Assalamualaikum/Hai, Proses pencerahan kulit wajah menjadi lebih cepat dan efektif apabila kulit berada dalam keadaan yang sihat serta mempunyai oksigen yang mencukupi. Keadaan udara yang tercemar serta sinaran UV yang berbahaya menyebabkan oksigen yang terdapat di dalam kulit semakin berkurangan.Tambahan pula, ramai tidak sedar akan sinaran IR (Infra-merah) daripada matahari dan benda berbahang dapat menyebabkan kulit menjadi semakin kusam dan gelap. Memahami impian setiap gadis untuk memiliki kulit wajah cerah sempurna, SAFI jenama halal no 1 tempatan memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian penjagaan kulit SAFI Balqis yang diperkaya dengan Formulasi OxyWhite iaitu gabunganNano Oxygen dan Nano BioWhite agar kulit wajah tampil lebih sihat dan cerah sempurna. Kelahiran baharu dalam legasi kecantikan SAFI ini dikenali sebagai SAFI BALQIS OxyWhite. Menurut Pengurus Pemasaran SAFI , Puan Mahsuri Sulaiman “Kami di keluarga SAFI menggambarkan SAFI BALQIS sebaga...