Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Wednesday, November 27, 2013

#SYMP part 2

Assalamualaikum..

Siap ade part 2 kann..
Buhsan menunggu juri kira keputusan..
Juling mata tahan ngntuk..

Paling x best, harapan punah nak blik awal..sob sob sob..

#SYMP

Assalamualaikum..

2 hari berkampung di hosp sg buloh utk karnival inovasi peringkat jabatan kesihatan negeri selangor 2013.. Semalam rehersal, today hari kejadiannye..

Semoga program berjalan dengan lancar sampai petang..semoga cepat habis so cptlah balik..hehehee...


isi perut dlm kete dulu sbb kompom kompom lambat sarap

Sunday, November 24, 2013

Konvo day aireen

Assalamualaikum..
Today is my lil angel's konvo day..
Wahhh...speking lonndonn kamuuu..
5 tahun dh ade konvo..

masa mama dulu taska xde konvo bagai..bratur panjang panjang pastu amek sijil sajek..pastu pkai tudung masyaaallahh..senget benget..bajet comey ok time tu.. Senyum sendri bile ingat balik..

Alhamdulillah majis berjalan lancar walaupun so soo jek laa..

Yang penting anak aku paling comey..hahaha...perasan mak kau ni..eyhh mmg comey laaa..

Yg best atok, opah & nenek folo skali..demi cucu kekdahnye..

Saturday, November 23, 2013

Snowy ciskek meleleh leleh..

Assalamualaikum..

Today berkesempatan nak merasa snowy ciskek meleleh leleh..kt fb skang kan sibuk up psl ciskek leleh ni kan..so mcm teringin bebenor nak menerai..takmo mahai mahai..just utk sedapkan ank tekak jek..

mujurlah mmber ade buat yg kecik kecik..Order n pick up kt umah member kt saujana utama..sib baik dkt ngn umah..she's my oldskool fren..jaman skola menengah gituu..

Rasenye? Of kos la sedap dap dap bg penggemar cheese mcm aku..haha..
Aku ni sume blasah..xde yg x sedap..sume sedap sedap..ko hulur la ape saje..kompom dahku mkn..bestkan perut aku..alhamdulillah..kandungn perut yg begitu baikk sangat..

Ok dah..nk menjelesi dgn tepek gamba byk2 sebelum dingap..

Luckily my hubby x suke cheese..just berebut ngn ank2 saje..tp mama tetap win..

Friday, November 22, 2013

Katenye sales kt concorde shah alam

Assalamualaikum..

Hotel concorde shah alam ade sales henbeg branded ..
Dh opis kt sebelah moh la kite jenguk2 sat..jumaat kan lunch panjanngg..

Skali kauuu..dh sales pon harga totapp riban riban.. Terkehel ginjal mak nokk.. Mak bukan tahap datin datin ni..so setakat cuci mate, raba raba beg udahh..xdela kempunan sgt kennn..

apekehey mhai bnor ntahlee..x paham..nengok samee jek.. Mybe ianya adalah sejenis brand..

Sempatlah curik curik snap gamba utk bukti..

Thursday, November 21, 2013

MICF :: Malaysian Islamic Children Fair 2013

Assalamualaikum,
 
Sape2 yang evelebel this wiken jom bwk anak anak ke SACC, Shah Alam..
 
plan nak bawak aireen ke sana..
mesti die suke..
kalau x de aral melintang. in syaa allah sampailah kami ke sana..
dekat jek pon ngn umah..
macam best kan?? macam kiut kan??
 




Yours Truly ;P

GPTD: Ahmad Ammar Dalam Kenangan (1993 - 2013)

Assalamualaikum..
 
Aku x kenal sape beliau
tapi aku dipahamkan beliau adalah seorang syahid di bumi Allah..
beliau berjihad kerana Allah..
Allah hu rabbi..
tgk video khas beliau hampir menitiskan air mata
mcm2 terpk..mcm mane keadaan kita nnti..
kalo dapat anak mcm ni syukur ya Allah..
sejuk perut ibu yang melahirkan beliau..
 
