepenuh jiwa oleh para chef bersesuaian dengan tema untuk memberi pengalaman manis kepada semua tetamu.



Senyuman keriangan jelas terpancar di wajah para tetamu sepanjang majllis ini kerana MAGICA menyediakan pelbagai aktiviti menyeronokkan selain acara cabutan bertuah dengan hadiah Telefon Pintar Oppo dan Duit Raya untuk dimenangi. Semua tetamu berasa sangat teruja dan terhibur dengan suasana yang mengasyikkan disamping menikmati makanan yang enak dan berpeluang memiliki hadiah menarik.


Untuk maklumat lanjut sila layari social media Magica Halls:
Facebook: MagicaatSubang



 -MrsPuex-

Comments

Popular posts from this blog

IFTAR DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM DENGAN BERTEMAKAN WARISAN IBUNDA

Assalamualaikum/Hai,  EDARAN BUBUR LAMBUK DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM Sempena kehadiran bulan ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi, Hotel Concorde Shah Alam telah mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai di sekitar hotel pada 6 Februari yang lepas. Tradisi ini telah dilaksanakan sejak 20 tahun yang lalu.  kalau korang nak tau, bubur lambuk yang tersedap ni disediakan oleh pakar pakar chef dari hotel concorde shah alam. rasa, aroma dan rempah ratus yang ada dalam bubur lambuk tu masih kekal sama seperti tahun tahun sebelumnya. seawal jam 7 pagi, sebanyak 200kg beras diperlukan untuk bubur lambuk ni. lebih kurang 6000 pack bubur lambuk telah diedarkan untuk orang sekitar jam 12 tengah hari. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak pengurusan Hotel Concorde Shah Alam. Semoga tradisi ini diteruskan di masa akan datang. WARISAN IBUNDA TEMA UNTUK RAMADHAN BUFFET 2024 Untuk tahun 2024, Hotel Concorde Shah Alam telah memilih tema WARISAN IBUNDA untuk ramadhan buffet kali ini. Wa...

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014 , iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join. Syarat-syaratnya : Follow blog Mialiana.com , Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI Senang dan mudah bukan? 12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org  dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014. tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya... lurve, mrspuex

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P