Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Thursday, May 30, 2013

Musim Tak Sihat

Assalamualaikum..


Sekarang ni ramai sngat yg khabarnya x brp nak sihat
termasuklah dengan hero n heroin aku ni..
yang adek kene infection kat kepala..
yang kakak plak ekzema semakin mengganas..
Kepanasan yang melampau lately nih..

Agaknya..
*Sebab tu entry x berupdet-updet*

Citer pasal adek.

Kesian tengok dia kene infection gatal-gatal penuh satu kepala..
Kejadian lebih kurang 1-2 minggu yang lepas..
Hazab nak jaga. letak nangis, letak nangis, tengok, aku yang menangis..huhu..
pegi privet klinik, bagi krim(2-3 kali sapu dh abis)+ubat selsema/thn gatal, kos :RM90..
eloknya tak jugak..lagik truk adelah kot..

2 hari kemudian, hati x tenteram kat opis trus amek halfday, angkut adek dari neseri trus tuju klinik gomen.
daftar-baya rm1-timbang kati anak-jumpe doktor-amek darah-jumpa doktor balik-amek ubat
duration time dari jam 2.30 petang hingga 3.30 petang..
bagi aku servis ok ok..x lamaa x sekejap..just nice..aku suka sbb aku kan bwk budak kecik..
x tau la klo kat klinik gomen yang lain..hrp servis secepat mcm aku dapat.
amek darah..sib baik x meragam...



























 
 
 
 
 
 
 
Kesimpulan..

dapat ubat sapu 2 KOTAK, antibiotik 2 BOTOL dgn hanya RM SATU ringgit..(baya pon sbb aku mls nak amek GL kt opis)

mampuuu??

sapu 2 hari trus kering.

tinggal kuping kuping nak kering..

tulat, tinggal parut jek kat kepala..

mama is very the hepi..

tang parut tu x de hal sgt sbb rambut akan kaver dengan cemerlang di situ..



sangat berpuas hati dengan ubat gomen dari ubat privet yg cekik darah nak mamps..(x ckp sume privet klinik cam hampeh..mybe aku jek yg malang dpt privet klinik yg haruuuu..)



On the way balik umah, umpan buah untuk dok diam dalam kete.



akhirnya tewas bersama buah di tangan.







26hb lepas genap adek 10 bulan with fully breastfeeding..

Alhamdulillah sangat sangat..
 
 
Cite pasal kakak, next entry la yee..panjang sangat dah ni..
 
 
 
 
Yours Truly ;P

Thursday, May 9, 2013

Tips Penyusuan Ketika Berpuasa

Assalamualaikum..

Bulan Rejab esok lusa jek, means ramadhan dah semaaaakinnn hampirr..
Korang dah ganti puasa??
wahhh..soklan membunuh bagi kaum pompuan sepertiku..
Aku?? jangan ditanyaa...
alasan ...kalo puasa nnti takut susu kering..acaner??dah la stok tenat nihh..
tu adalah alasan common bg mama yg menyusu..btol ke idokkk???
haahahhaaa...admit jek laaaa...

so kat sini aku jumpe tips2 menyusu ketika berpuasa..
jangan cengelat nak ganti pose ok ...



Meneruskan amalan penyusuan ketika berpuasa adalah selamat.

Pada asasnya, amalan berpuasa sama sekali tidak akan mengganggu pengeluaran susu ibu. Ia tidak bergantung kepada amalan pemakanan seharian.

Sebaliknya bersandarkan kepada keupayaan anda mengosongkan payu dara secara efektif sekerap yang boleh, menerusi penyusuan terus atau pemerahan payu dara. Perlu anda maklumi bahawa dalam menjayakan penyusuan susu ibu, ia melibatkan hormon prolaktin dan oksitosin. Prolaktin merupakan hormon yang menghasilkan susu ibu manakala oksitosin pula merembesnya keluar. Dalam pada itu, Feedback Inhibitor Of Lactation (FIL) adalah salah satu lagi faktor dalam menentukan usaha anda menjayakan impian menyusukan bayi sepanjang berpuasa.

FIL merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu ibu yang berkumpul di dalam payu dara. Ia sering memberi tindak balas negatif kepada proses penghasilan susu apabila terlalu banyak FIL berkumpul di dalam payu dara akibat kurangnya rangsangan penyusuan daripada bayi mahupun disebabkan oleh payu dara tidak dikosongkan dengan efisyen.