 
 
sedikit kisah beliau yang aku sedut dari rakan fb :
 
 Ammar, pemuda berusia 20 tahun yang merupakan penuntut jurusan Sejarah di Universiti Marmara, Turki sebenarnya telah pun kembali ke rahmatullah bertemu dengan Rabbul Jalal pada 2 November lalu di sana kerana kemalangan yang melibatkan sebuah ambulan. Keistimewaan anak muda bernama Ammar ini, dapat dilihat selepas dia pergi. Antaranya, allahyarham disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur..
  Subhanallah...berebut orang ramai untuk menjadi sebahagian orang yang mengunsung keranda allahyarham..Sedangkan Ammar, hanyalah salah seorang penuntut dari Malaysia yang berada di sana. Bagaimanapun satu yang pasti, Ammar sememangnya pernah meluahkan hasrat keinginan mati syahid.
 
 Al-fatihah.


Yours Truly ;P

Wednesday, November 20, 2013

Personaliti Test

Assalamualaikum..

Jom kite test personaliti kita melalui gamba pokok..
haaa...pokok yee tuan tuan dan puan puan..
cam kelakar kan??
tapi, kenape pokok??
derr...jgn tnye bebanyak, ko pick 1 jenis pokok then ko tgk la keserasian ko kt gamba pokok tuh..
ni bukan bidaah yee..ni saje2 nak test..
kalau btol, itu satu kebetulan...klo tak betul tu poonn satu kebetulan gak..
hikhikhik..
jomm..

aku punye no 5..suke nauu kt gmba no 5..ade la kene kene skit ngn diriku ini..
heheheee...

arahan :

Sila tengok pada pokok-pokok ini dan terus pilih pokok yang paling menarik perhatian anda. Jangan dok pikir lama2, terus pilih dan cuba lah baca ikut personaliti masing2..
JGN CHEATING YEE..



Keputusannye berdasarkan no pokok yang korang pilih :

1. Anda seorang yang pemurah dan bermoral. Anda selalu berusaha membaiki diri. Bercita2 besar dan mempunyai standard yang tinggi. Orang lain mungkin merasakan susah berkomunikasi dengan anda, tetapi bagi anda, sebenarnya susah untuk anda menjadi diri sendiri. Anda bekerja dengan sangat kuat tetapi tidak mementingkan diri. Anda bekerja kerana anda ingin mengubah dunia. Anda berkemampuan untuk mencintai orang sehingga mereka menyakiti anda. Sekalipun demikian.. anda akan masih menyintainya. Hanya sedikit orang yang dapat menghargai segala yang anda lakukan.

2. Anda seorang yang menyeronokkan dan jujur. Anda sangat bertanggungjawab dan suka menjaga orang lain. Anda percaya bahawa kita perlu sentiasa bersikap jujur dalam setiap pekerjaan. Anda mempunyai personaliti yang baik dan orang akan cepat mempercayai anda. Anda juga bijak serta cepat berfikir. Sentiasa ada cerita menarik untuk anda kongsikan.

 3. Anda seorang yang bijak dan suka berfikir. Anda adalah pemikir yang hebat. Bagi anda, akal fikiran dan idea adalah sangat penting. Anda suka berfikir mengenai teori dan pandangan anda berseorangan. Anda juga jenis orang yang introvert. Anda hanya dapat menyesuaikan diri dengan orang yang suka berfikir dan belajar seperti anda. Anda juga banyak berfikir tentang moraliti. Sentiasa cuba melakukan yang elok pada fikiran anda, sekalipun majoriti menentang anda.

4. Anda seorang yang perseptif dan berfalsafah. Anda unik dan berbeza dengan orang lain. Anda juga seorang yang mengikut naluri dan aneh sedikit. Selalu disalahanggap oleh orang lain, dan ianya menyakitkan hati anda. Anda perlukan ruang untuk diri anda. Kreativiti anda perlu diasah, dan ianya memerlukan anda menghormati orang lain. Anda adalah orang yang dapat melihat baik dan buruk dalam hidup dengan jelas. Anda sangat emosional.

