COLESLAW HOMEMADE ALA KFC

Assalamualaikum/Hai,

salam ramadan 16.

harini cadangnya nak berbuka dengan menu ala western.

soo mula mula kita buat coleslaw dulu..
aku nak share resepi homemade buat coleslaw ala kfc .
resepi paling mudah. yang susah susah aku pon tak nak share.. sebab menyusahkan.baiklah korang pegi beli kt kfc tu terus..hahahha..

bahan-bahan :


kobis putih secukupnya
carrot 1 biji atau secukupnya
lada hitam secukupnya
garam secukupnya
gula secukupnya
mayonis secukupnya.
*lemon sikit - yang ini option. nak letak boleh, xnak letak pon ok..aku takde lemon so aku tak letak utk resepi kali ni.

secukupnya tu korang agak agak ikut sedap anak tekak ye.. nak byk mayonis, boh la 4-5 sudu.. jgn risau, gerenti jadik punya..

cara - cara :

kobis dan carrot potong dadu.
satukan dalam bekas.

satukan semua bahan tadi.
gaul sebati.
siappp coleslaw ala KFC!


simpan bekas bertutup dan masukkan dalam peti ais utk disejukkan. nak makan terus pon ok je. tidak berdosa..ehhee..

selamat mencuba korang..

 -MrsPuex-

2 Comments

nona sani said…
Sedapnyaa..hahaa.lama Tak makan coslow.. buat pun tidakkk...nanti lah try