Followers

Wednesday, March 27, 2019

Jom bawa anak anak ke Bangi Wonderland Theme Park

Assalamualaikum/Hai,

masih dalam minggu cuti sekolah selama seminggu.
Parents mesti ada yang masih  merancang agenda untuk anak anak. Ada yang mengambil peluang untuk pulang ke Kampung halaman dan Ada juga yang baru nak pergi bercuti. Anak-anak cuti, tak semestinya mak ayah dapat cuti lama-lama kan.. tanggungjawab kerja perlu dititikberatkan.

Well, kalau hujung minggu ni tak de plan, dan malas nak merancang bercuti jauh jauh sebab nak elakkan jem, aku cadangkan korang bawa anak-anak mandi manda di Bangi Wonderland Theme Park. Tempat yang santai memang sesuai untuk keluarga beristirehat seharian dari pagi membawa ke petang. 

Yang stay area klang valley, memang aku suggest pegi sini. walaupun membahang tapi takpe, anak anak happy, kita pon tumpang happy jugak. marilah legam bersama-sama..Aku ni memang sejenis malas jugak nak bersesak-sesak ramai orang mengadap jem.. so Bangi Wonderland ni adalah jalan penyelesaian yang torrbaik!..


beli tiket di kaunter.

port feveret kanak-kanak.sini jangan risau sebab lifeguard kemain ramai yang perhatikan anak-anak.tapi, parents jangan pulak lepas tangan. tanggungjawab bersama-sama ok..


moment paling best, tunggu baldi giant tu tumpah..
happeening!

panassss lit litt tapi seronok tau!


rainbow slide.

gegelung gergasi.
posing sini je sebab aku tak mandi.


port untuk dewasa.
ada ombak besar pada waktu-waktu tertentu.

pantai rekaan manusia.

ada extreme game utk dewasa yang cukup syarat.
water cannon!

nak tengok manusia terbang, boleh pegi sini..hehehe..

tapi awas ye, ada syarat syarat tertentu kalau nak main ni.



port untuk anak-anak bawah 5 tahun. tunggu baby qaiz besar sikit boleh repet datang sini.

my happy pills

dah tent, dorang tentkan lagi kulit tu.. gasaakk!!

adik baby layan tido walaupun panas..
nanti kita repet datang sini lagi ok!


by the way, ada disediakan sewaan untuk pelampung dan juga cabana. kalau nak lebih privacy dan santai bersama family, sesuai amek cabana.. yang taknak mandi, boleh baring-baring while anak anak pegi enjoy! 


deretan cabana untuk di sewa


pelampung untuk disewa. boleh muat 2 orang.

so gaiss..
ape macam??
menarik tak??



oh ya.. harga pon mampu beli tau..
sesekali buat pelaburan untuk anak-anak ape salahnya kan?
lagi jimat kalau korang beli dalam group.
harga semua dorang tepek depan kaunter.



tuan belog bersama keluarga tersayang.
kalau datang ni jangan lupa berfoto kenangan kat entrance ni ok!
port wajib sebelum balik umah.

untuk keterangan lanjut, korang boleh tengok details kat bawah :

website :
facebook : 
Instagram : 
alamat : 
No2, Persiaran Bangi Avenue,
Bangi Avenue,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
No tel : 
03-891283333
Emel :
sales@bangiwonderland.com.my



 -MrsPuex-

Go Local with 7-Eleven Malaysia and Mickey

Assalamualaikum/Hai,

Go Local With 7-Eleven Malaysia And Mickey



Memulakan perjalanan nostalgia dan budaya Malaysia tempatan dengan pelancaran Mickey Go Local Mini Tins secara eksklusif di 7-Eleven Malaysia. Mickey Go Local Mini Tins terdapat dalam 26 reka bentuk kreatif, mempamerkan warisan tempatan, kastam, bahasa dan makanan istimewa.

Mulai sekarang hingga 22 April 2019, para pelanggan diberi ganjaran dengan pelekat program untuk setiap pembelian RM5 dan ke atas dalam satu resit di mana-mana outlet 7-Eleven Malaysia. Pelekat bonus ganjaran akan diberi jika pembelian termasuk produk  rakan kongsi yang terpilih daripada jenama seperti Mentos, Cadbury dan Wonda. Dengan sejumlah 16 pelekat, Mickey Go Local Mini Tins percuma boleh ditebus. Sebagai alternatif, pelanggan juga boleh membeli Mickey Go Local Mini Tins pada harga RM9.90 bersama 6 pelekat.



