Followers

Tuesday, December 25, 2018

Formulasi H-Focus Kandungan Terbaik Dalam 1 Tablet H-Focus

Assalamualaikum/Hai,

Seperti kebiasaan, parents sentiasa mahukan yang terbaik untuk perkembangan minda anak-anak. Selain menjaga pemakanan harian mereka, suplemen tambahan pon perlu diselitkan dalam menu harian. Sebab apa saya tekankan suplemen, sebab tak semua anak-anak nak makan makanan yang tinggi khasiatnya untuk badan dan minda. Selagi boleh, mereka akan curi-curi makan makanan yang tak berfaedah. Part ni memang sangat susah nak pantau.

Sebagai jalan alternatif, saya sebagai seorang ibu yang prihatin yang mempunyai anak-anak yang sedang membesar, sewajarnya saya mencari suplemen yang sesuai dengan peringkat umur mereka dan yang paling penting SEDAP tapi penuh dengan KHASIAT terbaik!

H-FOCUS - Suplemen Minda dan Mata Untuk Anak


H-Focus merupakan satu produk minda dan kesihatan yang berasaskan makanan sunnah dan moden dihasilkan dalam bentuk tablet yang memudahkan pengambilan khasnya untuk kanak-kanak. Pakar saintis telah membuat kajian tentang tablet ini dan telah mendapat kepercayaan khusus untuk perkembangan anak anda disamping memelihara kesihatan dalaman dan luaran. Beza antara H-Focus dengan produk minda yang lain ialah H- Focus mengandungi 13 khasiat yang terbaik selain H-Focus bukan hanya untuk MINDA.




Formulasi H-FOCUS dan Kebaikannya 

- Kolustrom 
  Menguatkan dan melindungi sistem pertahanan tubuh badan

- Kalsium 
  menjadikan tulang lebih kuat dan fleksibel

- DHA Alga 
  membantu perkembangan minda yang sihat dan menajamkan penglihatan

- Kurma 
  membantu mencergaskan minda dan tubuh badan sihat

- Madu 
  menggantikan sel-sel otak yang rosak dengan sel baru yang sihat

- Buah Delima
   Membantu sistem penghadaman dan mengurangkan penyakit asma/sakit tekak/batuk

- Bijirin
  Membantu membekalkan zat besi untuk pembinaan dan perkembangan otak

- Kacang Pistachio 
  Membantu kecerdasan minda, sistem pencernaan dan mata

- Pegaga 
  Membantu membangkitkan selera makan dan meredakan masalah penghadaman

- Anggur Hitam 
  mengandungi vitamin C, antioksida, membantu melegakan sistem saraf, meringankan demam, migrain dan athma

- Tomato 
  membantu melancarkan penghadaman (sembelit) dan mengatasi sukar tidur

- Vitamin C 
  Menguatkan sistem imunisasi badan, memulihkan demam, memberikan tenaga, memulihkan luka       dan mencegah kanser



Testimoni 


Jom lihat apa kata mereka yang telah mengalami transformasi selepas mencuba H-Focus :






H-Focus dapat membantu anak-anak untuk MINDA mereka :

- menjadi rajin untuk belajar
- suka dengan buku
- mudah menghafal
- minat dan cekap membuat matematik
- meningkatkan daya fokus belajar terutama di sekolah
- mudah mendengar kata
- petah bercakap
- mudah bangun pagi
- mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan
- mudah solat tanpa di suruh
- meningkatkan keyakinan diri
- menjadi lebih berdikari
- meningkatkan selera makan anak (bagi yang kurang selera makan sahaja)




Sedap..gula-gula perisa coklat koko memang kegemaran mereka!

Info Produk H-Focus

Isi Kandungan100 Tablet Dalam 1 Botol
Tempoh penggunaan 1 BotolSehingga 60 hari (1 Tablet page & 1 Tablet malam)
No Pendaftaran KKMBukan Ketegori Ubat-Ubatan
Syarikat PengeluarSejagat Global Resources, 100% Bumiputera Islam dengan Kilang Berstatus GMP & Halal
Cara pengambilan :
Kanak - kanak (7-12 tahun)  : kunyah 1 tablet 2x sehari, 30 minit sebelum sarapan dan makan malam.