5. Anda jenis yang yakin dan menguasai keadaan. Anda sangat berdikari. Prinsip hidup anda 'Saya akan lakukan dengan cara saya'. Anda seorang yang bergantung pada diri sendiri dan tahu bagaimana untuk menjadi tabah pada diri sendiri dan orang yang anda cintai. Anda cukup tahu apa yang anda nak dan anda tidak takut untuk mengejar impian anda. Satu perkara yang anda perlukan dari orang lain adalah kejujuran. Anda juga cukup kuat untuk menerima kebenaran.

 6. Anda seorang yang baik dan sensitif. Orang lain cepat dapat bergaul dengan anda. Anda mempunyai ramai rakan dan suka membantu mereka. Anda mempunyai aura yang baik sehingga semua orang gembira untuk berada di sisi anda. Setiap hari, anda memikirkan cara memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Anda mahu menjadi lebih menarik, tersendiri dan unik. Lebih daripada orang lain di dunia, anda sangat memerlukan cinta. Malah termasuk mencintai orang yang tidak mencintai anda.

 7. Anda seorang yang ceria dan sentiasa gembira. Anda sangat sensitif tetapi juga sangat memahami. Anda pendengar yang baik dan tahu untuk tidak bersikap menyebelahi sesiapa. Anda lebih terbuka dengan orang baru anda kenali dan di majlis-majlis. Anda sangat kebal daripada stres dan sangat jarang untuk merasa bimbang. Kebiasaannya, anda sentiasa relaks. Anda sentiasa ada masa untuk berseronok dan tidak hilang tujuan.

8. Anda seorang yang menawan dan bertenaga. Anda seorang yang menyeronokkan dan tahu untuk membuatkan orang ketawa. Anda sentiasa tenang dan selesa menjalani kehidupan anda. Anda seorang spontan dan entusiastik. Tidak pernah mengatakan tidak kepada cabaran baru. Biasanya, anda akan mengejutkan orang sekeliling anda pada akhirnya. Tetapi, itu lah anda.. Sentiasa menjadi diri sendiri. Mempunyai banyak minat dan jika menunjukkan minat pada sesuatu, anda akan cuba buat dengan sebaik mungkin.

 9. Anda seorang yang optimistik dan bernasib baik. Anda percaya bahawa hidup adalah satu anugerah dan sentiasa cuba utuk mencapai sebanyak mungkin dan meletakkan anugerah ini pada tempat yang sepatutnya. Anda sangat bangga dengan pencapaian anda. Anda juga sentiasa bersedia untuk setia dengan orang yang anda sayang. Anda mempunyai pendekatan hidup yang sehat. Anda gunakan sebarang peluang untuk memaafkan, terus belajar dan membesar kerana anda percaya, hidup adalah terlalu pendek untuk membiarkan ianya berlalu begitu saja.

ok, acaner result korang? gumbire or sedih?? hahahaa...
x payah nak pecaya sepenuhnya yee..kang stress plak kang..


bai korang..

Yours Truly ;P

Wordless wednesday :: 20112013

Assalamualaikum..

Wordless wednesday :: 20112013

Anak bujangku yg banyak keletahnya..

Tuesday, November 19, 2013

Lunch dengan mereka

Assalamualaikum..

Harini lunch bersama orang tuaku..
Setiap detik adalah detik yang terindah bila bersama mereka..

#tetibe nak feeling mcm zaman anak dara dulu..huhuu..

Maklumla ank mereka yg sorang ni adalah duduk di luar kawasan liputan..

Shah alam - ceras baru..kan jauhhh tuu.. #lempang skitt..

Cam biasa abah belanjee..
dasarr ankk.. Ahakss..

Monday, November 18, 2013

They slide for fun

Assalamualaikum..

Rentetan kpd vacation aku kt goldcoast aritu..

