Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Monday, October 30, 2017

Kids Eco Dash Siri Ke-2 Di Taman Eko Rimba Bukit Nenas KL

Assalamualaikum/Hai,


Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK) telah mengajurkan siri ke-2 bagi acara Kids Eco Dash di Taman Eko Rimba, Bukit Nenas di sini hari ini.  Acara ini merupakan satu acara larian kanak-kanak di mana-mana kanak-kanak boleh mengalami pengalaman larian “BIG RACE” yang diadakan di lokasi tarikan eko-pelancongan yang selamat dan “educational”. Sepertimana acara larian yang lain, ibubapa serta ahli-ahli keluarga dapat turut serta sebagai sukarelawan, bukan hanya untuk memastikan keselamatan anak-anak mereka yang mungkin terlibat dalam acara tersebut malahan bersuai kenal dengan ibubapa yang lain selain membantu dalam pengurusan logistik seperti memastikan kebersihan kawasan, taklimat acara kepada ibubapa, pengagihan race-kit dan sebagainya.


Acara ini mendapat kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta pihak swasta iaitu Tough Gorilla. Melalui acara ini, ianya bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia menunjukkan rasa sayang kepada Negara melalui perkongsian pengalaman melancong atau beriadah di destinasi-destinasi pelancongan melalui media sosial menerusi satu kempen yang dikenali sebagai Kempen Media Sosial #SayangMalaysia. Dalam konteks ini, ibu bapa digalakkan untuk berkongsi pengalaman menyertai acara ini kepada followers masing-masing melalui media sosial masing-masing. Siri pertama telah dilaksanakan pada 15 Oktober 2017 di Taman Botani Negara Shah Alam bersempena dengan Hari Sukan Negara.




Acara utama bagi Kids Eco-Dash ini adalah acara larian yang terbahagi kepada 3 kategori iaitu:
1. Kategori Caterpillar – untuk pelari berusia 4-6 tahun – jarak larian 1 km
2. Kategori Rabbit – untuk pelari berusia 7-9 tahun – jarak larian 1.8 km
3. Kategori Tiger – untuk pelari berusia 10-12 tahun – jarak larian 3 km

Pemenang-pemenang menerima wang tunai sebanyak RM 150.00 untuk tempat pertama, RM 100.00 untuk tempat kedua dan RM 50.00 untuk tempat ketiga bagi setiap kategori. Selain itu, terdapat pengisian-pengisian lain seperti Garden Experience, permainan berkaitan Kitar Semula, Petting Zoo, jualan barang-barang Preloved dan Pertandingan Ucapan Awam.


khas untuk peserta Kids Eco Dash . Boleh naik SkyDeck secara percuma pada hari tersebut dan parents hanya perlu bayar RM30 sahaja.


Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Rashidi bin Hasbullah, Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dalam upacara flag-off. Penyertaan bagi siri kedua Kids Eco-Dash 2017 ini adalah sejumlah 500 penyertaan iaitu 250 peserta untuk kategori “Caterpillar’, 150 penyertaan untuk kategori “Rabbit” dan 100 penyertaan untuk kategori “Tiger”.


KPK berhasrat untuk membawa acara ini ke seluruh negara dan beberapa negeri untuk mempromosikan produk pelancongan berasaskan ekopelancongan yang dikenalpasti sesuai untuk melaksanakan acara ini seperti Taman Botani Pulau Pinang, Taman Botani Putrajaya serta
banyak lagi.



 -MrsPuex-

Meriahnya Nivea Care Run di Putrajaya

Assalamualaikum/Hai, 


Nivea Care Run Flag-off oleh selebriti Siti Saleha,  Ms Shirley Toh, Sales Director of Beiersdorf Malaysia; Mr Ng Hock Guan, Country Manager of Beiersdorf Malaysia & Singapore and Mr Cheong Wai Lun, Head of Marketing of Beiersdorf Malaysia.

Hampir 2,500 rakyat Malaysia berkumpul di Putrajaya untuk menyertai NIVEA Care Run pada ahad yang lepas (29 Oktober 2017) yang dianjurkan oleh NIVEA Protect & Care, deodoran yang direka khusus untuk memberi perlindungan berpanjangan pada kulit bawah lengan. Bertemakan ‘Protects What You Care’ yang juga merangkumi kasih sayang terhadap komuniti, sumbangan sebanyak RM20,000 daripada larian tersebut telah didermakan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG), sebuah badan amal yang memberi bantuan kepada  rakyat Malaysia yang memerlukannya. 

sesi serahan sumbangan bernilai RM20,000.00 kepada wakil PENYAYANG.