*Simpan di bawah suhu 30°c. Lindungi daripada cahaya dan kelembapan*

HARGA 1 BOTOL : RM200


Hari ini, lebih 12,299++ ibu bapa telah mendapatkan H-Focus untuk perkembangan minda anak mereka, anda bila lagi??

Untuk sebarang pertanyaan/pembelian, boleh refer info dibawah :

Website: hfocussejagatofficial.com
Fb : www.facebook.com/h-focushq
Ig : www.instagram.com/hfocus_hq
No tel : 013-7885178 / 013-6890568 / 011-18927834




-MrsPuex-

Friday, December 21, 2018

Huggies Dry Pants : Kuasa Penyerapan terpantas di Malaysia!

Assalamualaikum/Hai, 

Sebagai mak-mak yang prihatin, pemakaian pempers yang bersesuaian amatlah penting demi keselesaan anak-anak kecil seharian. Maklumlah dengan faktor si manja yang lasak dan faktor kekangan mak-mak nak tukar pempers secara kerap, pemilihan mesti kena tepat. Saja nak kongsi kat sini, pemilihan pempers yang tepat.

HUGGIES DRY PANTS.

Malaysia’s Fastest Absorbing Diaper Pants.



Huggies direka khas bagi memastikan lampin bersesuaian dengan setiap peringkat tumbesaran bayi. Teknologi Huggies Diaper untuk pengeringan dan kelancaran aliran udara adalah terbukti secara klinikal bagi mengelakkan ruam lampin atau dematitis. Lagi satu nak bagitau, huggies diaper ada penunjuk kebasahan. Fungsi penunjuk kebasahan ni penting sebab kita boleh perhatikan waktu yang tepat untuk menukar lampin apabila warna lampin bertukar dari kuning menjadi biru. Oleh sebab itu, cara penyimpanan pon perlu dititikberatkan. Simpan lampin di tempat yang kering dan dingin. Jika simpan di tempat yang tidak sesuai, penunjuk kebasahan boleh menjadi biru sebelum ia digunakan.

5 SEBAB KENAPA HUGGIES DRY PANTS LEBIH BAGUS.

1. Sistem Penyerap Yang Pantas Di Malaysia.


5 way comfirt fit

1000 lubang mikro serap pantas untuk penyerapan segera dan mengunci cecair agar kulit si manja kekal kering dan selesa sepanjang masa.

2. Getah Pinggang Muat Selesa 5-Cara.

5 way comfirt fit
Dengan comfort 5 teknologi membolehkan muat secara fleksibel dari 5 bahagian iaitu pinggang pada perut, pinggang belakang, 2 belah kaki dan kelangkang.

3. Penyerapan sehingga 10 jam

5 way comfirt fit
Menyerap air kencing sehingga 10 jam agar si manja sentiasa kering sepanjang malam. berdasarkan kajian atas kadar air kencing purata bayi dalam tempoh 12 jam dan keupayaan simpanan lampin 100%.

4. Pelapik Luar Beraliran Udara 100%.

5 way comfirt fit
Memudahkan pengaliran udara sebanyak 10 kali ganda dan membantu pencegahan ruam lampin berbanding dengan pelapik tanpa pengaliran udara.

5. Pelindung Kebocoran.

5 way comfirt fit
Teknologi U-fold dengan penghalang kebocoran berganda yang boleh mengelakkan kebocoran air kencing di celah peha.

CARA PEMAKAIAN.

Langkah 1 : Dipakai seperti seluar bayi dengan perkataan 'FRONT' di bahagian depan. Pelindung peha hendaklah dipadankan dan tidak terlipat bagi mengelakkan kebocoran.

Langkah 2 : Setelah digunakan, hanya perlu koyakkan kedua-dua bahagian tepi untuk menanggalkannya.

