Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

searchbar lazada

lazada april

Lazada Malaysia

Thursday, November 24, 2016

Blogger Movie Day Out Filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!

Assalamualaikum/Hai,

Semalam (23/11/2016) berpeluang hadir ke sesi pratonton Filem Animasi Upin Ipin Jeng, Jeng, Jeng! bertempat di ioi City Mall Putrajaya.
gigihhhh dari shah alam lajuu lajuuu ke sana demimu wahai upin ipin..

terima kasih tidak terhingga kepada Team Denaihati kerana memberi peluang untuk  menonton filem Upin & Ipin satu hari lebih awal dari semua orang... suka suka sukaa.. 
lain kali jemputlah lagi..ewaahhhhh...

alhamdulillah sangat puas hati.
jalan cerita yang santai, pelakon yang ohsem..pendek kata memang mantopp laa..
cukup rasa. ada kelakar, gembira, sedih sampai yang mak mak pon boleh menitikkan airmata tauuu..
memang sesuai sangat ditonton untuk seisi keluarga.

sebab ape aku cakap bestt?? sebab anak bujang yang selalunya mentidurkan diri dalam wayang, amazingly malam tadi segar bugar dari awal tayangan sampailah ke hujung tayangan.
semangat lain macam kot sebab datang pon pkai baju upin ipin padahal tu tshirt tido..hahahaha..

4 tiket untuk anak beranaks..
happy faces!

dapat goodies bag jugak dari organizer.
tengkiuuuu..

Menteri dari Kementerian  Pertanian dan Industri Asas Tani , Dato Sri Ahmad Shabery Cheek hadir untuk merasmikan majlis pratonton malam tadi.

kenape Upin & Ipin menangis??
haaaaaa.... sila pegi tengok tauu..

sedikit sinopsis Filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng! :

"Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng! mengisahkan kehidupan seorang anak yatim bernama Balqis. Dia sangat meminati watak animasi kembar popular Upin & Ipin. Suatu hari, seorang lelaki bernama Zaman telah datang ke rumah anak yatim tempat tinggal Balqis. Melalui perbualan Zaman dengan Noreen, Balqis terdengar bahawa Rumah Anak Yatim tersebut hendak diambil alih kembali oleh Zaman yang merupakan anak kepada pemilik tanah  tersebut.
Balqis mula berbincang dengan rakan-rakannya untuk menyelamatkan Rumah Anak Yatim tersebut.  Dia telah meminta bantuan daripada Upin & Ipin, tanpa disangkai Upin & Ipin benar-benar muncul di hadapannya. Walaupun begitu, kawan-kawannya tidak dapat melihat Upin & Ipin. Pada masa yang sama, Awie penyanyi rock terkenal suatu ketika dahulu turut mengalami masalah kewangan. Dia tidak lagi popular dan sedang mencari peluang untuk menghasilkan album terbarunya bagi mendapatkan pendapatan.
Awie dengan pembantunya Bo terserempak dengan Balqis yang sedang kecewa setelah bergaduh dengan Noreen. Atas pujukan dari Upin & Ipin, Balqis bersetuju untuk pulang ke rumah namun dia masih tidak berbaik dengan Noreen."

anak anak blogger bersama maskot Upin & Ipin. anak bujang kita nampak separuh je sebab beliau tetibe takut pulak dekat maskot tu.. adoiiii..

antara blogger yang hadir ke sesi pratonton malam tadi..
both pic credit to sis Akma Omar . cantekknyeee gambar dari ipong7essss nii..
      

sempat juga bergambar bersama orang kuat Upin & Ipin (Asyiela Putri) dan OPAH.

sooo kepada ibu bapa luar sana,
jangan tunggu lagi...
dah nak cuti sekolah kan??
jomm bawak anak anak menonton filem Malaysia pertama yang menggabungkan teknik animasi 3D dan lakonan hidup yang dibintangi oleh pelakon pelakon handal seperti Asyiela Putri (Upin Ipin), Puteri Balqis, Awie, Sara Ali, Gambit Saifullah dan Remy Ishak yang diarahkan oleh Erma Fatima bersama-sama dengan Hajah Ainon.


Jengg Jengg Jenggg..
betul betul betulll..

nak repeat tengok lagi dengan anak-anak buah pulak..hehehe..

 -MrsPuex-

Friday, November 18, 2016

Jamuan Akhir Tahun Sekolah Aireen

Assalamualaikum/Hai,

Jamuan akhir tahun (18/11/2016).