Dengan formula yang bebas alkohol, deodoran NIVEA Protect & Care diperkayakan dengan esen NIVEA Crème dan haruman yang lembut. Ia memberikan kulit anda perlindungan yang berpanjangan sehingga 48 jam, serta menyuburkan dan memberikan anda bawah lengan yang lembut dan licin.


Peserta yang ambil bahagian pada hari tersebut. 

“Kami di NIVEA bertuah kerana dapat bekerjasama dengan PENYAYANG dalam usaha mereka untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukannya,” kata Ng Hock Guan, Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia & Singapura. “Tema NIVEA Care Run ini adalah selari dengan nilai penjagaan teras NIVEA Protect & Care yang menggabungkan perlindungan dan penjagaan rapi. Kami bersyukur mendapat sokongan daripada rakan niaga kami untuk memastikan larian ini berjalan dengan lancar. Kami juga berbangga dengan kehadiran ramai rakyat Malaysia yang memberikan sokongan kepada NIVEA Care Run. Setiap hadiran pada hari ini memainkan peranan penting dalam  kejayaan acara ini.”

Peserta menurunkan kata-kata semangat melalui stiker di board NIVEA CARE RUN.

Bagi meningkatkan kesedaran umum tentang penjagaan kulit bawah lengan, pihak NIVEA Care Run berkongsi tentang fakta-fakta kulit menarik seperti 36% kulit disingkirkan apabila seseorang mencukur dan juga kesan pencukuran dan pencabutan bulu yang boleh menyebabkan kerosakan kulit.*
Aktiviti lain yang turut diadakan termasuklah dinding “NIVEA Protect & Care” yang membolehkan peserta menulis mesej kepada orang tersayang, khemah PENYAYANG, cabutan bertuah dan kios foto. Selebriti tempatan iaitu Siti Saleha, Nadia Heng dan Fiqrie turut memeriahkan NIVEA Care Run ini.

Antara artis yang terlibat , Nadia Heng, Siti Saleha dan Fiqrie

Secara keseluruhannya, NIVEA Care Run telah mencatat kejayaan cemerlang dari segi mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan penjagaan kulit bawah lengan di samping membantu mereka yang kurang berkemampuan.
  

Deodoran NIVEA Protect & Care roll-on 50ml dan NIVEA Protect & Care spray 150ml masing-masing dijual pada harga RM11.30 dan RM17.50 di semua pasar raya dan farmasi seluruh negara. Layari www.facebook.com/mynivea untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk NIVEA.



 -MrsPuex-

Saturday, October 28, 2017

KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA CITRAWARNA@KUALA LUMPUR 2017 BERTEMAKAN ‘THE SUNRISE, THE GREEN AND THE ECHO WITHIN’

Assalamualaikum/Hai, 


Citrawarna@Kuala Lumpur kembali lagi pada tahun ini dengan tema The Sunrise, The Green and The Echo Within di mana ianya menyaksikan gabungan persembahan teater muzikal dan tarian yang berlatarbelakangkan kehijauan hutan hujan tropika dan laut Malaysia yang bersih.

Citrawarna@Kuala Lumpur 2017 telah dianjurkan pada 28 Oktober 2017 (Sabtu), di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC).

“Ramai yang tidak menyedari bahawa alam semulajadi kita banyak mempengaruhi serta memberi inspirasi dalam pembentukan kebudayaan – sebagai contoh tarian yang dihasilkan daripada pergerakan haiwan, adat resam seperti pesta menuai atau Nine Emperor Gods untuk masyarakat nelayan Cina, Warisan seperti corak bunga dalam anyaman, lukisan atau ukiran” YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz,Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bercakap di Sidang Media sempena penganjuran Citrawarna@Kuala Lumpur 2017.

Citrawarna@Kuala Lumpur 2017 mengambil inspirasi tema Hari Pelancongan Sedunia yang disambut pada 27 September 2017 iaitu Sustainable Tourism – A Tool For Development.turut menekankan kepentingan alam semulajadi serta eko-pelancongan yang menjadi salah satu elemen teras di dalam pelancongan. Kelainan penganjuran Citrawarna kali ini ialah gabungan elemen teater tarian, muzikal dan street parade. Pada tahun 2015 dan 2016, konsep yang dipersembahkan ialah teaterikal gabungan drama tari dengan street parade. Citrawarna senantiasa tampil dengan konsep baharu, segar dan kreatif pada setiap kali penganjurannya sejak 1999.