SAIZ SESUAI MENGIKUT KG.

saiz bergantung kepada berat badan si manja kita. kalau boleh carilah pempers yang tak ketat sangat dan tak longgar sangat ok. korang boleh tengok saiz-saiz yang disediakan seperti gambar di bawah.product imageproduct image

product image























Sangat-sangat jatuh cinta dengan Huggies Dry Pants ni.
Hanya yang terbaik untuk yang tersayang..
Korang mesti cuba tauuu!

Apa lagi, Jomlah beli Huggies di : http://bit.ly/2LgcBwt 

 -MrsPuex-
ibu yang prihatin.

Wednesday, December 19, 2018

2019 SEGMEN BLOG AZLINDA ALIN

Assalamualaikum/Hai, 


2019 SEGMEN BLOG AZLINDA ALIN - Hai semua ! Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ! Pejam celik, pejam celik dah nak berjumpa dengan Tahun Baru 2019 ! Tahun baru, rasanya nak cari BLOGLISTS baru juga. Siapa yang nak masuk ke dalam BLOGLIST mummy?  Jom sertai 2019 SEGMEN BLOG AZLINDA ALIN
jom JOIN !


SYARAT 2019 SEGMEN BLOG AZLINDA ALIN

1. Follow blog ini : BICARA MUMMY

2. Buat entri blog yang bertajuk 2019 SEGMEN BLOG AZLINDA ALIN

3. Komen video mummy di www.youtube.com/azlindaazman . Kalau ada akaun YouTube, minta tolong subscribe sekali ! Boleh, kan? :)

4. Klik banner-banner iklan di blog ini (TAK PAKSA :) ).

5. Semua penyertaan (blog) akan di letakkan dalam 1 entri KHAS " BLOGGER AWESOME 2019 SEGMEN BLOG AZLINDA ALIN "

6. 2019 SEGMEN BLOG AZLINDA ALIN bermula dari sekarang sehingga 7 Januari 2019 !

7. Jangan lupa tinggal link di ruangan komen http://www.azlindaalin.com/2018/12/2019-segmen-blog-azlinda-alin.html

Selamat Bersegmen gais!

 -MrsPuex-

Bayar Zakat lebih mudah dengan Kaunter Zakat Bergerak PPZ

Assalamualaikum/Hai,

Zakat.

Harta yang dimiliki ini semuanya hanya milik Allah. Dia yang memberikannya. Dia yang memilih kita untuk diberikan rezeki. Kita hanyalah pemegang amanah. Justeru apabila Allah memerintahkan kita untuk mengeluarkan 2.5% daripada harta sebagai zakat, maka itu juga adalah amanah kepada kita.

Zakat dari segi bahasa adalah BERSIH, SUCI, SUBUR, BERKAT dan BERKEMBANG iaitu membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada sifat kedekut dan bkhil. Dalam erti kata lain, ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya. Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.

Banyak cara kita boleh bayar zakat. selain dari bayar zakat di kaunter-kaunter yang terpilih, sekarang kita juga boleh tunaikan tanggungjawab membayar zakat di kaunter zakat bergerak .lebih mudah dan lebih fleksibel!

Perkhidmatan Kaunter Zakat Bergerak.



Pusat Pungutan Zakat - MAIWP telah menyediakan perkhidmatan kaunter zakat bergerak bagi memudahkan orang ramai membuat taksiran zakat dan apa-apa pertanyaan berkaitan zakat. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah pertanyaan zakat, taksiran zakat, skim potongan gaji zakat (skim thohir), salinan penyata atau resit zakat.

Kaedah Pembayaran Zakat 

Ada dua kaedah pembayaran zakat yang disediakan oleh PPZ-MAIWP iaitu secara tunai dan cek atau secara kad kredit atau kad debit.

Bagi pembayaran zakat yang melebihi RM5000 dan ke atas, PPZ-MAIWP telah menyediakan perkhidmatan zakat DOOR-TO-DOOR terus ke rumah atau ke pejabat anda.