Sebenarnya,
Dah seminggu memikirkan menu untuk di gadisku nak bawak ke sekolah sempena jamuan akhir tahun.
kejap nak buat mee goreng, kejap nak order bronis je, kejap nak buat nasi goreng..adoiiii.. sampai semlm x tau nak buat ape..

penyudahnya lepas magrib semalam baru tingggg!!! idea datang.
sandwich tolo je laa..
bebahan pon mudah je..
yang penting tak gunakan minyak masak..
hahahahaaa... dasar mak kau dekuttt..


sandwich tolo kotak hatiku untukmu anakandaku..
ambooiii tajuk kemainnn..
gigih mak kau bangun jam 530 pagi semata untuk prepare menu ni tauuuu..

sebahagian menu lain (dapat kat grup wasap pagi tadi ):






seronokkk tengok makanan.
lapaa pulak tetibe (padahal dah telan sandwich tolo berketul2 pagi tadi)
hahahaa..



pendidik aireen, teacher hairani dan cikgu (tak tau nama)hahahaa..
semoga jamuan berjalan dengan lancar.
kids happy, parents pon happy.

Tahun depan gadisku pujaanku dah darjah 3.
ohhhh myy!!!

 
 -MrsPuex-

Thursday, November 17, 2016

Tiada masa untuk kemas rumah? MaidEasy kan ada.

Assalamualaikum/Hai,

Seronok rasanya kalau persekitaran dalam dan luaran rumah kita kemas teratur sepanjang masa setiap hari.
tapi kan, tapi kan..
itu hanyalah mimpi indah kalau kita ada maid sepanjang masa kat rumah.

kalau kita ni mak mak yang berkerjaya, urusan rumah tangga tu kadang kadang terkehel sana sini.
mana nak manage rumah, manage anak, mange suami, manage segala macam hal hal lain la..
kain baju stok seminggu sampai termuntah muntah bakul kain tu ha..
nak mengemop lantai time air tumpah je la..hahahaa...
balik keje pon dah senja, pung pang pung pang ke dapur nak siapkan dinner.
kalau rajin sikit, kalau rajin yee.. kemas kemas la sapu sapu sampah sikit..
kalau malas datang last last malam terus kecungdang kepenatan.
weekend pulak, adeee je hal luar yang kene buat. kadang tu balik kampung cheras baru/ balik port dickson.
nampak tak, bila masa kita nak kemass rumah sekemas-kemasnya..

memang idola semua mak mak laa nak rumah sentiasa susun atur dan rapi. sampai habuk pon segan nak melekat.. wahhhhh.. angan-angan penuh di dada..

sekarang dah mudah. dah senang.
macam-macam perkhidmatan mengemas rumah yang ada.
secara offline dan online.

sekarang meh aku cita sikit pasal MAIDEASY.


aku saja cuba guna servis dari maideasy untuk urusan kemas-kemas rumah.
rumah yang jadi mangsa adalah rumah mak kat cheras.

aku book online je thru app dia.
dan aku pilih servis lap tingkap umah mak, kemas living room

incik lutfi dari maideasy in action.

paling penting, semua pekerja cleaning dari maideasy ni adalah orang tempatan kita.
dan mereka semua berke

by the way, masa beliau sibuk tengah lap cermin kat rumah mak yang punyalahhhh banyakkk tuu, aku xdelah nak snap pic bagai. dapat snap seketul ni pon dah syukur alhamdulilhah.
plus, kesibukan hulu balang kecik iaitu anak-anak aku dengan anak-anak buah aku sibuk membontoti uncle lutfi ni buat kerja pon satu hal.
beliau nak vacum, dorang sibuk nak tolong..hahahaha..
sorriiii incik lutfi.
aku segan giler sbb lelaki yang datang tolong lapkan cermin umah mak..hahaha

korang boleh je pilih nak maid dari pompuan ke lelaki.
aku saja pilih lelaki untuk urusan kemas rumah, lap tingkap ni..sebab aku tau tingkap mak hazabedah banyaknye..
lagi satu, kuantiti maid pon korang boleh pilih jugak.

dari segi peralatan mengemas rumah, korang boleh sediakan siap-siap.
dorang datang just gunakan je peralatan yang korang sediakan.

ataupun, semua peralatan, pihak maideasy yang bekalkan. kene add on la siikit bayarannya.




servis yang maideasy sediakan ni macam-macam.
contohnya seperti :
 basic home cleaning : kemas ruang tamu, bilik tidur, dapur, toilet
moving-in cleaning : all out basuh satu rumah
special cleaning : bersihkan peti sejuk, bersihkan almari , basuh karpet dan apa-apa tugas yang korang rasa nak mereka buat. 
interior painting : servis mengecat rumah/bilik/dapur.

semua ni, just infom jenis servis yang korang perlukan dari maideasy.

