Skip to main content

Suntikan Heparin selama 10 hari selepas bersalin.

Assalamualaikum/Hai,

Pengalaman baru bersalin kali ketiga ni.
Kena amek suntikan heparin selepas bersalin. kes ni hanya ibu yang bersalin secara c-section sahaja atau bagi ibu-ibu yang ada masalah-masalah tertentu dengan nasihat dari doktor sahaja. Wajib buat dari hari pertama sampailah hari kesepuluh tanpa culas tau. hari hari setiap pagi selepas sarapan ko kena cucuk sendiri kat peha. harini peha kakan, esoknya peha kiri. bergilir-gilirlah sampai selesai.

untuk kes aku, kena cucuk 10 hari.. tapi ada je yang kena cucuk sampai sebulan atau 14 hari atau 5 hari.. berapa hari kena cucuk, hanya doktor yang tentukan ok.. jangan suka suka hati ko nak rekues kat doktor berapa hari kau nak cucuk..no no nooo..


Perasaan? 
takut la wei nak cucuk sendiri. masa kat hospital 4 hari bolehlah nurse yang cucukkan.. itupun dia cucuk sambil ajar aku cara-cara yang betul supaya peha tak lebam sana lebam sini.. alhamdulillah i manage to complete the 10 days without failed. .#tepukbahusendiri.
cuma ada sekali je peha lebam macam kena tumbok sbb tersalah cocok.. gigil weiii cucuk kat peha sendiri. nak suruh suami? awal awal dia rejek.. hahaha.. sejenis takut jarum, kau pulak suruh dia tolong cucukkan.. bukan dia je yang takut.. akuu pon lagiiii takutt.. hahahaha..

bagi yang tak tahu dan nak tau kenapa perlu cucuk heparin, meh sini sis kongsikan info. 

KENAPA KENA SUNTIK HEPARIN?

Ramai yang tidak tahu / tahu setelah di ajar tapi tak yakin nak cucuk sendiri SUNTIKAN HEPARIN setelah bersalin, datang ke klinik untuk minta doktor tolong cucuk kan. Tak mengapa, doktor tolong cucuk kan.

Cuma nya, kami dapat tahu, ada ibu lepas bersalin yang di beri bekalan suntikan Heparin ni, tak pergi cucuk. Sebab alasan " berpantang tak boleh keluar rumah ", dan ada yang tak mahu cucuk sebab anti Heparin? ( salah dapat informasi palsu)

Begini.
Kenapa perlu di suntik dengan Heparin lepas bersalin?
Rasanya sebelum discharge dari ward bersalin, doktor mesti dah bagitau, kan? Ataupun sepanjang proses antenatal check up, doktor mesti dah bincang tentang method bersalin, dan perkara yg perlu di buat lepas bersalin, termasuk lah suntikan Heparin ni.

Kenapa perlu suntik?
Secara ringkas utk mudah faham, suntikan Heparin ini bagi mengurangkan risiko berlakunya pembekuan darah ( proses dipanggil Thrombosis) Darah beku ini boleh terjadi di saluran darah venous ( dipanggil Deep Vein Thrombosis, DVT). Venous ialah saluran darah yang membawa darah balik ke jantung & paru paru,

Jadinya, kalau ada DVT, maka darah beku itu berisiko teralih megikut aliran darah, dan sumbat di saluran darah di jantung atau paru paru, Ini sangat bahaya & boleh bawa maut. Oleh kerana ini lah, suntikan Heparin di beri, kerana Heparin ialah ubat yg di panggil ANTI-COAGULANT, iaitu anti -Pembekuan darah.

Sebenarnya, risiko DVT tetap ada even sebelum bersalin ( iaitu semasa mengandung lagi). Bukan semua wanita mengandung, tapi tengok kes. So tu sebab penting kena jalani pemeriksaan antenatal secara berkala, dan dengar nasihat doktor, andai ada risiko DVT, maka semasa pregnant pun Heparin akan di suntik.

