Skip to main content

Sejarah Kota A Famosa Melaka

Assalamualaikum..
Ok, ni last aku up pasal melaka ni..
Before nak balik KL, sempat singgah ke Kota A Famosa.
rasa seronok plak pegi time tengah hari, time orang pegi keje..
tak ramai orang dan mak sukaa moment cenggini..
 
Dulu dah penah datang sini dah..masa kekecik sekali, masa bujang sekali, masa anak sorang pon dah sekali..
kali ni datang sendiri.. tu pon sebab ada kursus..
 


 Sejarah Kota A Famosa

Sewaktu zaman kegemilangannya, kota empat segi ini mempunyai 8 menara kawalan setinggi bangunanan 4 tingkat, 70 meriam yang dihala ke seluruh arah serta dikawal oleh 80 pengawal sepoi yang lengkap bersenjata.
Kota tebal ini juga menempatkan beberapa bangunan untuk kediaman kapten Portugis, stok menyimpan senjata dan makanan selain dari tempat kediaman pengawal dan kuda perang.
Kekuatan kota ini terbukti apabila Portugis berjaya menahan serangan berterusan dari Belanda, Johor dan Acheh selama 130 tahun. Kota ini hanya jatuh setelah Belanda dan Johor bersatu mengepungnya dari laut dan darat selama 7 bulan.

Kejatuhan A Famosa

Sewaktu kepungan dibuat selama lebih setengah tahun, dikatakan lebih 7,000 orang di dalam kota mati akibat kecederaan dan kebuluran. Dikatakan sesetengah mereka terpaksa makan apa sahaja — dari kucing dan anjing kepada bayi kecil.
Kota ini akhirnya jatuh kepada gabungan Belanda-Johor pada awal tahun 1961.
Pada tahun 1795, tanah jajahan Belanda di Asia telah diserahkan kepada pentadbiran Inggeris untuk sementara. Bimbang ia akan dijadikan kubu kuat oleh Belanda apabila ia diserah semula kelak, Inggeris bertindak memusnahkan sebahagian besar kota ini pada tahun 1806.

Kota A Famosa Sekarang

Apa yang tinggal kini ialah pintu kota ini di kaki bukit St. Paul. Walaupun ia sebenarnya Porta de Santiago, orang ramai kerap memanggil pintu ini sebagai A Famosa.
Jika anda mendaki bukit hingga ke puncak, anda akan sampai ke Gereja St. Paul — sebuah gereja Portugis yang kemudiannya ditukar menjadi kubur orang-orang bangsawan oleh Belanda.
Kini penutup-penutup kubur ini telah di alih dari lantai ke dinding kota.
Terdapat juga patung St. Francis Xavier, iaitu mubaligh Kristian yang bertanggungjawab menyebarkan Kristian ke Asia Tenggara di tepi gereja ini.

Harga Tiket

Masuk Percuma

info : http://www.jomjalan.com.my/listings/kota-a-famosa/

Matahari tengah panas terik uols..
tp best sebab gambar sume cerahh membuatkan ai pon cerah jugak..hahaha..
yang tak best, aku tak dapat nak naik kat atas nun..masa adalah limited..
maka, berada di pintu pon jagikklaahh untuk kenangan yang aku dah jejak Kota A Famosa ni..


pintu antik kat dalam bangunan ni

yee.. acah acah nak fire orang..
salah satu meriam asal yang dikekalkan di Kota A Famosa ni..

view dari jarak jauh..

Sekian, sedikit sejarah berkaitan Kota A Famosa untuk tatapan anda..
nak lebih info, sila google ya..

last but not least,
marilah kita pulang ke pangkal jalan..
tengok, lengang gile jalan tu ok..
betapa heavennya datang time tak ramai orang..

Yours Truly ;P

Comments

ni tempat honeymoon i tau hahahahaha memang takkan ku lupa! ;)

Popular posts from this blog

SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER!!

Assalamualaikumm.. Saya budak baru blaja.. so saya mau kenal ramai kawan. thx luna sbb buat segmen cenggini.. besttt!!! Anda mau ramai follower?? jom terjah blog LUNA LANUN nih.. SYARAT PENYERTAAN: Buat satu entri bertajuk: SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER DONE! Letakkan header blog LUNA LANUN. DONE! Linkkan kepada entri ini. DONE! Siap entri?! Letakkan link entri anda dalam ruangan komen di bawah. DONE! Yours Truly ;P

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014 , iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join. Syarat-syaratnya : Follow blog Mialiana.com , Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI Senang dan mudah bukan? 12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org  dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014. tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya... lurve, mrspuex

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P