My Top 10 Wishlist From Althea Product!

Assalamualaikum/Hai,

Dah lamaa tak borak pasal beauty beauty kat blog aku ni.. sesekali meh aku up citer kecantikan kat korang.. dari mana aku beli dan kenapa best sangat produk produk yang aku nak cerita nanti kat bawah.. Kalau ada antara korang yang peminat tegar barang K-pop, lagii syokk!! Follow rapat rapat ok! 

Aku nak senaraikan Top 10 wishlist dari product Althea yang korang kena beli dan patut ada..
sebab apa?? sebab aku dah in loveeee dengan Althea ni..heheh..

MY TOP 10 WISHLIST :


1. FIXER CREAM

Fixer Cream ni fungsi dia macam moisturizing cream. sangat sesuai nak apply sebelum kita nak mekap. textur lembut dan yang paling penting sesuai dengan semua skin type.

ALTHEA Fixer Cream (50g)

2. PETAL VELVET SET

Petal Velvet Set mengandungi 2 item iaitu Petal Velvet Sunaway yang berfungsi sebagai protection untuk kulit dan juga Petal Velvet Power yang mengandungi micro-power yang boleh membuatkan kulit kita sentiasa licin. 


ALTHEA Petal Velvet Set (10% OFF)

3. REAL FRESH SKIN DETOXER ROSE

Antara product must-have! berfungsi 2in1 sebagai cleanser dan juga masker. hanya 10 saat je sapu kat muka then boleh bilas semula. sesuai untuk korang yang sangat bizi tapi nak cantik. gituu..

ALTHEA Real Fresh Skin Detoxer Rose (150ml)

4. MILK PEEL CREAM MASK

Mengandungi ekstrak protein susu untuk melembapkan dan menghidupkan semula sel-sel kulit. Diformulakan dengan AHA & BHA untuk perlahan-lahan tetapi berkesan menghapuskan sel-sel kulit mati. 

ALTHEA Milk Peel Cream Mask (50ml)

5. PORE PURIFYING SERUM CLEANSER

Pembersih penyucian dengan formula serum. Sesuai digunakan untuk membersihkan mekap di muka, kotoran dan minyak tanpa mengeringkan kulit. Mengimbangi tahap pH kulit untuk memastikan ia tetap sihat. 

ALTHEA Pore Purifying Serum Cleanser (150ml)

6. MAGIC SKINNY PRIMER

Sangat ringan. Digunakan sebagai base make-up supaya kulit nampak smooth, mengawal minyak di muka dan yang paling penting dapat memanjangkan tempoh make-up kita kalau kita apply primer ni.


ONSAEMEEIN Magic Skinny Primer (40ml)

7. Dr. Mascara Fixer For Super Long Lash

Fungsi untuk memanjangkan bulu mata dan memastikan bulu mata sihat dan kuat. Bagi yang sukakan maskara yang kalis air dan panjangkan bulu mata, sila beli mascara ni tau!

ETUDE HOUSE Dr. Mascara Fixer For Super Long Lash (6ml)

8. Play Color Eyes

Tak lengkaplah kalau tak ada eye shadow kan?? siapa yang suka color-color earth ni, korang boleh try product ni.. glitter type ada, yang matte pon ada.. lengkap dalam 1 bekas..

ETUDE HOUSE Play Color Eyes (10g)_In The Cafe


9. Oatmeal Therapy Cleansing Tissue

Pembersih yang mengandungi ekstrak oatmeal. Berfungsi untuk menghapus kotoran, kekotoran dan perlahan-lahan menghilangkan sel-sel kulit mati dan juga memastikan kulit sentiasa lembap.

CALMIA Oatmeal Therapy Cleansing Tissue (20pcs)

10. Art Class By Rodin Shader

Mengandungi 3 jenis warna kontur untuk dipilih atau disesuaikan mengikut keadaan semasa. Mengandungi pigmen halus untuk kemasan semula jadi yang bersih. tahan lama.Kalau malas, boleh gunakan shader ni sebagai eye shadow.



Cukuplah aku share 10 dulu ye. Sebenarnya banyak lagi product dari Althea yang best-best. Cuma tak berkesempatan lagi nak menyopping. harga berpatutan dan sangat sesuai dengan kulit wanita asia macam kita. kalau korang berminat, boleh terus ke website Althea :


Happy shopping gais!
semoga jumpa apa yang dicari..hehehe..

 -MrsPuex-

1 Comments

Play Color Eye Samalah pilihan kita he he he