Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Wednesday, August 30, 2017

Puasa Hari Arafah

Assalamualaikum/Hai, 

Wukuf : 1 Hari Lagi.



InsyaAllah, para jemaah akan dibawa ke Arafah bermula jam 9:00 pagi ini (waktu Saudi) , jam 2 petang Waktu Malaysia secara berperingkat.

husband pon dah ada di Mina subuh tadi (waktu saudi), jam 8 pagi waktu Malaysia.
Semoga dipermudahkan segala urusan para jemaah haji tahun ni..

Syahdu sangat bila dapat wasap bertalu-talu dari husband jam 12 malam (waktu malaysia) tadi.
Ayat-ayat dia tu.. aduhaii.. baca sambil berjujuran air mata.. 
sama perasaan macam mak abah gi haji tahun 2004 yang lepas.. Allahu akbar..

Ya Allah ampuni dosa kami Ya Allah..permudahkanlah dan terimalah segala ibadah Haji para jemaah Ya Allah..berikanlah kesihatan, kesabaran dan keimanan yg tinggi buat mereka..Ya Allah..semoga suamiku dan para jemaah lain dpt beribadah dgn tenang..
Allahumma Aaminnn

Ya Allah, jagakan dia untukku Ya Allah..


 -MrsPuex-

Tuesday, August 29, 2017

Panggilan Haji 2017

Assalamualaikum/Hai, 

Alhamdulillah. Alhamdulilllah. Alhamdulillah.
Husband telah diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah tahun ni.
Terima kasih tak terhingga kepada Felda Travel kerana memilih husband saya untuk menjadi salah seorang Petugas Haji Felda Travel bagi tahun 2017 untuk membawa para jemaah di bawah agensi Felda Travel.

Syukurr... Rezeki di usia muda.
Syukurrr.. rezeki 2 kali tahun ni ke Makkah.
Umrah di Bulan Januari 2017
Haji di Bulan Ogos 2017.

Tiada apa yang dipinta melainkan diberikan kesihatan yang baik sepanjang menjalankan tugas, dipermudahkan segala urusannya di bumi Allah.

sorry tak banyak gambar yang sempat di memorikan.
mood kita melayan perasaan masa tu..

my small family.
may Allah protect us always.

masa untuk check in di bilik khas...
bismillah..
sedihh giler tapi tak tau la kenapa ayaq mata ni tak mau keluar berjejeran..
sampai husband cakap, awak tak sedih ke saya pergi??
huwaaaaaa... sedihhh giler kot tapi entahlah.. jiwa kental ni membuak2 menahan air mata..

kenape bilik khas?
sebab dia petugas untuk jemaah VVIP under Felda Travel.
Alhamdulillah. sekali lagi Allah permudahkan urusan dia.
tak yah beratur kat line biasa.

babai husband. see you when i see you.




Sementara menunggu ketibaan VVIP.
husband (Petugas Haji), wakil Felda Travel, wakil Felda Travel, Ustaz Munif - Hijjaz (Petugas Haji), Wakil staff KLIA.


thank you adik and family,
thank you mak abah, mak mertua sudi teman menghantar sampai ke KLIA.


last but not least....
pesanan dari seorang isteri yang bakal merindui dan dirindui..

Dear Husband,

semoga beroleh haji yang mabrur, 
saie yang disyukuri, 
amalan soleh yang diterima dan diampunkan segala dosa-dosanya.
Amin Ya Rabbalalamin.. 

betul cakap orang, pergi menunaikan ibadah haji umpama kita pergi berjihad.
semoga kita berjumpa lagi sebulan dari sekarang.
balik tauuuu..