Post ini ialah tentang suntikan Heparin SELEPAS bersalin.

Antara faktor risiko pembentukan DVT ialah:

-Umur 35 tahun
- Dah pernah mengandung / bersalin 3 kali ke atas
- Pernah ada sejarah DVT sebelum ini.
- Sejarah keluarga terdekat ( mak, ayah, adik beradik ) ada DVT.
- Ada masalah kesihatan tertentu, seperti penyakit jantung, penyakit arthritis, penyakit berkaitan paru paru.

- Obesiti , BMI & 30
- Merokok
- Multiple pregnancy ( kembar)
- Tumpah darah masa bersalin
- Perlu terima darah gantian lepas bersalin ( blood transfusion).
- Kelahiran yang lama ( prolonged labour, more than 24 hour)
- Kelahiran secara pembedahan , Caesarean .

Suntikan Heparin ialah SELAMAT semasa breastfeeding baby.
Jangan dengar dakyah /mitos yang kata ia bahaya.

Di Malaysia, selalunya suntikan akan di bekalkan oleh KKM. Siap dengan jarum &  alcohol swab lagi.

Dan perlu di suntik utk tempoh seminggu.

Jika ada kemusykilan lepas bersalin, TOLONG LAH TANYA doktor anda. Jangan mengelak ambil ubat yang doktor berikan ( jika ada) semata mata risau kesan pada baby yg di susukan. Kalau tiada sebab ( no indication), doktor tak akan suka suka bagi ubat ya.

sekarang dah paham kan?? so bagi ibu-ibu yang bakal kena suntikan Heparin ni, bertabahlah demi kesihatan anda. ingat! jangan skip cucuk ok! 

semoga dengan perkongsian ni dapat membantu ibu ibu di luar sana tentang suntikan heparin ni.

thanks sebab sudi baca sampai habis.. 
sayang korang.. muahh!


 -MrsPuex-

Comments

Miza Talib said…
Seramnya, baru-baru ne adik ipar pun kena cucuk sendiri. Macam pelik sekali apa dia cakap sama macam akk cerita dalam blog ne. Ok knowledge un5uk diri sendiri
Suria Amanda said…
Alamak..seramnya plak akak dengan macam- macam sekarang ni...terus x jadi nak kawen lagi and try beranak lagi...seriau...
Jepun Mari said…
bab jarum, darah2 ni sy takut hahaha..

Popular posts from this blog

IFTAR DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM DENGAN BERTEMAKAN WARISAN IBUNDA

Assalamualaikum/Hai,  EDARAN BUBUR LAMBUK DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM Sempena kehadiran bulan ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi, Hotel Concorde Shah Alam telah mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai di sekitar hotel pada 6 Februari yang lepas. Tradisi ini telah dilaksanakan sejak 20 tahun yang lalu.  kalau korang nak tau, bubur lambuk yang tersedap ni disediakan oleh pakar pakar chef dari hotel concorde shah alam. rasa, aroma dan rempah ratus yang ada dalam bubur lambuk tu masih kekal sama seperti tahun tahun sebelumnya. seawal jam 7 pagi, sebanyak 200kg beras diperlukan untuk bubur lambuk ni. lebih kurang 6000 pack bubur lambuk telah diedarkan untuk orang sekitar jam 12 tengah hari. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak pengurusan Hotel Concorde Shah Alam. Semoga tradisi ini diteruskan di masa akan datang. WARISAN IBUNDA TEMA UNTUK RAMADHAN BUFFET 2024 Untuk tahun 2024, Hotel Concorde Shah Alam telah memilih tema WARISAN IBUNDA untuk ramadhan buffet kali ini. Wa...

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014 , iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join. Syarat-syaratnya : Follow blog Mialiana.com , Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI Senang dan mudah bukan? 12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org  dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014. tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya... lurve, mrspuex

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P