Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Friday, March 16, 2018

Be A Star At Kidzania Kuala Lumpur

Assalamualaikum/Hai,




Zaman kanak-kanak adalah zaman paling menyeronokkan kerana ketika itulah mereka berpeluang menjadi diri sendiri dan menyerlahkan potensi masing-masing. Setiap kanak-kanak mempunyai kelebihan tersendiri dan harus diberi peluang untuk menonjolkan hak dan bakat masing-masing. Mac ini, ‘Be a Star at KidZania Kuala Lumpur’ yang berlangsung dari 17 Mac hingga 8 April 2018 akan meraikan hak kanak-kanak menerusi muzik, lakonan, peragaan dan juga penggunaan teknologi.





Hak-hak kanak-kanak disokong sepenuhnya oleh para RightZKeepers dari KidZania Kuala Lumpur iaitu Urbano (Hak untuk Belajar), Beebop (Hak untuk Mencipta), Chika (Hak untuk Berkongsi), Vita (Hak untuk Beramal), dan Bache (Hak untuk Bermain).


“Seni pentas adalah cara terbaik untuk mengetengahkan hak kanak-kanak,” kata Shahrul Nizar Ahmad, Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur. Menerusi program ‘Be a Star at KidZania Kuala Lumpur’, kami berharap dapat meningkatkan kesedaran tentang hak kanak-kanak melalui pendekatan-pendekatan menarik yang membolehkan mereka mencipta, bermain, menambah pengetahuan, membuat kebajikan dan berkongsi! Selain itu, seni juga adalah cara terbaik untuk meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran komunikasi kanak-kanak. Kami percaya kemahiran-kemahiran ini akan banyak membantu mereka dewasa kelak. Ini bertepatan dengan falsafah kami untuk ‘Learn Life Today’.”

Aktiviti-Aktiviti ‘Be A Star at KidZania Kuala Lumpur’:
   Hak untuk Belajar dan Mencipta:  Sesi Pengajaran The YouTuber akan mengajar mereka cara untuk menghasilkan video YouTube, penggunaan media sosial, pengendalian kamera, pencahayaan yang betul, dan penghasilan isi kandungan menarik tentang hak-hak kanak-kanak. 
  Hak untuk Beramal dan Berkongsi: Bengkel Lakonan & Uji Bakat akan memberikan mereka peluang untuk merasai pengalaman sebenar Beramal dan Berkongsi melalui kerja-kerja kebajikan seperti melindungi alam sekitar, haiwan atau kerja-kerja amal lain.
   Hak untuk Bermain dan Mencipta: Aktiviti lain yang mempromosi hak-hak ini termasuklah Kelas Alat Instrumen, Peragaan dan Sesi Penggambaran Jenama, dan Kelas DJ.

Jadual Aktiviti Be A Star At Kidzania Kuala Lumpur :

1) Youtuber Lesson - bermula 8 tahun ke atas, 11am-5 pm di Notebook Factory (20 minit)
2) DJ Lesson - bermula 8 tahun ke atas, 11am - 5pm di Main Square (20 minit)
3)Percussion Class - Bermula 4 tahun ke atas, 11am-5pm di TV Studio (20 minit)
4)Brand Modelling & Photoshoot - bermula 4 tahun ke atas, 11am-5pm di Canon Imaging Studio (30 minit)
5)DJ Appearance - weekend, 3-4pm
6)Acting & Casting Call Workshop - bermula 4 tahun ke atas, Weekend 2.30-3.30pm di TV Studio(30 minit)

Lain-lain aktiviti artistik :

Terdapat juga aktiviti artistik untuk anak-anak. mereka boleh mengasah bakat di beberapa lokasi di Kidzania seperti courthouse, radio station, KZ express, Stabilo, Brother, KZ Post, Umobile, Jewellery and face painting, City Parade and City Clock Tower.

Light, Camera, Action !

‘Be A Star at KidZania Kuala Lumpur’ dengan bangganya disokong oleh Canon, Fly Fm, Hot FM, Petit Moi, U Mobile, Zana Entertainment dan MYBeat Drum Circles.

Setelah mempelajari kemahiran baharu, kanak-kanak boleh menyertai Pertandingan Pencarian Bakat 'Be A Star' . Mereka hanya perlu menghantar video persembahan mereka melalui emel ke contact@kidzania.com.my atau sertai uji bakat terbuka di ruang acara KidZania Kuala Lumpur di antara 17 hingga 31 Mac 2018! . Dua puluh peserta akhir akan bertanding dalam Pusingan Akhir pada 7 April 2018 di hadapan para juri dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai, tiket dan banyak lagi!.


Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan acara di KidZania Kuala Lumpur, layari :

website : www.kidzania.com.my 
hotline : 1300 88 KIDZ (5439) bermula pukul 9 pagi hingga 8 malam, Isnin hingga Ahad.

Z-U kids!
tak sabar nak bawak anak-anak ke Kidzania KL .bagi dorang pengalaman menjadi seorang bintang di Kidzania KL! 



Thursday, March 15, 2018

Lets Have Some Fun At Kidzania Go! @ Quill City Mall Kuala Lumpur

Assalamualaikum/Hai,



Korang dah plan ke nak bawak anak anak berjalan-jalan atau buat sesuatu aktiviti untuk cuti sekolah yang akan datang ni? kalau tak de apa-apa plan lagi, apa kata korang bawak anak-anak ke Kidzania Go! . Kidzania Go! dah ada kat @quillcitymallkl tauu.. Warga KL/Selangor dan yang berhampiran tu boleh la terjah sana. Public transport pon senang sangat.

Event :Kidzania Go! @ Quill City Mall KL.
Tarikh : 19-25 Mac 2018
Masa : 10 pagi - 9.30 malam (setiap hari)

Lagi satu, korang boleh tebus tiket Kidzania Go! secara PERCUMA dengan pembelian sebanyak RM38.00 dalam satu resit di mana-mana outlet dalam Quill City Mall, KL.
Kidzania Go! ada menyediakan 8 aktiviti menarik yang bakal menanti untuk anak-anak korang iaitu :
Sharp air quality control
Scott's research lab
Mc Donald's fitness centre
Magic Studio
Tv studio
volvo - stop
Look and wave
Court house
Recycling centre

Saya dan anak-anak tak pernah sampai lagi sana walaupun duduk sekitar KL dan selangor, so ni adalah peluang keemasan untuk bawak anak2 jenjalan ke sana cuti sekolah nnti.. Yeahhh!! Get ready kids! lets have some fun together!

counting days.




 -MrsPuex-