Tahap FIL yang tinggi akan memberi isyarat kepada otak agar penghasilan susu ibu dikurangkan, kesan kekurangan permintaan. Hal sebaliknya berlaku apabila payu dara anda sering dikosongkan. Jumlah FIL dalam payu dara menjadi rendah dan seterusnya menghantar isyarat supaya lebih banyak susu ibu perlu dihasilkan.

Susu Kering
Tiada persediaan khas yang perlu anda lakukan dalam memastikan bekalan susu ibu kekal sepanjang menjalani ibadah puasa. Apa yang penting ialah anda perlu kekal berfikiran positif, terus menanam azam jitu bagi meneruskan penyusuan sepanjang berpuasa dan pada masa yang sama memastikan diri mengamalkan pemakanan seimbang dan menyihatkan.

Perlu diingatkan agar anda tidak khuatir dengan terlalu memikirkan amalan berpuasa bakal mengganggu penghasilan susu dan menjadikannya kering. Kebimbangan melampau akan menimbulkan perasaan tertekan yang akhirnya mendorong kemerosotan bekalan susu ibu.

Pengeluaran susu ibu yang berkurangan bukan disebabkan oleh ibadah puasa! Sebaliknya tekanan yang anda alami itu menghalang refleks pengeluaran susu (let down). Cara terbaik mengatasinya mudah sahaja iaitu anda perlu sentiasa bertenang dan tidak terlalu memikirkan hal ini.

Sehubungan itu, untuk makluman amaun susu ibu mungkin berkurangan pada hari pertama berpuasa. Namun, jangan endahkan hal ini. Sebaliknya, anda perlu lebih kerap mengosongkan payu dara. Jika bersama bayi, susukannya secara terus. Jika bekerja pula, perah dan kosongkan payu dara dengan sebaik mungkin dengan mengepam susu di setiap dua atau tiga jam sekali.

Biarpun berpuasa, pemerahan payu dara perlu berlangsung seperti biasa. Walau bagaimanapun, sebaik-baiknya mulakan rutin ini di awal pagi iaitu ketika waktu sahur. Hal ini kerana amaun susu ibu pada waktu ini masih banyak. Sama juga halnya selepas anda berbuka puasa.

Dehidrasi
Dehidrasi boleh menyebabkan susu ibu berkurangan. Oleh yang demikian, ambil perhatian sewajarnya bagi mengelakkan keadaan ini berlaku dengan memastikan anda minum air yang secukupnya ketika bersahur dan berbuka puasa.

Masalah dehidrasi yang teruk boleh menyebabkan tekanan darah rendah, letih, menggigil, loya, pening dan rasa haus melampau. Sekiranya keadaan ini berlaku, adalah lebih baik untuk anda berbuka puasa agar tidak menjejaskan tahap kesihatan diri.

Walaupun begitu, meminum air bergaram mampu mengembalikan keseimbangan bendalir badan yang terhidrat. Hal ini disebabkan garam penting dalam mengembalikan kandungan sodium dan potasium dalam tubuh. Anda boleh mencuba meminum air bergaram untuk mengatasi dehidrasi. Cara membuatnya ialah campurkan sedikit garam dan gula bersama air sejuk. Untuk mendapat rasa yang lebih enak, letakkan sedikit perasa ke dalam minuman ini.

Panduan Pemakanan

1. Minum Air Mencukupi
Anda perlu minum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Seelok-eloknya minum dua liter atau bersamaan dengan lapan gelas air sehari.

2. Jangan Abai Sahur
Usah sesekali meninggalkan waktu bersahur. Namun, anda digalakkan untuk melambatkan makan sahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Dalam pada itu, anda perlu kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.

3. Makan Kurma Ketika Berbuka
Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji.

Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.

4. Banyakkan Buah Dan Sayur
Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.

5. Ambil Lebih Lemak Sihat
Jumlah lemak di dalam susu ibu berkurangan apabila anda berpuasa. Untuk itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi lemak sihat mencukupi. Ini dapat dilakukan dengan mengambil susu dan produk tenusu seperti keju, susu dan sebagainya.

6. Amalkan Madu
Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.

7. Elakkan Minuman Bikarbonat
Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat. Sama juga halnya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.

Sumber : Pa&Ma


Sekian..

Selamat mengganti PUASA!!

Yours Truly ;P

Wednesday, May 8, 2013

Nak Show off Jari kat blog jugak

Assalamualaikum..