Kelebihan Perkhidmatan Kaunter Zakat Bergerak 

Pegawai yang mesra pelanggan

Perkhidmatan Lebih Mudah
Cenderahati menarik menanti
Perkhidmatan ke tempat anda
Perkhidmatan yang cekap & pantas
Kemudahan yang selesa




Untuk keterangan lanjut boleh hubungi maklumat seperti di bawah :


Hotline : 1 300 88 5757



 -MrsPuex-

Monday, December 17, 2018

11 sebab kenapa Dkayangan Steamboat & Grill Popular Di Shah Alam

Assalamualaikum/Hai,

Image may contain: 3 people, people smiling

Hujan-hujan ni dengan cuaca yang sejuk, seronok sangat kalau kita makan makanan yang panas-panas berasap-asap bersama keluarga tersayang. Bakar sama-sama, rebus sama-sama, makan berebut pon sama-sama.. ok taip ni pon dah terliur bila terkenang semula.

Oklah make it short and sweet.
Nak bagitau, kat shah alam ada satu tempat makan steamboat dan grill yang sesuai untuk gathering bersama family. Lokasi yang strategik, parking yang mudah, banyak pilihan sajian menu yang disediakan untuk para pengunjung dann sudah tentulah harga yang sangat berpatutan.

11 Sebab kenapa Dkayangan Steamboat & Grill menjadi pilihan :

1. 12 jenis seafood segar disediakan setiap hari
2. Pelbagai pilihan Yong Tau Fu yang boleh di pilih
3. Menu 'rare' seperti ABC, aiskrim dan kek turut disediakan. Yummy!
4. 15 Jenis pilihan jenis sos
5. 2 pilihan sup seperti tom yam dan sup ayam
6. 24 jenis perapan yang terdiri daripada ayam,Ikan, daging dan kambing
7. 'Refill' soup unlimited!! 
8. Suasana makan yang tenang dan selesa sama ada dalam atau luar 
9. Boleh bersantai bersama kawan-kawan dan ahli keluarga.
10. Ruang parking berlambak
11.Kemudahan Surau disediakan di dalam premis

Tak percaya lagi?? ok jom saya bawak anda semua JJCM via bergambar nak bagitau kenapa saya pilih 11 sebab macam kat atas tuh..
silakan bersabar sebab gambar banyak dan menggiurkan anak tekak..hahaha..


deretan mihun/megi/mi yang banyak.


aneka seafood/ yong tau fu untuk steamboat..sentiasa direfill untuk pengunjung yang datang.




teppayaki. fresh from atas dapur.




buah dan rojak pon ada tau sebagai pencuci mulut.


tak lupa juga, aiskerim- kegemaran anak-anak.. port wajib!


aneka sos.


the green corner.. tak lengkap kalau tak de sayur-sayuran dalam steamboat kan?


air sejuk dan air panas.

makan time..
kakak masak, mama rilek!
masa ni je anak-anak boleh main masak-masak depan parents..




terpaling seronok dapat masak sama-sama dengan kakak.

apa macam?? seronok kan??
tak percaya? tgk video kat link ni :



kalau korang yang berada berdekatan shah alam, boleh terjah ke Dkayangan Steamboat dan Grill dan rasailah sendiri keseronokan apabila dapat bersteambot dengan keluarga yang tersayang.

untuk details tentang harga dan pertanyaan/tempahan, korang boleh refer info di bawah :

Harga:
Dewasa RM33.00 nett
Kanak2 RM 12.50nett
Kanak2 bwh 4thn : PERCUMA !!

Waze : Dkayangan Steamboat & Grill
(2 mins from Stadium Shah Alam)
No tel Untuk Booking  : 60122971091
Alamat : Steamboat BBQ D'Kayangan, Sri Acapella 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33, Skesyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Facebook : https://www.facebook.com/dkayangansteamboat/
Instagran : https://www.instagram.com/dkayangansteamboat/





Perut kenyang hati gumbira.

thank you so much for having us!
tempat selesa, besar dan nak bawak baby kecik pon takda masalah.
we love it!

-MrsPuex--

Friday, December 14, 2018

My Top 10 Wishlist From Althea Product!

Assalamualaikum/Hai,

Dah lamaa tak borak pasal beauty beauty kat blog aku ni.. sesekali meh aku up citer kecantikan kat korang.. dari mana aku beli dan kenapa best sangat produk produk yang aku nak cerita nanti kat bawah.. Kalau ada antara korang yang peminat tegar barang K-pop, lagii syokk!! Follow rapat rapat ok! 