Ronan Lee, Pengurus Besar Pemasaran 7-Eleven Malaysia berkata, "Kami sangat gembira melancarkan kempen ini di semua rangkaian 7-Eleven Malaysia. Sememangnya akan menarik perhatian para pelanggan kami dengan membawa kembali kenangan zaman kanak-kanak kecil. Ianya akan menjadi sebagai satu koleksi yang menyeronokkan atau satu unit penyimpanan yang menyeronokkan untuk menyimpan sesuatu kemas, ini Mini Tins eksklusif 7-Eleven pasti akan merangsang kegembiraan di kalangan pelanggan semua peringkat umur. "Menambah kepada tawaran terkini 7-Eleven Malaysia ialah AiskleemTM, siri servis eksklusif lembut dengan rasa baru yang dipanggil Mmmocha - twist kopi dan coklat premium yang menarik kedai terpilih. Dengan lebih banyak 'kesepakatan dalam kedai' baru - Rasa Slurpee Mangoda, donat segar, dan perkongsian dengan minuman gaya hidup tempatan Tealive dan Hausboom di kedai terpilih merentasi negara - pelanggan boleh terus dikemas kini melalui @ 7ElevenMalaysia di Facebook dan Instagram.


7-Eleven Malaysia adalah kedai rantaian serba lengkap terbesar di seluruh negara, dengan 2,294 cawangan di seluruh negara dan mengira. Untuk maklumat lanjut mengenai Mickey Go Local Mini Tins, sila layari www.7eleven.com.my atau ikuti 7ElevenMalaysia di Facebook, Instagram dan Twitter.
No photo description available.

my Mickey Go Local Mini Tins Collection!
yeayy!!


  -MrsPuex-

Wednesday, March 20, 2019

Mama's Day Out : Plan with No Plan

Assalamualaikum/Hai,

19/3/2019.

Sehari je mama day out nya.
Tapi perancangan hampir nak sedekad..hahaha..
ok tipu. 
hujung tahun lepas baru terdetik nak jumpa.
rindu nak borak. rindu nak heart to heart.
memasing pakat amek cuti. once in a bluemoon. why not kan??

Lepas kawin, masing-masing bizi dengan komitmen keluarga. Menguruskan anak anak yang semakin membesar.. eyh banyaklah urusan lain yang sememangnya jadi kekangan. time is very limited.
kadang tu jeles je tgk bff lain keluar sebulan sekali. masuk mall situ, keluar mall sana.
kopi sini kopi sana..tu tak masuk bff trip la bff gate away laaa.. banyak betul masa korang eyh?? 
kagummmlahh..

maybe kena tunggu anak anak dah pandai berdikari sendiri barulah mama boleh buat bff trip ni kot kan..

Aktiviti kami untuk seharian adalah:

Breakfast.
Jalan-Jalan IKEA cari barang anak/dapur. unplanned location. tau tau dah ade kat ikea..hahahah
Lunch.
Borak borak heart to heart. banyak topik nak cerita time ni. oh btw, kami tak bergosipping ye.. membawang ke.. tak sempatt weii.. topik semua pasal diri sendiri, perkembangan anak memasing. berebut2 memasing nak bukak mulut bercerita. masalahnya sape yang nak dengar?? hahaha..
Tea break.
sambung borak sampai cukup masa jam 4 petang.

we talk.
we laugh.
we cry.

complete emotion. perfect moment.

tau tau dah pukul 4 pm. aku kena gerak ke shah alam before jem start.
4 pm is just nice. cari port pon area KL..
banyak plan lokasi. ke GPO lah, rumah hutan la, nak makan daging salai kat kajang nun la.. tp end up - KL sahaja lahh .hahaha..simple. sebab motip utama nak borak. 

tentatif program. kasi redah konsepnya. lagi satu kan, yang bestnye, 2 ketul bff aku ni anti sosial media.. so amek gambar - selfi. simpan hp. ambik gambar - selfi. simpan hp balik. tu aku sorang je yang hapdet kt media sosial..hahahaha.. last last aku pon simpan hp. bertuaaahhhhh kann..

oklah.marilah kita mulakan dengan lokasi untuk breakfast.


Aktiviti pertama : Breakfast.
breaskfast tempat lejen. 
warung pak jabit tepi sekolah rendah taman muda.
abah paling minat lontong kat sini..
so menu breakfast aku , aku amek lontong walaupun bukan kegemaran aku.

ohh ya..
meh aku kenalkan muka yang jaranggggg ada dalam blog aku..
yang baju merah muka putih melepak konon ada nurrrr tu - IJA (geng taska)
yang baju putih muka hitam manehhh asam jawa ni - KT (geng sek rendah)
usia persahabatan : 37 tahun - 6 tahun : dekat 31 tahun la kannnn.. betulkan aku kira ni??
woooooowwww.. lameeeeeenyeeeee..

Aktiviti Kedua : cari port Jalan-Jalan Lepak Lepak.
Jalan cari pasal kat IKEA Cheras.
tak de dalam plan sebenarnya. tau tau dah tersampai ke sini.
oklah syok jugak banyak port nak amek gmbar.. dorang buntang bijik mata nak menyoping..
aku window shoping je la...cari mood idea nak deko deko kononnya..

jemput minum..hahaha..


sawan cermin bermula.



ok masa dah time..go to the next pitstop.
makaannnnn... lapar teruk woiiii..

Aktiviti ketiga  : Lunch.
Cafe pilihan di Trust and Issue KL.
lokasi di dwi tasik, bandar permaisuri cheras.
kenapa pilih sini?
sebab dekat. senang kami nak pulang ke pangkal jalan.
Ija + KT dok cheras baru je.
aku seketul yang tercampak ke shah alam.
mohon next plan ke shah alam yee...hekhekkhekkk..

while waiting for the food.


