Assalamualaikum/Hai,
Di atas permintaan popular daripada pelanggan, Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) sekali lagi kembali dengan bufet bertemakan 'Cita Rasa Warisan Nusantara' pada tahun ini. SACC menawarkan sajian istimewa warisan nusantara dengan gabungan lebih daripada 100 sajian menarik dari dapur SACC.
Istimewa pada tahun ini, Chef Eksekutif, Jamili Napiah dan Sous Chef, Rizal Nahar akan membawakan beberapa hidangan istimewa sesuai dengan tema tahun ini. Antara sajian istimewa tersebut adalah Ampal (ayam) Masak Merah banjar, Gulai Itik Hijau Nusantara, Kepala Ikan Pindang Lampung dan lain-lain lagi. Banyak lagi menu nak bagitau tapi kita cerita dengan gambar pulak la..
Sajian Menu Utama
Kambing Kabuli - signature untuk SACC tau..
sedappp..empukkk..
Turkish Aiskrim pon ada.. sila bertabah dengan aksi aksi tipah tertipuu sebelum kau betul-betul dapat makan aiskerim tu ok..hehehe..
kudap-kudap santai pon ada dihidangkan bersama.
last but not least, kacang pool SACC style .
jangan lupa mencubanya jika anda berbuka di sini nanti ok.
Seperti tahun-tahun yang lalu, objektif kedua yang dibawa melalui majlis ini ialah untuk berbakti melalui program CSR yang dianjurkan. pada tahun ini, SACC akan bekerjasama dengan pihak Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dalam membantu sedikit sebanyak dan mengumpul dana untuk Tabung Rescue Syria. Setiap pembelian dengan harga RM88.00, RM1.00 akan disalurkan bersama-sama dengan sumbangan yang lain kepada Tabung Rescue Syria yang diamanahkan kepada SACC melalui MAPIM.
Jom Berbuka sambil Beramal.
Thank You SACC kerana sudi menjemput saya ke preview buffet ramadhan.
Harga :
Dewasa : RM88.00
Warga Emas/Kanak-Kanak : RM48.00
Pakej Korporat : RM70.00 (dengan setiap pembelian seramai 50 orang)
Early Bird :
RM78.00
*Pembelian sebelum 27 Mei 2017
Pembelian boleh dibuat di :
Tel :
03-55118858
Facebook :
Instagram :
@shahalamconventioncentre
-MrsPuex-
1 Comments