Sumeorang nak up kisah jari tercalit kat blog masing-masing kan??
apedehall..blog sendri..sendri punye suke suki la kennn...
aku pon nak kasi up jugak walaupun dah lewat..tak kiraaa..tak kiraa..

5 mei 2013..

Hari yang sibuk utk semuorang mencalit jari telunjuk..

Aku??

Pagi pagi dah gerak ke peedee utk turn mak metua aku tunaikan tanggunjawab die.

so, menunggulah kami dalam kete..
agak lamaaaa jugaklahh...mak metua aku ckp saluran die beratur panjang..
huh..patutlaa laamaaa...sib baik my hero x cranky..kakak pon gud gud dok dlm kete..
papa die?? jumpe kawan lama trus parking kt bwh pokok nun..


soon he will be my drifter...waaaaa!!!!
























Dah setel part mak metua, moh le kite ke cheras..
its my turn bebeh..
x sabar nak mencalit jari..hahahhaa...

dann....harus la mengshow off jugek kan...

nahh..

saya sudahh..

























sampai jek kat skolah, hujan turun menderu koo..x dan nak bershow off kat tepi gate skola..
aku mengundi kat SK Seri Bintang, Taman Shamelin..
tah kenapa nama x naik kat sk ceras baru tu..tensenn...klo x, jalan kaki dari umah pon boleh saje..
dapatlah singgah kat kedai dass...ohhh..rindu kat das..lamaaa x singgah kedai das..huhu..

ok, fine,
nnti nak tuka pusat mengundi laa..

dah setel, singgah umah mak abah kat ceras baru..
adik beradik sume turun..
mak masak spesel sempena hari mengundi..pulut kuning, rendang ayam, sambal ikan bilis superb
daannn ptg2 skit ade lempeng pisang dalam daun pisang..
maaplah takdok gamba sbb mak kalut kelaparan+layan anak2+borak2 ngn mak tersayang..
macam lamaaaa sangat x jumpe...hihihi..
*sebenarnya bateri ahkak kong uols..sori sori..

bila dah kumpul reramai, amek peluang keemasan show off jari telujnuk secara berjemaah plak..
vavavavava...mari kite buat bulatan besarrr yee..


































tadaaa...jari jemari mak, abah, abang, SIL, adik , BIL , aku n hubby..
jari siapakah yang paling bersih lagik suci murni itu?? biarlah rahasia yeee..
kang sebut nama, sentap plak..
hak masing masing ..
undi ke tak undi ke kita tetap rakyat malaysia
bezanya tanggungjawab sebagai rakyat yang berdemokrasi..
ada hak untuk memilih pemimpin..
so pilihlah dengan mengundi..tu jekk..

yang pasti PRU 13 ni muncul fenomena jari telunjuk yang bercalit..gituuuuu...
penuh FB aku dengan jari kekdahnyaa..

Sekian, laporan basi aku pasal PRU13...



Yours Truly ;P

Tuesday, May 7, 2013

Tips Tambah Susu Ibu

Assalamualaikum..

Sekarang ni susu aku semakin merundum..
ade jugak amek suppliment dan makanan utk milkbooster..tp ntahlah..
now umpama kais harini utk esoknya..aduh duhhh...
kene kerja keras sekeras-kerasnya ni..
cuti 3 hari pon x mampu nak kumpul stok sebab si bujang asik nak mengopek jekk..
bile pam, alahai 1oz jek kluar??
tapi klo kat opis, 5oz tu paling sikit laa..ke mmg aku kene keje jeee??huhh...sabarr..

dah minum air kosong byk2 dah tp trus turun ke bawah, idok le nak singgah kat kilang susu ni..
jenuh plak aku keje nak ke toilet jee...tu pasal kkdg malas btol nak minum air kosong..tapi ku gagah juga minum demi anak..

stress?? mungkin jugak kot??nak buang stress ni jejauh pon x terdaya kot..elak stress yg itu, timbul stress yg ini pulak..haihh...mmg dugaan sungguh untuk menjadi ibu menyusu mcm aku ni..

dalam hati trus berdoa byk2 supaya Allah beri rezeki utk ank aku sehingga 1 tahun untuk menyusukan die sepenuhnya tanpa tambahan susu formula..kalo lebih tu alhamdulillah sangat2..
lagi 2 bulan lebih jek nak ke 1 tahun.. sila bertahan wahai nooraini zubir..
sedut semangat kuat-kuatt...fight for airiel qaid..