Starter. Nachos Cheese.



Main Menu.

friedrice with chicken fingers

aglio ayam percik

masi putih + daging salai masak lemak cili api.

semua sedap. not bad.


Dessert : Chocolate Brownies.





dari starter sampai ke dessert kami order.
sooo lamaaaa la lepaking kt cafe ini.
tempat pon ok. tak ramai. seronok borak mcm kat umah sendiri..

plan with no plan namanya.
alhamdulillah. masa terisi digunakan dengan sebaik-baiknya.
dan aku tak boleh move on semua perkara yang kita buat harini..
friendship never end.



moga kita kawan sampai syurga. Insya Allah.
Tengkiu korang.
Love both of u..

next plan tahun bila plak ni?? hahahahaaa..

 -MrsPuex-

Thursday, March 14, 2019

Staycation 2H1M di Hotel Lexis Port Dickson.

Assalamualaikum/Hai,

30.12.2018-31.12.2018.
last year punye cerita.
yeee.. aku kan duta cuti cuti port dickson..
asal cuti je pegi PD.
asal pegi PD je muka aku..
apo nak di kato..

dah rezeki. tu banyak lagi list hotel PD yang belum aku terjah. kalau boleh semua ceruk hotel kat PD aku nak terjah.. mampuuuuu??? tunggu naa.. kot kot entry ni boleh lepas aku dapat sponsership ke kan.. kekekekeee..

Cuti sekolah tahun lepas aku bawak anak-anak check in 2 hari 1 malam kat Lexis Port Dickson. jangan silap ya.. Lexis bukan Grand Lexis. bezanya, Lexis x de pool besar dlm bilik yang ko boleh mandi terjun kolam pagi ptg siang malam macam Grand Lexis.. tunggulah yang ni nanti klo ade rezeki aku nak try jugak.. boleh swim swim dengan ahli keluarga tanpa konsep patuh syariah..boleh open sana sini..eyh!!

ekceli staycation kali ni untuk 3 family termasuk family kecik aku.alhamdulillah rezeki kita kongsi sama-sama. konon-konon year end trip with buddies. gituuuu..

konsep lepak santai sambil menikmati keempukan tilam, kesegaran tiupan angin bayu laut sambil melayan anak-anak. mood aku, klo lepak hotel memang aku akan layan lepak je dlm billik.. malas nak keluar buat sighseing ke apebende tahh.. kalau boleh nak makan order tup tup sampai depan bilik.. kemain kooo kan.. hahahaha..

keluar cuma cari makan je lah nye ponn..
sooo marilah layan gambar kami berphoto gedik bersama-sama..

Day 1 : 30/12/2018.

Check in jam 4 petang. bilik lambat siap.
lepak bilik snap foto bebanyak sebelum anak-anak terjun jakuzi dlm bilik.

gambar katil. wajib.

jakuzi sebelum dilunyaikan oleh anak-anak.gasak!



cap ibu dan anak.


happy face!

family potrait.
snap awal-awal sebelum memasing bawak hal memasing..gituuuuu.. 
sebenarnya dorang ni tak sabar nak mandi jakuzi.

cekodok mama in action.
dia tak dibenarkan mandi so duduk diam diam atas katil.
masa ni dia x pandai bergolek lagi.. sekarang? jangan cakap. sekejap je dah ke timur.. lepas tu ke barat..

view petang dari level 10.
bawah tu water chalet. kami lepak tower building je. saje nak capture sunset moment dari paras tinggi..gituuu..
 
 
  

3 family.
while waiting for sunset, kita wefiee dulu.
thanks korang sudi lepak santai dengan kami.

next trip, tunggu kirin (baju merah) abis pantang dulu ok??

semua dah balik bilik memasing, mama papa lepak santai lagi kat luar.
saje deting kejap.

view waktu malam.



end of day 1.
selamat malam.

 Day 2 : 31/12/2018

view di waktu pagi.
no brekfast provided.
kita buat brekfast sendiri je dalam bilik memasing.

lepas tu,
kita jalan jalan cari pasal waktu pagi di area water chalet. nyamannzzzzz..




mama and the kids.

sambung jenjalan dengan cik qiss - buddy till jannah mama..
hehehe.. layannsss.. 




belakang tu tower tempat kami menginap. 

    
 
   
singgah playground.acah acah main..

pool view.
anak anak tak boleh mandi sbb takde swimming suit..
sedih?? eyh taklah..dorang lebih rela berkubang dalam jakuzi ..lagi heaven katenye..

dah bangun, kita bagi kenyang dulu ok adik baby..
konsep dia, lapa - bising. kenyang-senyap..hehehe

dah mangiiiii..

test drive kat track yang disediakan utk guest. kena bayar ok!



kids in action..

 

nah video aku edit cincai cincai..hahaha..




Sekian.
percutian short and sweet.
kalau dapat stay 3hari 2 malam lagi heaven kot..
doakan ada rezeki lagi untuk anak anak aku..


 -MrsPuex-