Citrawarna@Kuala Lumpur 2017 bermula pada jam 4.30 petang di mana pelbagai aktiviti menarik akan diadakan di Chillax Zone (di sekitar tiang bendera Dataran Merdeka) seperti Persembahan Buskers, Permainan Rakyat seperti teng-teng, galah panjang, zero point, batu Seremban, congkak, Baling selipar, #SayangMalaysia Message dan Photowall untuk orang ramai mengekspresikan perasaan cinta pada Malaysia, Fiesta Trak Makanan serta Parti Mangkuk Tingkat dan Konti Radio Matic.fm. Dato’ Seri Mohamed Nazri berkata, “Terdapat beberapa acara sampingan yang telah dianjurkan untuk merancakkan lagi Citrawarna@Kuala Lumpur 2017. Antaranya ialah Kids Eco Dash Citrawarna 2017 pada 28 Oktober 2017, jam 7.30 pagi di Taman Eko Rimba, Bukit Nanas yang merupakan acara larian khas untuk kanak-kanak berusia antara 4-12 tahun.” Selain itu, untuk pencinta alam di luar sana, Kementerian dengan kerjasama LOCCO dan Daun akan menganjurkan Program Bring Your Own Plant yang merupakan “meet and greet session” di mana orang ramai digalakkan untuk membawa/menyumbang satu pokok (edible plants) dengan mesej khas kepada Mother Nature menggunakan perkhidmatan awam yang kurang pembebasan karbon seperti MRT/LRT. Fiesta Trak Makanan.

Citrawarna@Kuala Lumpur juga diadakan untuk mengajak orang ramai merasai pengalaman membeli makanan secara “Cashless” menggunakan telefon pintar melalui kerjasama di antara pihak BARRA dan BOOST (anak syarikat Kumpulan Axiata). Ini selaras dengan perubahan zaman yang mana pengalaman membeli belah pada masa kini menggunakan telefon pintar melalui aplikasi mobile wallet.

 -MrsPuex-

Friday, October 27, 2017

LOVERA MAGIC JELLY DENGAN PENINGKATAN FORMULA BARU!

Assalamualaikum/Hai,

Semua orang impikan kulit sihat dan cantik secara semulajadi.
Tapi tak semua orang yang tahu cara yang paling mudah dan senang untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik secara semula jadi.


Aku yakin macam-macam cara yang korang praktikkan baik dari segi kaedah perubatan dan juga alternatif untuk dapatkan kulit yang lebih berseri-seri. aku pon tak terkecuali jugak. Gigih mencari macam-macam kaedah untuk kekalkan kesihatan kulit. maklumlah faktor usia dan kekangan masa untuk membelek-belek kulit selalu..


MAGIC JELLY DARI LOVERA.

Bila aku diperkenalkan dengan Magic Jelly dari Lovera, hati rasa sangat gumbira tak terkata. Bila dah study sepenuhnya Magic Jelly ni, dalam sebotol tu macam-macam kebaikan dan kelebihan yang kita boleh dapat. Jom aku cerita kelebihan untuk sebotol  Magic Jelly .



MANFAAT UNTUK KULIT

Image may contain: phone


Merawat jerawat dengan berkesan
Menghilangkan kulit yang kusam
Parut pudar (lama / baru)
Pudarkan bintik gelap
Menenangkan Ekzema
Menghidratkan kulit kering
Rawat selaran matahari
Mengecilkan liang pori
Membantu  meringankan ruam, kulit alergi dan sensitif
Sebagai anti penuaan
Membaiki dan mengembalikan kulit dari dalam
Menjadikan kulit lebih lancar dan lembut


MANFAAT BAGI RAMBUT

No automatic alt text available.

Membantu mengurangkan kelemumur
Melicinkan rambut yang tidak teratur
Boleh digunakan sebagai serum rambut
Menggalakkan pertumbuhan rambut

MANFAAT LAIN

No automatic alt text available.

Membantu dengan luka bakar dan lain-lain luka
Merawat bibir retak & kering
Banyak lagi kegunaan!


MAGIC JELLY JUGA BOLEH DIGUNAKAN SEPERTI :
Pelembap kulit
Pembersih make up
Serum muka
Serum rambut
Serum bulu mata (panjang dan pertumbuhan) *menariknyaaaa*
Pelembap pelembap bibir
Makeup-primer

TESTIMONI DARI PENGGUNA 

Beberapa testimoni dari pengguna yang telah menggunakan Magic Jelly .Antaranya adalah :



Image may contain: sky and outdoor

Image may contain: sky, cloud, outdoor, water and nature

No automatic alt text available.