mode : sedih+nangis 


 -MrsPuex-

Friday, August 25, 2017

Aktiviti Anak Anak Sambut Merdeka

Assalamualaikum/Hai,

Sempena hari kemerdekaan yang ke 60 tahun ni,
apa azam korang untuk negara tercinta??
apa sumbangan korang untuk mengekalkan kemerdekaan negara kita yang tercinta??
kalau ada , baguslah.. korang memang anak merdeka.
kalau tak ada, selak selak balik buku sejarah atau google tentang kesusahan dan kepayahan atok nenek kita suatu masa dahulu untuk mencari kemerdekaan. untuk memerdekakan diri dan anak bangsa dari penjajah . abah aku seorang askar dan pernah melawan komunis-komunis semata-mata untuk menjaga negara.

oklah taknak cerita lebih kang teremosi politik plak..
nak tau cite lebih pegi jumpa abah aku.. kompom 7 hari 7 malam korang akan dengar bagaimana pejuang-pejuang negara mempertahankan negara daripada penjajah luar.
aku dah 35 tahun( ni tak tolak umur aku baby la.hahah) dengar abah cerita. nak masuk merdeka mesti dia akan bukak cerita..

alaahhh... tak yah susah susah..
korang tau apa itu KONTRAK SOSIAL??
kalau tahu, baguslah..
kalau tak tau, sila bertanya kepada yang pakar.
gituuuu..

berbalik kepada tajuk asal, sebenarnya nak cite hal aktiviti anak anak sambut merdeka kat sekolah / tadika masing-masing. minggu ni bukan anak dan cikgu je bizi, mak dorang pon bizi kulur kilir cari bebahan untuk program dorang.

si kakak masuk pertandingan boria wakil kelas maka perlu 2 bendera(1 utk tudung, 1 utk lilit kat pinggang) dan pom pom rambu ramba dari tali rafia tu haa..

hasilnyaa... woww!!
meriahhh.. good job cikgu!



semoga beroleh kemenangan untuk boria tahun 3.
aminnnnn..


si adik pulak pakaian beragam kemerdekaan.. mama pakaikan baju melayu putih, sampin bendera, songkok tu pacak 8 ketul bendera kecik jadikan rambu ramba.. part songkok tu die tak nak pakai sebab katanya tak hensem.. hahaha..
mama pujuk la tak hensem tak pe, janji boleh menang dapat hadiah tauu..
terus mintak bawak 2 songkok.. 1 songkok kosong, 1 songkok pacak bendera (pakai time acara pakaian beragam saje-ini pon tecer yang pujuk suruh pakai..haha)

memula sampin tu mama lilit, last last sentuhan papa jugak yang berjaya menambat hati si bujang ni..huh!!

menang pakaian beragam..
sukaaa dia tau.. mama pon sukaa..hehehe..






gambar dari group wasap tadika.
banyak jugak aktiviti lain-lain yang tecer dorang plan.. bagus sangat!
pupuk semangat cintakan negara dari kecil supaya besar nanti tak lupa diri.

mama??

Image may contain: 4 people, people smiling
perhimpunan bulanan merangkap sambutan kemerdekaan kat opis.. dapat sorang 1 bendera mini. tu pon 150 orang terawal..hahaha..

tetaplah jugak ada sambutan ye daakk??

sekarang ni tak banyak kereta yang lekat bendera malaysia compare dengan 10 tahun lepas.. kat opis pon sendu jee..agaknya semangat kemerdekaan dari warga belia dah kurang atau mungkin dah pupus?? atau semangat hanya dalam hati?? who knows!

jom lah kita kekalkan kemerdekaan kita ni dengan cara kita yang tersendiri..
yang penting, kita terus kekalkan perjuangan tok nenek kita satu masa dahulu ok!

peace!
Malaysia Masih Aman.


