Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Monday, October 30, 2017

Meriahnya Nivea Care Run di Putrajaya

Assalamualaikum/Hai, 


Nivea Care Run Flag-off oleh selebriti Siti Saleha,  Ms Shirley Toh, Sales Director of Beiersdorf Malaysia; Mr Ng Hock Guan, Country Manager of Beiersdorf Malaysia & Singapore and Mr Cheong Wai Lun, Head of Marketing of Beiersdorf Malaysia.

Hampir 2,500 rakyat Malaysia berkumpul di Putrajaya untuk menyertai NIVEA Care Run pada ahad yang lepas (29 Oktober 2017) yang dianjurkan oleh NIVEA Protect & Care, deodoran yang direka khusus untuk memberi perlindungan berpanjangan pada kulit bawah lengan. Bertemakan ‘Protects What You Care’ yang juga merangkumi kasih sayang terhadap komuniti, sumbangan sebanyak RM20,000 daripada larian tersebut telah didermakan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG), sebuah badan amal yang memberi bantuan kepada  rakyat Malaysia yang memerlukannya. 

sesi serahan sumbangan bernilai RM20,000.00 kepada wakil PENYAYANG.

Dengan formula yang bebas alkohol, deodoran NIVEA Protect & Care diperkayakan dengan esen NIVEA Crème dan haruman yang lembut. Ia memberikan kulit anda perlindungan yang berpanjangan sehingga 48 jam, serta menyuburkan dan memberikan anda bawah lengan yang lembut dan licin.


Peserta yang ambil bahagian pada hari tersebut. 

“Kami di NIVEA bertuah kerana dapat bekerjasama dengan PENYAYANG dalam usaha mereka untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukannya,” kata Ng Hock Guan, Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia & Singapura. “Tema NIVEA Care Run ini adalah selari dengan nilai penjagaan teras NIVEA Protect & Care yang menggabungkan perlindungan dan penjagaan rapi. Kami bersyukur mendapat sokongan daripada rakan niaga kami untuk memastikan larian ini berjalan dengan lancar. Kami juga berbangga dengan kehadiran ramai rakyat Malaysia yang memberikan sokongan kepada NIVEA Care Run. Setiap hadiran pada hari ini memainkan peranan penting dalam  kejayaan acara ini.”

Peserta menurunkan kata-kata semangat melalui stiker di board NIVEA CARE RUN.

Bagi meningkatkan kesedaran umum tentang penjagaan kulit bawah lengan, pihak NIVEA Care Run berkongsi tentang fakta-fakta kulit menarik seperti 36% kulit disingkirkan apabila seseorang mencukur dan juga kesan pencukuran dan pencabutan bulu yang boleh menyebabkan kerosakan kulit.*
Aktiviti lain yang turut diadakan termasuklah dinding “NIVEA Protect & Care” yang membolehkan peserta menulis mesej kepada orang tersayang, khemah PENYAYANG, cabutan bertuah dan kios foto. Selebriti tempatan iaitu Siti Saleha, Nadia Heng dan Fiqrie turut memeriahkan NIVEA Care Run ini.

Antara artis yang terlibat , Nadia Heng, Siti Saleha dan Fiqrie

Secara keseluruhannya, NIVEA Care Run telah mencatat kejayaan cemerlang dari segi mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan penjagaan kulit bawah lengan di samping membantu mereka yang kurang berkemampuan.
  

Deodoran NIVEA Protect & Care roll-on 50ml dan NIVEA Protect & Care spray 150ml masing-masing dijual pada harga RM11.30 dan RM17.50 di semua pasar raya dan farmasi seluruh negara. Layari www.facebook.com/mynivea untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk NIVEA.



 -MrsPuex-

16 comments:

Maria Firdz said...

meriah sungguh... biru je semua...

Android Xperia Z3 Gaming Channel said...

bestnya dpt sertai kempen larian mcm ni

Lina Shaza said...

next time nak join lah kalau ada event camni....mesti seronok kan...

Shafyqah Azry said...

semakin banyak program macam ni kan? bestnya kalau dekat dah lama join

Marshalizadotcom said...

Wah bestnya program mcm ni...seronok Marsha tengok. Teringin nak join sama

Bella Jamal said...

Aktiviti larian ni selalu dibuat untuk beri bantuan kepada badan amal dan mendidik kita jalani hidup sihat. Tak pernah lagi join aktiviti larian begini. InsyaAllah ada peluang akan pergi join meriahkan acara :)

AziRahmanDotCom said...

Serba biru nampak cantik dan ceria. Seronok dpt join aktiviti macam ni. Memang takkan lepas peluang kalau berkesempatan.

Nur Misnan said...

tu sblm nak lari spray nivea x ainni.. kang mashrm bau.. hahaha.. kidding.. bestlah lari reramai.. seronok keluar peluh. sihat

Hanny Abdullah said...

Jelesnya bila baca korang poskan larian larian camgini. Kita tak leh join..kalau kita join sure kita nangis nanti

Azlinda Azman said...

Beatnya..korang yang join Nivea Run ni. Mummy masih puasa dr aktiviti macam ni. Almaklumlah...dah 3x czer. Dlaman masih fragile lagi.

Annur Syuhadah said...

Comel nya siti saleha!!
Untunglaa dapat jumpa retis hihi nasib baik jauh. Kalau dekat, daha lama dah Annur serbu

Qisstiera said...

Cantiknya semua biru. Qiss memang pakai deodoran spray nivea ni. Sedap je bau dia tau. Bagus ada program macam ni. Hasil sumbangan bagi pada yang memerlukan.

Henry Tan said...

wahhh all biru~~~ goodie bag nya mesti banyak barang kan? bagusnya kalau mereka buat dekat penang jugak! :D

McD Storytelling Contest 2017

Bro Framestone said...

Wahhhhh... ada Siti Saleha la....

Harap tahun depan dapat sertai acara seperti ini... buat masa sekarang nie, perlu kembalikan stamina macam zaman memuda dulu

Kak Su @KakSu ~ Membantu ibu2 dirumah membina blog dan bisnes online said...

Seronoknya, akak tak pernah lagi ikuti acara larian reramai camni, sume pakai sedondon biiruuu aja.. yang pernah akak join acara berjalan reramai haha sesuai lah ngan peringkat umur akak

Anyo Benidick said...

Bestnya.. Kalau boleh sis pun nak juga ikut lari beramai-ramai lebih meriah sikit. *terutama jika ada retis hahaha.. Satu aktiviti yg baik utk kesihatan dan dapat mengeratkan ukhwah sesama. Tapi tak kesampaian lg, selalu clash dgn krja lain