Kalau korang nak tau, antara bahan utama yang digunakan dala LOVERA MAGIC JELLY  adalah Aloevera, Timun, Daun Chamomile dan Jicama di samping bahan-bahan semulajadi yang lain yang dibuat dan dikilangkan dengan kilang yang mendapat sijil GMP, diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga mendapat sijil HALAL dari JAKIM.

TESTIMONI SENDIRI.


Testimoni kat anak sendiri. lepas je dia bersukan, muka burn toksah cakaplah..panas lit lit kat stadium tu haa.. dia pakai tudung dan kompom muka berbelak kat tepi tudung tu.. try sapu dalam seminggu, alhamdulillah kesan burn kat muka tu beransur hilang. Paling best, tiada pengelupasan ke atas muka dia. walaupun tak sepenuhnya recover, tapi anak dara telah kembali jelita seperti sebelumnya..ewahhhhh.. serius tau. tak tipu.. memang bebetul megik!


soo. korang tak perlu risau untuk menggunakan LOVERA MAGIC JELLY!
SERBAGUNA!

senang je nak guna.picit picit dan sapu.

Bestkan? Macam-macam kita boleh buat dengan sebotol LOVERA MAGIC JELLY ni.
Tekstur dia lembut dan warna jernih tu wangiiii sangat..
rasa sejukkkk je bila sapu kat muka. jelly tu takkan berminyak sebab dia serap sepenuhnya ke dalam kulit kita.  oklah taknak buang masa lagi, nak sapu-sapu-cantik-jelita lepas ni..hehehe..
mane Magic Jelly aku ni??

lagi satu, MAT DAN pon layan jugak Magic Jelly ni tau.. nah tengok video kat bawah ni :



untuk keterangan lanjut boleh rujuk info seperti di bawah :

Tel : 011-3234 8255

HARGA SEBOTOL : RM70.00 (60ml) *termasuk GST

MAGIC JELLY
PROTECT | REPAIR | ENHANCE


 -MrsPuex-

Thursday, October 19, 2017

Zoo Moo Parti Like Animal Di Dreamworld Playland

Assalamualaikum/Hai,

Zoomoo Party like an animal??
yess.. my kids berpeluang menghadiri Zoomoo party yang telah diadakan di Dreamworld Playland cawangan The Starling Mall.

Best rupanya zoomoo channel kat astro ni. Banyak pengisian yang bagus untuk minda dan IQ untuk kanak-kanak. Eyh bukan kanak-kanak je suka, mak ayah pon boleh terleka tau bila channel zoomoo ni ON kat rumah. Terlupa dah channel-channel best yang lain. hahahaaa..


APA ITU ZOOMOO?

Zoomoo adalah saluran kanak-kanak pertama di dunia yang ditujukan sepenuhnya kepada dunia haiwan. saluran interaktif sepenuhnya ini mempunyai pelbagai jenis puppets, kartun, permainan, muzik, teka-teki dan aktiviti yang direka untuk menghasilkan pengalaman televisyen dan pendidikan yang unik dari penonton yang kebanyakannya adalah dari golongan kanak-kanak.

Saluran Zoomo ini telah berjaya dibangunkan dengan menggunakan sepenuhnya teknologi IT untuk membantu kanak-kanak menerokai dunia haiwan, dengan cara yang menghiburkan dan penuh interaktif . Zoomoo boleh didapati di Astro, saluran 619.



APLIKASI ZOOMOO

Apabila aplikasi Zoomo dalam mode ON di handphone atau mana-mana tablet tapi dalam masa yang sama anak-anak kita tengah tengok channel Zoomo kat tv, kandungan percuma akan dihantar terus ke tablet atau smartphone. Aplikasi zoomoo masih boleh digunakan walaupun ia tidak disambungkan ke saluran tv dan kanak-kanak boleh browse dan explore kandungan yang telah mereka kumpulkan. kanak-kanak akan dapat mengumpul lebih daripada 160 haiwan untuk bermain dengan serta item yang termasuk:

1. Animal cards
2. Animal Sound Effect
3. Videos of animals in their natural environments
4. Food cards for feeding animal.

Semua 4 perkara di atas boleh dapat secara percuma di aplikasi App Store dan google Play Store. Parents, sila install cecepat! 

the kids and Flash.



DREAMWORLD PLAYLAND, STARLING MALL

Bila dah buat event kat tempat yang kid's friendly, terus la kanak-kanak teruja terok! apa yang best sangat kat Dreamworld Playland ni?? tempat mainan indoor dia awokk!! selain tu tema ala ala frozen. sejukk je mata mak pak memandangnya. Soal Keselamatan? jangan risauu.. keselamatan anak-anak kita sangat terpelihara di mana ada penjaga dari dreamland tu sendiri yang monitor. tapi parents pon perlulah jugak memerhati setiap gerak geri anak anak okeh!