Harga untuk Basic Cleaning.


hanya RM80 untuk setiap session. (4 jam servis)
sooo rm20 / jam


Macam mana nak booking servis Maideasy?



senang jee..
layari website kat bawah ni untuk book terus:


untuk maklumat lanjut boleh layari :

website : www.maideasy.my

waktu operasi : 9 pagi - 5 petang
(tutup pada cuti umum)


katakan taknak kepada rumah bersepah.. gituuuuu...
heheheee...

Tuesday, November 1, 2016

Giselle Yeong - Jatuh Cinta Dengan Tarian India Klasik

Assalamualaikum/Hai,

Masih tak terlewat untuk saya ucapkan Selamat Hari Deepavali kepada kenalan-kenalan saya yang beragama Hindu. 

Bercakap tentang Hari Deepavali ni, saya nak kongsikan sesuatu yang best untuk pembaca saya semua. Kebiasaannya, kalau ada perayaan Deepavali ni, mesti ada tarian-tarian india yang penuh dengan liang lentok yang penuh dengan maksudnya yang tersendiri. kita tengok dorang menari pon dah kusyuk kemain.. ditambah pulak dengan aksesori- aksesori yang penuh di badan penari..

Hari tu saya berkesempatan untuk hadir pertunjukan a ray of unity - Happy Deepavali yang berlangsung di PUBLIKA pada 10 Oktober 2016 sehingga 26 Oktober 2016 yang lepas. 




Sepanjang di sana, saya terkesima dengan pertunjukan tarian india klasik Bharatanatyam yang dipersembahkan oleh seorang gadis cilik dari bangsa China - Miss Giselle Yeong. langsung tak kekok bila beliau menari diikuti dengan lagu india klasik. seriously, sangat mempesonakan tau!!

Saya ceritakan secara details bagaimana gadis comel berbangsa cina ni terlalu meminati tarian india klasik. 


Nama: Giselle Yeong
Tarikh Lahir : 15 Disember 2006
Umur: 10 tahun
Jantina perempuan
Bangsa: Cina
Agama: Kristian

Sejak dari umur beliau 3 tahun, beliau dah mula join menari balet atas usaha dan dorongan ibu beliau. Semasa beliau berumur 7 tahun, beliau mendapat tahu tentang tarian klasik india Bharatanatyam melalui sekeping poster. Serta-merta jatuh cinta dengan apa  yang dipakai oleh penari iaitu aksesori dan pakaian. Atas dasar minat, Giselle terus memberitahu ibunya tentang hasratnya nak mencuba dan belajar tarian india klasik ini secara mendalam dan meminta ibunya menghantar beliau ke kelas percubaan. itu pun setelah sekian lama ibunya memberikan kata putus untuk bersetuju dengan hasrat gadis ciliknya.

Giselle Yeong semasa berusia 3 tahun.

Selepas sebulan belajar tarian india klasik Bharatanatyam, Giselle benar-benar suka teramat sangat dan gurunya sering memuji beliau dan memberitahu ibunya bagaimana terujanya Giselle dalam tarian ini. Pertama kali Giselle menari solo dihadapan 20 penonton dan kemudian 40 penonton sehingga mencecah kepada  800 penonton. wowwww sangatt!!


Giselle ada memberitahu saya yang beliau berharap untuk melakukan lebih baik  pada masa hadapan dan pada masa yang sama beliau perlu menggandakan sesi latihan kerana beliau faham bahawa kejayaan tidak pernah datang mudah tetapi dengan kerja keras dan kesungguhan yang penuh.







My Dear Giselle, 
Congratulations on your achievements! Im sure more success will come your way.


presenting Bharatanatyam  dance by Giselle Yeong!
beautttiiifullll!!!
ohhsemmm!!

video

maklumat lanjut  perkembangan dari semasa ke semasa tentang gadis cilik ini boleh layari: