Assalamualaikum/Hai,
Proses pencerahan kulit
wajah menjadi lebih cepat dan efektif apabila kulit berada dalam keadaan yang
sihat serta mempunyai oksigen yang mencukupi. Keadaan udara yang tercemar serta
sinaran UV yang berbahaya menyebabkan oksigen yang terdapat di dalam kulit
semakin berkurangan.Tambahan pula, ramai tidak sedar akan sinaran IR
(Infra-merah) daripada matahari dan benda berbahang dapat menyebabkan kulit menjadi
semakin kusam dan gelap.
Memahami impian setiap
gadis untuk memiliki kulit wajah cerah sempurna, SAFI jenama halal no 1 tempatan memperkenalkan formulasi baharu
dalam rangkaian penjagaan kulit SAFI
Balqis yang diperkaya dengan Formulasi OxyWhite iaitu gabunganNano Oxygen
dan Nano BioWhite agar kulit wajah tampil lebih sihat dan cerah sempurna.
Kelahiran baharu dalam legasi kecantikan SAFI
ini dikenali sebagai SAFI BALQIS OxyWhite.
Menurut Pengurus
Pemasaran SAFI, Puan Mahsuri
Sulaiman “Kami di keluarga SAFI
menggambarkan SAFI BALQIS sebagai
sahabat sejati yang sentiasa sedia memberikan nasihat kecantikan untuk anda tampil
cerah secara semulajadi dan yakin.Dengan kelahiran baharu SAFI BALQIS OxyWhite bukan sahaja memberikan kulit 2 tona lebih
cerah, malah menjadikan kulit sihat dari dalam secara semulajadi.Setiap satu
daripada variasi produknya memberikan manfaat sendiri dalam mengatasi masalah
kulit yang gelap dan kusam”. Alami kulit wajah yang
cerah dan sihat dengan tona lebih sekata melalui rejim penjagaan Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Safi
BALQIS OxyWhite yang dicipta khas untuk setiapgadis.
Formulasi baharu SAFI BALQIS OxyWhite hadir dalam rona
bungkusan serta reka bentuk produk yang menarik dan mudah di bawa kemana
sahaja.Kombinasi warna biru laut dan hijau cerah yang menaikkan jiwa gadis agar
tampil segar dan berseri digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite bagi kulit wajah
normal, manakala gabungan rona jingga dan kuning yang memberikan mood ceria dan
penuh keyakinan pula digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite kawalan minyak.
Seiring dengan rekaan pembungkusan berwajah baharu ini, SAFI turut menukar reka bentuk logo dan tipografi agar kelihatan lebih moden, dan menarik perhatian pengguna. Logo baharu ini tampil lebih simple & trendy sepadan dengan personaliti SAFI BALQIS yang muda, segar dan yakin sentiasa.
Jom saya cerita lebih details tentang SAFI BALQIS Oxy White yang saya terima.
SAFI BALQIS OXY WHITE
Pembersih Muka
Harga :
RM7.30 (50g) / RM12.30 (100g)
Aktiviti harian dan faktor persekitaran punca kulit kotor, kusam dan tidak bermaya. Formulasi dengan teknologi Mikro-Buih yang mewah berkrim ini bertindak untuk membersih jauh ke dalam liang pori, menghilangkan baki kotoran dan sisa solekan, mengekalkan kelembapan selepas penggunaan dan sesuai untuk semua jenis kulit.
SAFI BALQIS OXY WHITE
Penyegar
Harga :
RM10.90 (100ml)
*selepas 6%GST
Liang pori akan terbuka selepas membersih kulit wajah lalu menyebabkan kulit terdedah kepada kotoran. Penyegar SAFI BALQIS OXYWHITE bertindak untuk mengecilkan liang pori agar kulit wajah bersih dengan ekstrak cendawan. Menyediakan kulit wajah untuk menerima produk seterusnya dengan lebih berkesan dan memberikan kesegaran tanpa meninggalkan rasa melekit dengan formulasi tanpa alkohol.
SAFI BALQIS OXY WHITE
Pelembap Gel
Harga :
RM20.20 (45g)
*selepas 6%GST
Pelembap gel yang berasaskan air dengan tekstur ringan yang memberi lembapan sehingga 24 jam bertindak untuk mencerah dan meredakan ketidakselesaan pada kkulit wajah. Vitamin B3 menyamaratakan tona kulit muka. Asid Hialuronik memberi kelembapan yang berpanjangan. Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit. Sesuai untuk kulit kombinasi dan kulit berminyak, siang ataupun malam.
Banyak jugak produk Safi yang lain. Semua produk ini boleh didapati
di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama. Untuk maklumat
lanjut mengenai jenama SAFI sila layari :
Facebook : www.facebook.com/SAFI.MY
Instagram :@safimalaysia
Youtube : www.youtube.com/safimalaysia
-MrsPuex-
1 Comments