Aku nak senaraikan Top 10 wishlist dari product Althea yang korang kena beli dan patut ada..
sebab apa?? sebab aku dah in loveeee dengan Althea ni..heheh..

MY TOP 10 WISHLIST :


1. FIXER CREAM

Fixer Cream ni fungsi dia macam moisturizing cream. sangat sesuai nak apply sebelum kita nak mekap. textur lembut dan yang paling penting sesuai dengan semua skin type.

ALTHEA Fixer Cream (50g)

2. PETAL VELVET SET

Petal Velvet Set mengandungi 2 item iaitu Petal Velvet Sunaway yang berfungsi sebagai protection untuk kulit dan juga Petal Velvet Power yang mengandungi micro-power yang boleh membuatkan kulit kita sentiasa licin. 


ALTHEA Petal Velvet Set (10% OFF)

3. REAL FRESH SKIN DETOXER ROSE

Antara product must-have! berfungsi 2in1 sebagai cleanser dan juga masker. hanya 10 saat je sapu kat muka then boleh bilas semula. sesuai untuk korang yang sangat bizi tapi nak cantik. gituu..

ALTHEA Real Fresh Skin Detoxer Rose (150ml)

4. MILK PEEL CREAM MASK

Mengandungi ekstrak protein susu untuk melembapkan dan menghidupkan semula sel-sel kulit. Diformulakan dengan AHA & BHA untuk perlahan-lahan tetapi berkesan menghapuskan sel-sel kulit mati. 

ALTHEA Milk Peel Cream Mask (50ml)

5. PORE PURIFYING SERUM CLEANSER

Pembersih penyucian dengan formula serum. Sesuai digunakan untuk membersihkan mekap di muka, kotoran dan minyak tanpa mengeringkan kulit. Mengimbangi tahap pH kulit untuk memastikan ia tetap sihat. 

ALTHEA Pore Purifying Serum Cleanser (150ml)

6. MAGIC SKINNY PRIMER

Sangat ringan. Digunakan sebagai base make-up supaya kulit nampak smooth, mengawal minyak di muka dan yang paling penting dapat memanjangkan tempoh make-up kita kalau kita apply primer ni.


ONSAEMEEIN Magic Skinny Primer (40ml)

7. Dr. Mascara Fixer For Super Long Lash

Fungsi untuk memanjangkan bulu mata dan memastikan bulu mata sihat dan kuat. Bagi yang sukakan maskara yang kalis air dan panjangkan bulu mata, sila beli mascara ni tau!

ETUDE HOUSE Dr. Mascara Fixer For Super Long Lash (6ml)

8. Play Color Eyes

Tak lengkaplah kalau tak ada eye shadow kan?? siapa yang suka color-color earth ni, korang boleh try product ni.. glitter type ada, yang matte pon ada.. lengkap dalam 1 bekas..

ETUDE HOUSE Play Color Eyes (10g)_In The Cafe


9. Oatmeal Therapy Cleansing Tissue

Pembersih yang mengandungi ekstrak oatmeal. Berfungsi untuk menghapus kotoran, kekotoran dan perlahan-lahan menghilangkan sel-sel kulit mati dan juga memastikan kulit sentiasa lembap.

CALMIA Oatmeal Therapy Cleansing Tissue (20pcs)

10. Art Class By Rodin Shader

Mengandungi 3 jenis warna kontur untuk dipilih atau disesuaikan mengikut keadaan semasa. Mengandungi pigmen halus untuk kemasan semula jadi yang bersih. tahan lama.Kalau malas, boleh gunakan shader ni sebagai eye shadow.



Cukuplah aku share 10 dulu ye. Sebenarnya banyak lagi product dari Althea yang best-best. Cuma tak berkesempatan lagi nak menyopping. harga berpatutan dan sangat sesuai dengan kulit wanita asia macam kita. kalau korang berminat, boleh terus ke website Althea :


Happy shopping gais!
semoga jumpa apa yang dicari..hehehe..

 -MrsPuex-