Skip to main content

Posts

Showing posts with the label buffetramadhan2017

PROGRAM AMAL ANCASA HOTELS & SPA KUALA LUMPUR SEMPENA BULAN RAMADHAN 2017

Assalamualaikum/Hai, Ancasa HOtel & Spa , Kuala Lumpur telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak dari Pusat Jagaan Kasih Murni , Taman Keramat Kuala Lumpur. Majlis ini merupakan program tahunan dan menjadi tradisi setiap kali bulan Ramadhan yang juga turut mencerminkan inisiatif dan keprihatinan kumpulan pengurusan hotel dalam memenuhi tuntutan tanggungjawab sosial korporat (CSR) khusus untuk golongan yang kurang bernasib baik. Pengarah Urusan Berkumpulan UDA Holdings Berhad, Datuk Ahmad Abu Bakar dan Datuk Ahmad Tajuddin Mohamed, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pengurusan Aset selaku tetamu kehormat dijemput hadir dan diberi penghormatan untuk mengagihkan duit raya bagi pihak Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur kepada 50 orang anak-anak yatim yang hadir. Tahun ini merupakan tahun yang amat bermakna bagi Ancsa Hotel & Spa Kuala Lumpur kerana mendapat sokongan dan tajaan bas daripada Kopetro Travel & Tours Sdn Bhd bagi urusan pengangkutan pergi...

Lebih 60 juadah Buffet Ramadhan Di Streat Thai - Authentic Thai Street Eat, Petaling Jaya

Assalamualaikum/Hai,  Ramadhan Review kali ini bertempat di Streat Thai yang terletak di Jaya One, Petaling Jaya Selangor. Lebih 60 hidangan yang diperkenalkan kali ini sememangnya 100 peratus selera Thai. Nama- nama makanan pon semuanya versi Thailand. Sampai ko nak sebut pon tergeliat lidah.. aku tau kap kun kap je..hahahaha... konsep buffet dipilih khas untuk pelanggan yang ingin berbuka puasa di sini.  Bila bercakap mengenai menu dari Thailand ni, makanan pertama sekali akan terpacul dalam kepada kita adalah TOMYAM .. tapi bagi aku tak, pertama sekali, menu yang terlintas dalam anak tekak adalah MANGO STICKY RICE. my all time favourite thailand food hokey!! tak pernah jemu dengan menu nan satu ni.. seriusly!  So jom kita mulakan dengan sesi pembuka mulut / pencuci mulut dulu sebab port ni yang 1st dulu aku tuju..hahahaha... mango sticky rice.  kanom tom.  ala ala buah melaka tp dalam tu dia boh isi kepala.. not bad! agar-ag...

CITARASA THAI & UTARA MALAYSIA DI BUFFET RAMADHAN 2017 LAMAN KAYANGAN SHAH ALAM

Assalamualaikum/Hai, Warga Shah Alam dan disekitarnya, kalau teringin untuk berbuka puasa dengan citarasa 2 sempadan Thai & Utara Malaysia,boleh masukkan Laman Kayangan yang terletak di Shah Alam dalam list untuk berbuka puasa nanti. Buffet Ramadhan 2017 di Laman Kayangan sekali lagi dianjurkan oleh Segi Seri Group Sdn Bhd untuk memberikan peluang kepada orang ramai untuk berbuka puasa secara beramai-ramai dengan pelbagai sajian makanan yang enak dalam suasana yang selesa dengan harga yang sanga t berpatutan . semasa majlis pelancaran buffet ramadhan di laman kayangan. Turut hadir sama adalah Dato' Fauziah Ahmad Daud. Tahun 2017 ini Laman Kayangan masih lagi dengan pelbagai aneka masakan dan juadah berbuka puasa yang akan dihidangkan secara buffet. Bagi tahun 2017 ini Laman Kayangan membawakan konsep “Citarasa Dua Sempadan Thai & Utara Malaysia” dengan pelbagai pilihan menu makanan dari dua Negara yang boleh dipilih oleh tetamu.  Antara menu makanan...

INDAHNYA BERBUKA SAMBIL BERAMAL DI SHAH ALAM CONVENTION CENTRE

Assalamualaikum/Hai,  Di atas permintaan popular daripada pelanggan, Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) sekali lagi kembali dengan bufet bertemakan 'Cita Rasa Warisan Nusantara' pada tahun ini. SACC menawarkan sajian istimewa warisan nusantara dengan gabungan lebih daripada 100 sajian menarik dari dapur SACC.   Istimewa pada tahun ini, Chef Eksekutif, Jamili Napiah dan Sous Chef, Rizal Nahar akan membawakan beberapa hidangan istimewa sesuai dengan tema tahun ini. Antara sajian istimewa tersebut adalah Ampal (ayam) Masak Merah banjar, Gulai Itik Hijau Nusantara, Kepala Ikan Pindang Lampung dan lain-lain lagi. Banyak lagi menu nak bagitau tapi kita cerita dengan gambar pulak la..  Sajian Menu Utama  Kambing Kabuli - signature untuk SACC tau.. sedappp..empukkk.. Turkish Aiskrim pon ada.. sila bertabah dengan aksi aksi tipah tertipuu sebelum kau betul-betul dapat makan aiskerim tu ok..hehehe.. kudap-kuda...