 

   


Kalau ada yang teringin nak buat event birthday party memang sangat-sangat disyorkan untuk buat di Dreamworld Playland . ada ruang untuk tiup lilin, ada ruang makan dan paling penting ada ruang melepaskan anak-anak untuk explore segala macam mainan kat dalam tu. 

Terima kasih tak terhingga kepada Zoomoo Asia sudi menjemput saya dan keluarga. dan terima kasih juga kat Dreamworld Playland sebab menyediakan ruang tempat yang selesa sepanjang event ini berlangsung. lain kali jemput lagi okeh!!

untuk sebarang pertanyaan, boleh refer maklumat seperti di bawah :

ZOOMOO ASIA
website : www.zoomoo.tv

DREAMWORLD PLAYLAND



 -MrsPuex-

Tuesday, October 17, 2017

FUN RUN AT KIDS ECO-DASH 2017

Assalamualaikum/Hai, 

Kementerian pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK) buat julung kalinya menganjurkan acara Kids EcoDash di Taman Botani Negara Shah Alam pada 15 Oktober 2017 (Ahad) yang lepas. Acara ini merupakan satu acara larian kanak-kanak di mana kanak-kanak yang join program ini dapat merasakan pengalaman larian 'Big Race' yang diadakan di lokasi tarikan eko-pelancongan yang selamat dan 'educational'.
fun run kids eco dash in action!

bakal pelari negara satu hari nanti..hehee..

Seperti acara larian yang lain, ibu bapa serta hali keluarga dapat turut serta sebagai sukarelawan, bukan hanya untuk memastikan keselamatan anak-anak mereka terjamin malah boleh suai-kenal dengan ibu bapa yang join selain membantu dalam pengurusan logistik seperti memastikan kebersihan kawasan, taklimat acara kepada ibu bapa, pengagihan race-kit dan sebagainya.

upacara perasmian dan serta senaman warming up untuk para peserta.

Acara ini merupakan program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) telah mendapat kerjasama Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta pihak swasta iaitu Tough Gorilla.

antara halangan-halangan yang peserta tempuh.
my lil boy in action!


laju hokey dia lari. papa yang folo pon semput..hahaha.. mama? stanby kat kakak untuk kategori tiger.

Melalui acara ini, ianya bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia mununjukkan rasa sayan kepada Negara melalui perkongsian pengalaman melancong atau beriadah di destinasi pelancongan dengan menggunakan hashtag #SayangMalaysia untuk kempen melalui kempen Media Sosial. 

view dari atas balkoni.

Bagi tahun 2017, acara ini akan dilaksanakan dalam 2 siri iaitu pada 15 Oktober 2017 bertempat di Taman Botani Negara Shah Alam sempena Hari Sukan Negara manakala 28 Oktober 2017 di Taman Botani Perdana Kuala Lumpur bersempena dengan Citrawarna @ Kuala Lumpur 2017.


Flag-off. ready, get set gooo!!

Program Kids Eco Dash telah dirasmikan oleh Ybhg. Datuk Rashidi bin Hasbullah, Timbalan Ketua Setiausaha(Kebudayaan), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dalam upacara Flag-off. 

Ada 3 kategori kesemuanya iaitu :
1. Kategori Caterpillar - kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun - jarak larian 1km

2. Kategori Rabbit - kanak-kanak berusia 7 hingga 9 tahun - jarak 1.8km
3. kategori Tiger - kanak-kanak berusia 10-12 tahun - jarak 3km

aireen masuk kategori rabbit, qaid pulak masuk kategori caterpillar. 


pemenang untuk setiap kategori.
tahniah semua! lajuu giler okeh dorang lari.

Pemenang-pemenang menerima wang tunai sebanyak RM150.00 untuk tempat pertama, RM100.00 untuk tempat kedua dan RM50.00 untuk tempat ketiga bagi setiap kategori. 

our 1st finisher medal for fun run Kids Eco Dash 2017!
yahuuuuu!!!

FUN RUN AT KIDS ECO-DASH 2017
jomm balik!

Bagi yang berminat untuk join siri kedua yang akan diadakan pada 28 Oktober 2017 nanti bertempat di Taman Botani Perdana Kuala Lumpur, pendaftaran bermula 16 Oktober 2017 .  Untuk keterangan lanjut, boleh refer maklumat berikut :
Website : www.motac.gov.my

Tel : 03-88917193
Faks : 03-88917181


 -MrsPuex-