 -MrsPuex-

Monday, August 21, 2017

Mega Wedding Malaysia 3.0 - Meriahnya Majlis Perkahwinan Secara Beramai-Ramai

Assalamualaikum/Hai, 

Hari tu berkesempatan untuk hadir ke Mega Wedding Malaysia pada 12 Ogos yang lepas bertempat di Marina Putrajaya. Pertama kali melihat sendiri perkahwinan beramai-ramai . 

mega wedding_mrspuex
Tuan bleog bersama sebahagian dari rakan blogger yang turut hadir sama.
Mega Wedding Malaysia 3.0 kali ini menjadi hos kepada 10 pasangan pengantin yang telah memberi kepercayaan kepada syarikat perancang perkahwinan ini untuk melaksanakan acara yang gemilang mengikut lunas Islam. Perkahwinan beramai-ramai kini menjadi ‘trend’ kerana sebab-sebab yang munasabah, para pengantin dapat menjimat kos. Walaupun begitu, dengan anjuran Mega Wedding Malaysia, mereka akan melalui saat-saat yang indah yang meriah dengan bajet yang rendah. Dengan kos yang rendah, semuanya selesai dari sesi persolekan di Cruise Putrajaya, majlis pernikahan di Masjid Putrajaya hingga ke makan beradab dan majlis resepsi yang meriah di Marina Putrajaya.

mega wedding_mrspuex

mega wedding_mrspuex
Majlis Pernikahan beramai-ramai dilaksanakan di Masjid Putrajaya.
Pada Mega Wedding Malaysia kali pertama dan kedua yang dianjurkan pada tahun 2016 dan 2017, ia menjadi ikutan dan pilihan bakal-bakal pengantin. “Kami sememangnya menyediakan yang terbaik bagi pasangan-pasangan ini. Walaupun dengan kos yang rendah, tiada apa kurang namun agak mewah. Lokasi pilihan kami pun indah dan amat menarik, tidak yang biasa,” kata En Azahari Azemi, penganjur Mega Wedding Malaysia.

Jom tengok barisan 10 pasangan pengantin yang bertuah pada hari tersebut. 

mega wedding_mrspuex

mega wedding_mrspuex

mega wedding_mrspuex

mega wedding_mrspuex

mega wedding_mrspuex

mega wedding_mrspuex

mega wedding_mrspuex

mega wedding_mrspuex

mega wedding_mrspuex

Para Pengantin keluar dari Cruise Tasik untuk berarak ke pelamin yang disediakan untuk upacara merenjis..
mega wedding_mrspuex
Pelamin yang disediakan untuk Para Pengantin.
Konsep persandingan pula bertemakan Perkahwinan Taman Di Tepi Tasik iaitu di Marina Putrajaya. Setiap pasangan dicaj hanya RM7,000.00 untuk pakej perkahwinan yang sungguh istimewa ini yang nilainya pasti akan mencecah angka yang lebih tinggi jika dilangsungkan secara persendirian. Tujuan utama Mega Wedding Malaysia ialah membantu pasangan pengantin meringankan bebanan belanja perkahwinan tetapi masih dapat melalui pengalaman yang indah dan tidak mudah dilupakan.

mega wedding_mrspuex
Makan Beradab.
Hidangan yang sedap menepati selera para pengunjung.

mega wedding_mrspuex

mega wedding_mrspuex
Tak lengkap kalau tiada acara potong kek kan?
setiap pengantin disediakan kek untuk acara potong kek beramai-ramai.

Projek ini boleh dikatakan ‘bukan bermotifkan keuntungan’ dan merupakan ‘kesedaran’ dan bantuan untuk bakal pengantin dan ibubapa pengantin yang  kurang mampu. Penganjur bersama acara ini ialah Qistina Avenue Events Management Sdn Bhd dan Mahligai Catering Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI Putrajaya.

Pasangan pengantin mendapat pakej seperti dibawah dengan bayaran RM7,000.00
-200 pax jemputan untuk setiap pasangan
-Menu Katering istimewa
-Live show daripada band terpilih
-Deejay Jemputan dan PA System
-“Door Gift” untuk setiap tetamu
-Videografi dan Fotografi merangkumi seluruh perjalanan acara
-Liputan khas daripada media
-Hadiah misteri daripada pelbagai penaja istimewa
-Cruise istimewa sepanjang Tasik Putrajaya untuk setiap pasangan
-Pelamin Eksklusif istimewa
-Pelamin Nikah di dalam Cruise
-Pengurusan majlis nikah di Masjid Putra, Putrajaya
-Percuma Kad Kahwin untuk setiap jemputan para pasangan
-Kek Kahwin untuk semua pasangan
-Penginapan Hotel satu malam di Shangri-La Putrajaya (5 Bintang)