Jom nengok aksi aksi mereka bermain slide ..tak menahannn...atok skali main pastu trus continue ngn cucu dan menantu skali..haukkkkk...

Hubby ade buat vlog goldcoast tp masalahnye aku xley nak up via utube kt blog ni..apesal ntahhh..geraamm..at least bg sesape yg blom dtg, bole la view video tu utk amekk mood holiday ye dakk..

Nntila aku usahakan..bior lmbt janji up jugak vlog tu ok..promise..in sya allah..

Friday, November 15, 2013

Klinik bergerak 1 malaysia

Assalamualaikum...

Mencuba rawatan klinik bergerak 1 malaysia..
Kebetulan masa bertugas 3 hari kt hotel concorde haritu, ada disediakan perkhidmatan ni..

Dah alang alang tgh sakit otot, so moh la kite menerai servisnye..

Cek bp, ok.. Just amek cream pns otot jek..

Servis? Ok ok laa..ko pepaham la nurse nurse gomen nikan..kurang senyuman n kurang mesra pelanggan..hambekkk... Aku syak mereka kurang kasih syg dr bos kot..hahaha..

Ade yg ok tu ok sgt2..so jgn judge sume nurse camtu yer uols..


klinik bergerak

sisi dpn..mcm bas persiaran..

sedang mendapatkan rawatan..

ini habuannye..cream panas utk legekan otot..

Wednesday, November 13, 2013

Surprise utk abah

Assalamualaikum,

Mlm tadi aku n adik pakat nak surprisekan abah..
Aku bwk kek dr shah alam while adik stanby ape yg patut..mak just stanby air teh o as usual.. Sib baiklah kek tak penyek kt sit blakang..risau kot kakak terduduk ats kek tanpe sedar..huhuu..

Abah just tau aku nk dtg utk amek kete satria kt adi ( tukang repair) kt teratai sana..adik pon dh stnby siap siap kt umah adi, so kami konvoi la ke ceras..abah x tau pon adik nk dtg.

Kate surprise kannnn..bemy, my big bro x dpt join..katenye nk celebrate hari khamis nnti kt umah die..kebetulan hari tu die ade buat kenduri skit utk sunat ank no2 die..majlisnye hari sabtu 16/11 nnti..

So we just proceed to our plan gitu..
Kite buat simple jek..yg besar besar nnti togeter ngn besday mak..ade family gateway skali..tempat nnti kite bgtau kt mane..

Jom lyn gmba mlm tadi..tak banyak mane..as usual utk cukup syarat..hehehee...

Tuesday, November 12, 2013

Happy Birthday Abah!

Assalamualaikum..

Harini 12/11/2013 bersamaan hari selasa adalah hari lahir abah yang ke 63 tahun..

To abah ,

Selamat hari ulangtahun,
Selamat panjang umur,
Semoga diberikan kesihatan yang baik,
Semoga sentiasa hensem hari hari,
Semoga sentiasa di bawah lindungan Allah..

Ketahuilah, anak-anakmu sentiasa menyayangimu walaupun tanpa abah sedar..terutama anakmu yg sorang ini..

Last but not least, saya sayang abah saya dunia akhirat...

Tuesday, November 5, 2013

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum..

Salam tahun baru dalam kalendar islam..

Semoga diriku, familyku, saudaraku, sahabatku sentiasa diberkati dan dijauhi malapetaka dari Mu ya Allah..

Amin, amin ya rabbal alamin..



gamba tuan tanah kedaung wajib la interprem juga bersama bogyguard comel di tahun baru..

Saturday, November 2, 2013

Cuti cuti deepavali

Assalamualaikum..

Berdeepavali di gold coast resort morib bersama mak, abah, mil dan adik n family..

Cam biasa plan terkejut terkejut..biasa tu jek yang menjadi..patern aku cenggini kot..klo plan mmg cam pyh nak dikotakan..huhuu..

Day 1 kami , berkubang di kolam dan menunggu sunset di tepi pantai..

*gamba ehsan dr hp adik..