Hujan-hujan ni dengan cuaca yang sejuk, seronok sangat kalau kita makan makanan yang panas-panas berasap-asap bersama keluarga tersayang. Bakar sama-sama, rebus sama-sama, makan berebut pon sama-sama.. ok taip ni pon dah terliur bila terkenang semula.
Oklah make it short and sweet.
Nak bagitau, kat shah alam ada satu tempat makan steamboat dan grill yang sesuai untuk gathering bersama family. Lokasi yang strategik, parking yang mudah, banyak pilihan sajian menu yang disediakan untuk para pengunjung dann sudah tentulah harga yang sangat berpatutan.
11 Sebab kenapa Dkayangan Steamboat & Grill menjadi pilihan :
1. 12 jenis seafood segar disediakan setiap hari
2. Pelbagai pilihan Yong Tau Fu yang boleh di pilih
3. Menu 'rare' seperti ABC, aiskrim dan kek turut disediakan. Yummy!
4. 15 Jenis pilihan jenis sos
5. 2 pilihan sup seperti tom yam dan sup ayam
6. 24 jenis perapan yang terdiri daripada ayam,Ikan, daging dan kambing
7. 'Refill' soup unlimited!!
8. Suasana makan yang tenang dan selesa sama ada dalam atau luar
9. Boleh bersantai bersama kawan-kawan dan ahli keluarga.
10. Ruang parking berlambak
11.Kemudahan Surau disediakan di dalam premis
Tak percaya lagi?? ok jom saya bawak anda semua JJCM via bergambar nak bagitau kenapa saya pilih 11 sebab macam kat atas tuh..
silakan bersabar sebab gambar banyak dan menggiurkan anak tekak..hahaha..
deretan mihun/megi/mi yang banyak.
aneka seafood/ yong tau fu untuk steamboat..sentiasa direfill untuk pengunjung yang datang.
teppayaki. fresh from atas dapur.
buah dan rojak pon ada tau sebagai pencuci mulut.
tak lupa juga, aiskerim- kegemaran anak-anak.. port wajib!
aneka sos.
the green corner.. tak lengkap kalau tak de sayur-sayuran dalam steamboat kan?
air sejuk dan air panas.
makan time..
kakak masak, mama rilek!
masa ni je anak-anak boleh main masak-masak depan parents..
terpaling seronok dapat masak sama-sama dengan kakak.
tak percaya? tgk video kat link ni :
kalau korang yang berada berdekatan shah alam, boleh terjah ke Dkayangan Steamboat dan Grill dan rasailah sendiri keseronokan apabila dapat bersteambot dengan keluarga yang tersayang.
untuk details tentang harga dan pertanyaan/tempahan, korang boleh refer info di bawah :
Harga:
Dewasa RM33.00 nett
Kanak2 RM 12.50nett
Kanak2 bwh 4thn : PERCUMA !!
Waze : Dkayangan Steamboat & Grill
(2 mins from Stadium Shah Alam)
No tel Untuk Booking : 60122971091
Alamat : Steamboat BBQ D'Kayangan, Sri Acapella 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33, Skesyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Facebook : https://www.facebook.com/dkayangansteamboat/
Instagran : https://www.instagram.com/dkayangansteamboat/
Perut kenyang hati gumbira.
thank you so much for having us!
tempat selesa, besar dan nak bawak baby kecik pon takda masalah.
we love it!
-MrsPuex--
2 Comments