Senarai Penaja
1)       Ampire Events
2)       Eddie Photo Video
3)       Yann Rifft Team (Makeup)
4)       Coffee Corner Faizal Azzuuri
5)       Fynaz Wedding Favors
6)       Butik Norjuma
7)       Masjid Putra, Putrajaya
8)       Shangri-La Putrajaya
9)       Marina Putrajaya

10)    Cruise Tasik Putrajaya

mega wedding_mrspuex

Terima kasih pihak penganjur kerana sudi menjemput kami sekeluarga ke Majlis Perkahwinan beramai-ramai yang penuh gilang gemilang ni..
10 pengantin dalam masa yang sama ditambah dengan kehadiran ahli keluarga terdekat untuk sama-sama meraikan hari bersejarah mereka..

Semoga ikatan yang dibina berkekalan hingga ke Jannah-Nya.
aminnn..



 -MrsPuex-

Tuesday, August 15, 2017

Happy Birthday Husband!

Assalamualaikum/Hai, 


Birthday Shoutout!

15081981-15082017




Someone i love was born TODAY!

Dear Husband, lets grow old along with me. The best is yet to be!


May Allah protect you.
May Allah bless you.
May the force be with you..hahaa..

Hug & kisses,
Ur pwetty wifey with ur cutiest kids in the world!


kita saje seperaiskan dia kat opis dia hari ni..

seperais 6 ketul bunga je.. 
kalau boleh nak bagi 1 ketul je cukup tp xde plak dlm list online tu haa..*kedekkk*hahahaa
nak bagi cekelat nnti die bedal sorang sorang pulak..
order online pukul 2 pagi tadi sementara teman dia uruskan rombongan pertama jemaah haji dari Felda Travel nak berangkat ke Makkah ..

mujur ada kedai bunga online 24 jam kau boleh order..

nak seperaiskan yang tersayang sesenyap dalam tempoh kecederaan?

boleh tempah kat sini :


Once again,
Happy Birthday Husband!
jom tua bersama!


 -MrsPuex-

Friday, August 11, 2017

Happy 9th Birthday Sayang!

Assalamualaikum/Hai,

Birthday shoutout!
11082008 - 11082017
genap usiamu 9 tahun wahai anakku Nur Aireen Qaisara binti Mohd Azahari
9 tahun yang membuatkan mama & papa bertukar tittle..
9 tahun penuh dengan dunia baru dengan kehadiran buah cinta mama & papa..

Allahu akbar.. indah sungguh ciptaan dariMu Ya Allah..
dikurniakan seorang anak yang cantik, lemah lembut budi bahasa walaupun kekadang tersasar pitching kat adik.
seorang anak yang baik dan mendengar kata sebab dia tau mak dia seorang singa kat rumah..
semoga terus berjaya dunia akhirat dan pandai jaga diri.

ok lah ..jom recap 9 tahun perubahan seorang Nur Aireen Qaisara. (selagi mampu recap, kita recap)hehehe..

such a beautiful newborn baby.


1 tahun.

2 tahun

3 tahun

4 tahun. celebrate masa mama tgh dalam pantang.

5 tahun.

6 tahun.

7 tahun

8 tahun

Image may contain: 1 person, standing and outdoor
2017 - 9 years journey of life.

syukurr..

Doa Mama & Papa:

Ya Allah..
Jadikanlah anakku sebagai 'pandangan mataku' yang selalu membahagiakanku saat kesedihan datang dan yang mengingatkanku saat di uji kenikmatan serta jadikanlah anakku seorang yang KAU pilih untuk menabur kebaikan.

Amin.. Ya Rabbal Alamin..

Mama, Papa, Adik loves u sooo much!

Membesar dengan sihat ya sayang..

 -MrsPuex-