Ni aku tepek tips2 utk tambah susu bagi kwn2 yang masih menyusukan bby dan sedang mengalami masalah mcm aku nih..



5 Cara Berkesan Tambah Susu Ibu

1.Tambah Masa dan Kekerapan

Konsep asas dan wajib dibuat jika mahu tambah susu ibu. Susu ibu terhasil dari konsep supply dan demand. Lebih permintaan (demand) lebih susu yang akan terhasil (supply). Ibu perlu kosongkan payudara bagi menghasilkan lebih susu. Caranya pam 10-15 minit selepas anak menyusu. Tahukah ibu hormon pengeluaran susu (hormon prolaktin) banyak terhasil selepas jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ambil peluang, bangun dan pamlah. Jangan diikutkan sangat kesedapan tidur. Seelok-eloknya pamlah 2-3 jam sekali, bagi menjamin supply susu ibu. 

Jika ada dirumah, susukanlah anak sekerap mungkin. Bayi adalah peransang yang paling baik untuk pengeluaran susu ibu. Waktu dipejabat, cuba sebaiknya untuk ikut jadual mengepam. Jadual mengepam yang konsisten juga faktor baik menambah susu ibu. Lebih baik, tuliskan jadual mengepam dan catat hasilnya. Barulah ibu lebih bersemangat.

2. Minum Air Paling Kurang 2 Liter

Air adalah elemen paling penting bagi penghasilan susu ibu. Ini tak termasuk jus, air teh, milo dan sebagainya. 2 liter air kosong setiap hari. Gunalah botol bagi menyukat berapa lier yang telah diminum. Air kosong sangat bagus bagi kesihatan yang optimum. Jadi minumlah air kosong ya.

3. Makanan Seimbang

Ibu perlu jaga pemakanan. Jangan hanya diikut nafsu makan. Makan banyak tapi tak cukup khasiat juga tak guna. Jadi makanlah dengan ideal. Pilih menu yang seimbang. Untuk menjaga berat badan, usah makan sekali banyak. Tapi makanlah sikit-sikit dengan kerap. Paling penting sarapan. Jadi cubalah sebaiknya untuk tidak lupa bersarapan di waktu pagi.

Lebih baik lagi, amalkan pengambilan supplement. Ini bagi melengkapkan sumber vitamin dan mineral yang tubuh ibu perlukan. Pemakanan ibu yang sihat akan menghasilkan susu yang sihat untuk anak. Selain itu kesihatan mental juga perlu dijaga. Elakkan stress, kerana ianya boleh menjejaskan susu yang akan terhasil. Jadi ibu menyusu pastikahlah yang kalian sihat fizikal dan mental. Barulah impian menyusukan anak hingga 2 tahun akan terlaksana. Ya, supplement perlukan sedikit pelaburan. Tapi apa salahnya kan, untuk diri ibu juga. Bukan sekadar pakaian dan beg yang branded. Tapi usahakanlah untuk jaga kesihatan badan. Bukankah batang tubuh nie Allah amanahkan untuk kita jaga.

4. Makan Penggalak Susu Ibu

Ibu boleh mengambil makanan yang menggalak susu ibu, seperti oat, daun pegaga, halba, lobak putih, longan, alfalfa dan sebagainya. Ini hanya akan berkesan jika cara 1 dan 2 telah dibuat. Jika tak buat cara 1 dan 2, janganlah berharap susu ibu yang bertambah.

5. Ambil Pil/Suntikan Hormon


Ini jalan terakhir. Sebelum ambil, jumpa doktor dan minta konsultansi. Jangan lupa semak jika susu yang sedikit adalah disebabkan oleh perkara lain seperti mengandung, datang bulan, anemia dan sebagainya. 



Sekian, untuk peringatan diri sendiri dan juga kawan-kawan..

sharing is caring..

Yours Truly ;P

Monday, May 6, 2013

Tanggal 6 Mei 2013

Assalamualaikum..

just want to wish


to me

as i am turning to



with pretty wishes :

always keep calm
always look young..ecehh..
always smiles even in sadness and in darkness..wahhhh

semoga sentiasa diberkati Allah
dimurahkan segala rezeki yang ada
dipanjangkan umur untuk melihat anak2 membesar depan mata
diberikan kesihatan yang baik utk menguruskan rumahtangga
aminnnn...

this is ME in 3 series group..
nahh kooo bunge n kunci..
motip??
sbb gamba ni sy nmpak kiuttttt..
*larikkkkk...





Yours Truly ;P